X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Suka Tengok Bayi Anda Ketawa? Cuba 10 Cara Ini, No.5 Pasti Buat Bayi Gelak Terkekek-Kekek!

4 min bacaan
Suka Tengok Bayi Anda Ketawa? Cuba 10 Cara Ini, No.5 Pasti Buat Bayi Gelak Terkekek-Kekek!Suka Tengok Bayi Anda Ketawa? Cuba 10 Cara Ini, No.5 Pasti Buat Bayi Gelak Terkekek-Kekek!

Ada masanya bayi akan ketawa dengan tiba-tiba malah dalam tidur pun dia akan ketawa. Tapi pernah tak terjadi apabila anda cuba mengagah dan ingin membuat dia ketawa tiba-tiba dia tak mahu. Jangan risau, bayi akan ketawa apabila kena caranya.

Seronoknya apabila melihat bayi ketawa terkekek-kekek setiap kali diagah. Mengikut kata pakar psikologi, ketawa adalah salah satu perkembangan anak yang sihat terutama sekali pada bayi, ini kerana ia dapat menggalakkan perkembangan sosial, sifat empati, keyakinan diri dan penyelesaian masalah. 

Ada masanya bayi akan ketawa dengan tiba-tiba malah dalam tidur pun dia akan ketawa. Tapi pernah tak terjadi apabila anda cuba mengagah dan ingin membuat dia ketawa tiba-tiba dia tak mahu. Jangan risau, bayi akan ketawa apabila kena caranya. Ibu bapa cubalah 10 cara ini, cara nombor 5 pasti akan buat dia gelak dengan comel. 

10 cara buat bayi ketawa

perkembangan anak

#1. Bermain Peek A Boo! (uuu cak!)
Jika bayi anda sudah pandai duduk, cuba duduk berhadapan bayi dan tutup wajah anda dengan tapak tangan. Sambil anda bermain peek a boo anda boleh berlari ke belakang bayi dan lihat reaksinya mencari anda. Ini bukan saja dapat membuatnya ketawa namun juga dapat merangsang deria mencari serta melatih mata anak anda.

#2. Tiup perut bayi
Ini mesti anda biasa lakukan bukan? Tapi tahukah anda bayi sebenarnya berasa cukup geli apabila anda buat begitu, jadi apabila dia ketawa sambil diiringi bunyi merengek, itu tandanya dia sudah berasa jengkel. Lakukannya selang beberapa minit agar dapat beri masa untuk bayi berehat dari ketawa.

#3. Pura-pura makan jari bayi
'Makan' tangan atau cuba gigit-gigit manja jemari anak kecil akan membuatkan dia berasa seronok. Sambil anda menggigit-gigit jari si kecil, buatkan juga bunyi-bunyi seperti sedang memakan, ini akan merangsang pendengaran bayi. Tapi selepas anda 'melapah' tangan anak anda, jangan lupa pula untuk mencucinya!

perkembangan anak

 

#4. Main buih!
Salah satu waktu yang digemari si kecil adalah waktu mandi! Lebih-lebih lagi jika melibatkan mandi buih. Ketika mandi anda boleh mengambil sabun dan gosok pada tangan kemudian tiup sabun itu menjadi buih! Anda boleh lihat reaksi anak anda yang terpegun lalu ketawa terkekek-kekek!

#5. Bermain kejar-kejar
Untuk si kecil yang baru 'mendapat' kaki memang mudah untuk berasa teruja berjalan, lagi-lagi berlari! Jadi cuba anda pura-pura mengejar bayi dalam masa yang sama pastikan tiada objek tajam yang boleh mencederakan bayi ketika lari. Perkembangan anak yang baru belajar berjalan masih kurang daya keseimbangan badan. Tentu dia akan berlari sambil ketawa. Elok lakukan aktiviti ini ketika petang, jadi mudahlah dia tidur malam nanti dek kerana kepenatan bermain!

#6. Bermain dengan patung
Jadikan patung sebagai boneka. Cuba bercakap dengan anak anda menggunakan patung yang anda belikan untuk si manja. Selalunya kalau patung itu duduk bersahaja di hadapan mereka, mereka tidak peduli untuk bermain pun. Jadi jadikan cara ini untuk merangsang perkembangan anak dengan permainan interaktif. Nyanyikan lagu ABC sambil menggerak-gerakkan patung, dia akan seronok dan cuba menyanyi bersama walaupun bunyinya hanya "taa taa taa."

#7. Mainkan muzik
Anak-anak memang mudah teruja apabila menonton kartun muzikal di televisyen. Tapi untuk melihat perkembangan anak dalam mendengar muzik anda perlu ada bersama dan terangkan pada si kecil apa yang dia dengar. Malah dia akan lebih terhibur jika anda turut menyanyi dan menari!

#8. Bawa anak anda melihat haiwan di luar
Jika mempunyai waktu lapang, bawalah anak anda bermain di luar sambil dia memerhati burung-burung atau kucing. Percayalah walaupun anak anda sejenis penggeli kucing, apabila melihat kucing 'catwalk' atau mengiau, anak akan melompat kegembiraan. Lebih elok bawa mereka ke zoo untuk seawal usia 10 bulan!

perkembangan anak

#9. Membuat bunyi-bunyi
Membuat bunyi haiwan atau mengetuk-ngetuk alat permainannya dengan pelbagai bunyi dapat membuatkan bayi lebih peka. Dan dia juga mampu menerokai pelbagai jenis bunyi-bunyian melalui aktiviti ini. Xylophone juga alat mainan yang bagus untuk merangsang pendengaran bayi, malah dia akan seronok dan ketawa apabila bermain.

#10. Bermain bola
Semua kanak-kanak baik perempuan atau lelaki suka bermain bola waktu kecil. Belikan bola replika yang bersaiz kecil dan ajar dia menendang dan berlari mencari bola. Sambil menendang dia akan membuat bunyi keseronokan dan terjerit-jerit. Cukup menghiburkan!

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: ayahbunda

Baca juga: 

my.theasianparent.com/bayi-ketawa-semasa-tidur

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Suka Tengok Bayi Anda Ketawa? Cuba 10 Cara Ini, No.5 Pasti Buat Bayi Gelak Terkekek-Kekek!
Kongsikan:
  • Rupa-Rupanya, Ini Sebab Kenapa Bayi Anda "Tersenyum" & Ketawa Semasa Tidur!

    Rupa-Rupanya, Ini Sebab Kenapa Bayi Anda "Tersenyum" & Ketawa Semasa Tidur!

  • Ini Rupanya Sebab Mengapa Bayi Suka Gelak Mengekek & Ketawa, Apa Yang Kelakarnya?

    Ini Rupanya Sebab Mengapa Bayi Suka Gelak Mengekek & Ketawa, Apa Yang Kelakarnya?

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Rupa-Rupanya, Ini Sebab Kenapa Bayi Anda "Tersenyum" & Ketawa Semasa Tidur!

    Rupa-Rupanya, Ini Sebab Kenapa Bayi Anda "Tersenyum" & Ketawa Semasa Tidur!

  • Ini Rupanya Sebab Mengapa Bayi Suka Gelak Mengekek & Ketawa, Apa Yang Kelakarnya?

    Ini Rupanya Sebab Mengapa Bayi Suka Gelak Mengekek & Ketawa, Apa Yang Kelakarnya?

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.