Proses kehamilan dan penyusuan sememangnya satu perjalanan yang sangat mencabar. Terutama buat sesetengah ibu memang memberi perubahan pada badan mereka. Antaranya seperti muntah-muntah (morning sickness), keguguran rambut, kesan regangan perut, luka di bahagian puting dan pelbagai lagi. Dan ini semuanya memerlukan kos untuk merawat dan membeli produk yang bersesuaian.
Istimewa untuk ibu yang sedang hamil atau sedang menyusu kami senaraikan barangan yang mungkin sangat diperlukan ketika ini. Lebih menarik, barangan ini boleh didapatkan pada harga yang cukup berbaloi bersempena dengan Jualan 11.11.
Produk Untuk Wanita Hamil
Wanita hamil memang perlukan sokongan terutama dari segi belaian dan pemulihan terhadap perubahan badan yang dialami. Sesuai dengan keadaan ibu hamil yang adakalanya mood yang berubah, mama perlu mencari solusinya.
Manjakan diri dengan produk yang dapat memberi lebih penjagaan dan pastikan ianya benar-benar selamat dan sesuai dengan keadaan diri yang sedang hamil.
Sekiranya mengalami masalah kulit seperti kegatalan atau kering disebabkan stretch marks, anda boleh cuba Mama’s Choice Stretch Mark Cream. Hanya picitkan sedikit dan sapukan pada setiap pagi dan malam.
Begitu juga jika anda merasakan kulit wajah semakin kusam, gunakan Mama’s Choice Gentle Face Wash. Sekarang ada didatangkan dalam pakej bundle yang lebih berbaloi. Bergaya dengan legging yang cantik dan jangan lupa ambil kira bau pernafasan. Jangan sampai mulut berbau dan menyebabkan pesona diri hilang ketika hamil!.
1.Mama’s Choice Stretch Mark Cream (untuk masalah kulit gatal & stretch mark ketika hamil)
Produk ini sesuai buat mama yang mengalami masalah stretch marks dan juga masalah kegatalan kulit. Krim ini diformulasi daripada 100% bahan semulajadi, selamat dan halal.
Ianya sangat bagus untuk melegakan rasa kegatalan terutama yang sering berlaku di kawasan perut, payudara dan pinggul ibu hamil. Setiap sapuan akan memberi sensasi kesejukan dan keselesaan.
Diformulasikan dengan shea butter, minyak jojoba dan aloe vera yang ternyata bagus untuk mereka yang berkulit kering.
2. Mama’s Choice 2-in-1 Face Care Bundle (untuk masalah kulit kusam & kering disebabkan hormon kehamilan)
Tingkatkan pengalaman kehamilan anda dengan penampilan wajah yang berseri-seri. Dapatkan Mama’s Choice 2-in-1 Face Care Bundle yang mengandungi pencuci muka (Gentle Face Wash) dan pelembab wajah (Daily Protection Face Moisturizer) dalam satu harga!
Kedua produk ini diformulasikan daripada ekstrak beras dan asid hyaluronik yang dapat membantu mencerahkan dan menghidrasi kulit wajah anda agar tampak lebih sihat dan glowing.
Produk pelembap muka yang disyorkan ini memberi perlindungan sehingga SPF20 dan ianya selamat digunakan untuk wanita hamil kerana formulasinya tidak mempunyai sebarang bahan kimia yang berbahaya.
3. Mama’s Choice Oral Care Bundle (ucapkan selamat tinggal pada morning sickness!)
Ubat gigi Mama’s Choice ini diformulasi daripada kayu miswak yang dapat memberi kelegaan secara efektif kepada mama yang mengalami masalah gusi.
Manakala ubat kumurnya mempunyai rasa kesegaran pudina yang dapat membantu mengatasi masalah loya dan juga halitosis iaitu masalah mulut berbau ketika hamil. Didatangkan dalam pek yang kompak on-the-go, mudah untuk dibawa ke mana sahaja.
Seperti semua produk Mama’s Choice yang lain, ianya bebas alkohol, 100% halal dan selamat untuk mama dan juga bayi dalam kandungan. Sesuai untuk mama yang mengalami masalah gusi dan baunya juga tidak terlalu kuat.
4. Mama’s Choice Activewear Maternity Leggings (kekal bergaya & selesa sepanjang kehamilan)
Material fabrik yang sangat lembut, elastik dan selesa. Sesuai untuk kegunaan mama dari awal kehamilan hingga trimester ketiga.
Keluasan di bahagian pinggang boleh diubah mengikut keselesaan saiz kandungan. Legging ini juga dapat membantu menyokong perut serta dapat mengurangkan rasa sakit belakang.
Produk Penyusuan
Setiap mama pastinya menginginkan penyusuan secara eksklusif sekurangnya sehingga bayi mereka berusia 6 bulan. Namun tidak dinafikan adakalanya mama harus menghadapi pelbagai cabaran dalam memberi bayi susu badan.
Contohnya seperti puting mereka terluka mungkin disebabkan bayi yang terlalu kuat menghisap. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kesakitan yang berpanjangan. Jadi sebaiknya sapukan dengan Mama’s Choice Nipple Cream.
Begitu juga buat mama yang sentiasa sibuk dan pada masa yang sama ingin pam susu badan. Gunakanlah Hands-Free Pumping Bra. Risau rambut gugur selepas melahirkan anak? Jangan risau dapatkan koleksi penjagaan rambut Mama’s Choice. Dengan ramuan terbaik ianya dapat merawat rambut mama yang bermasalah.
1. Mama’s Choice Intensive Nipple Cream (untuk masalah puting kemerahan, merekah dan gatal)
Terdapat ibu yang berasa sakit ketika menyusukan anak. Ini mungkin disebabkan oleh masalah puting mereka yang merekah dan pelbagai lagi. Penggunaan Mama’s Choice Nipple Cream sangat membantu mengatasi rasa sakit tersebut.
Selain itu, mama tidak perlu lap atau bersihkan puting selepas menggunakan produk ini sekiranya hendak menyusukan anak. Ini kerana formulasi yang digunakan adalah selamat kerana ianya dari sumber gred makanan menjadikan ia selamat jika bayi tertelan semasa menyusu.
Bahan semulajadi digunakan juga 100% halal. Antaranya seperti ekstrak kurma, minyak kelapa dan shea butter. Semua bahan-bahan ini telah terbukti dapat mengurangkan rasa sakit, melembapkan dan membantu mengatasi masalah rekahan puting.
2. Mama’s Choice Seamless Hands-Free Pumping Bra (khas buat ibu yang sibuk!)
Bra penyusuan khas untuk mama yang sentiasa sibuk. Dihasilkan daripada material yang sangat lembut dan mempunyai pengudaraan yang baik. Sangat praktikal untuk mama yang ingin mengepam susu sambil melakukan kerja lain dalam satu masa.
Paling menarik, bra ini juga boleh digunakan untuk penyusuan secara terus! Rekaan bra yang menyediakan akses terus kepada puting memudahkan mama untuk pam susu badan.
Paling penting ianya sesuai untuk semua jenis pam susu. Mama tidak perlu memegang pam susu hanya letakkan sahaja dan sememangnya sangat praktikal untuk mama yang sentiasa sibuk.
3. Mama’s Choice 2-in-1 Haircare Bundle (tiada lagi masalah keguguran rambut selepas melahirkan anak)
Dapatkan rambut yang lebih kuat dan sihat dengan Siri Penjagaan Rambut 2-dalam-1 Mama’s Choice, didatangkan dengan syampu dan perapi rambut yang mampu membantu mengurangkan masalah keguguran rambut semasa hamil dan ketika menyusukan anak.
Diperkaya dengan bahan semulajadi yang selamat dan halal dan dapat memberikan penjagaan terbaik dari akar hingga ke hujung rambut! Antara bahan semulajadi di dalam formulasi penjagaan rambut Mama’s Choice ini adalah seperti kiwi, candlenut dan kacang hijau.
Bahan-bahan ini terbukti secara klinikal dapat menyuburkan dan merangsang pertumbuhan rambut dengan mengaktifkan sel stem dalam folikel rambut agar menjadi lebih sihat. Paling penting, sesuai untuk semua jenis kulit kepala!
Produk untuk Bayi
Apa yang terbaik untuk mama, begitu juga sama manfaatnya kepada bayi. Pastikan bayi mama menggunakan produk yang selamat dan halal. Anak sihat, ceria dan selesa, pasti membuatkan mama rasa bahagia.
1. Mama’s Choice Baby Mozzbye Skin Protection Lotion
Nyamuk berada di mana sahaja. Ianya boleh menganggu ketika bayi sedang tidur, makan, bermain dan pelbagai lagi. Lebih merisaukan ketika musim hujan. Di mana nyamuk Aedes Aegypti yang boleh menyebabkan demam denggi menjadi lebih aktif pada musim ini.
Bagi melindungi bayi daripada gigitan nyamuk, mama sangat disyorkan menggunakan Mama’s Choice Baby Mozzbye Skin Protection Lotion.
Losyen Anti Nyamuk ini bertindak menghalau nyamuk dan ianya adalah bebas DEET. Diperbuat daripada bahan paling selamat yang sesuai untuk bayi. Ianya dapat melindungi kulit bayi daripada gigitan nyamuk sehingga 8 jam!
Antara ramuan semula jadinya seperti minyak biji andiroba, minyak lavender dan minyak citronella. Losyen ini dapat melindungi kulit sensitif bayi daripada kegatalan akibat gigitan nyamuk, menenangkan dan melembapkan kulit bayi.
2. Mama’s Choice Baby Hair & Body Wash
Pastikan bayi anda sentiasa bersih dan berbau segar dengan Mama’s Choice Hair and Body Wash. Dengan gabungan bahan-bahan semulajadi lavender, chamomile, ekstrak sugar maple dapat membersihkan tanpa membahayakan kulit sensitif si manja.
Ia juga dapat membantu bayi tidur dengan lebih lena dan tenang. Semestinya tidak mengandungi bahan berbahaya seperti paraben, SLS dan alkohol.
3. Mama’s Choice Flat Head Prevention Pillow (elakkan bayi baru lahir anda daripada sindrom kepala rata)
Dengan keadaan bayi yang terlalu banyak berbaring terlentang boleh menyebabkan berlakunya sindrom kepala rata. Oleh itu, mama boleh elakkannya dengan memberikan Mama’s Choice Flat Head Prevention Pillow kepada bayi. Bantal ini dapat membantu mengekalkan bentuk kepala bayi.
Ia didatangkan dengan kontur cekung dan memory foam organik yang membantu membentuk kepala dengan baik, memastikan keselesaan optimum dan melegakan tekanan pada kepala serta leher bayi.
Reka bentuknya ergonomik, sesuai untuk katil, kereta sorong, tempat duduk kereta dan banyak lagi. Terdapat 3 warna menarik ditawarkan iaitu biru, merah jambu dan kuning.
Tawaran 11.11 Big Sale Mama’s Choice!
Jadi, mama jangan lepaskan untuk rebut tawaran menarik pada 11.11 Big Sale ini. Nikmatilah penjimatan sehingga 60% untuk semua rangkaian jualan produk Mama’s Choice di Shopee.
Khas buat pengguna theAsianparent, anda boleh gunakan kod baucar istimewa dibawah untuk nikmati diskaun ekstra RM20 + penghantaran percuma! Wah! Bestnya! Tetapi, mama perlu cepat tau, sebab tawaran ini hanya terhad untuk 20 penebusan terawal pada 11 November sahaja.
Jadi, apa tunggu lagi? Klik gambar dibawah dan tebus baucar anda sekarang! Selamat berbelanja!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Suka Tengok Bayi Anda Ketawa? Cuba 10 Cara Ini, No.5 Pasti Buat Bayi Gelak Terkekek-Kekek!