11 Rahsia Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu

Ketahui 11 tip asas dan rahsia penjagaan kecantikan yang mudah lagi berkesan ini supaya kulit anda sentiasa kekal muda, sihat dan hebat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anda melihat gambar-gambar selebriti yang sentiasa nampak hebat dan mulalah anda rasa iri hati dengan kecantikan mereka?

Tapi mereka pasti ada sekumpulan pakar kecantikan peribadi yang selalu sedia membantu.

Walaubagaimanapun, asas penjagaan yang berkesan sebenarnya sangat mudah. Anda hanya perlu bersedia untuk mengamalkannya dengan rajin. 

Mari kita lihat sama-sama apakah 11 rahsia kecantikan yang dirahsiakan dari anda ini bersama!

1. Jangan lupa kebaikan menggunakan krim pelindung matahari

Kulit yang cantik dan sihat tidak boleh diperolehi tanpa penggunaan krim pelindungan matahari. 

Mamie McDonald, seorang pakar alat solek yang pernah berkerja untuk Madonna berkata semua usaha kecantikan yang lain akan sia-sia sahaja jika anda mengabaikan amalan ini.

Seorang lagi pakar kecantikan selebriti, Dr. Lancer, menasihatkan wanita untuk menggunakan krim SPF yang tidak kurang daripada 30 sepanjang hari!

2. Jangan terlalu keringkan kulit anda jika terdapat keradangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

© DEPOSITPHOTOS  

Kebanyakkan krim jerawat mengandungi benzoyl peroksida yang mengeringkan kulit.

Tapi bahan ini sebenarnya boleh memburukkan keradangan dan meningkatkan pengeluaran sebum.

Produk yang mengandungi alkohol juga bertindak dengan cara yang sama, jadi anda tidak akan merawat jerawat dengan cara ini.

Dr. Harold Lancer mengesyorkan wanita menggunakan produk yang mengandungi asid salisilik atau asid laktik untuk wajah mengelupas dan mask jenis clay.

3. Jangan lupa untuk jaga kulit leher

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

© DEPOSITPHOTOS

Bahagian leher anda boleh menunjukkan umur seseorang wanita. Sebab itu sangat penting untuk menjaga kulit di bahagian leher.

Kulit di leher sangat nipis dan juga perlu penjagaan teliti sama seperti kulit pada muka. 

4. Gunakan ais pada kulit anda

Pakar dermatologi Santa Monica  Dr. Ava Shamban menyarankan anda menggosok wajah dengan kiub ais untuk beberapa saat. Amalan ini akan merangsang peredaran, dan menyebabkan kulit nampak cerah dan berseri. 

Amalan ini akan merangsang peredaran darah dan menyebabkan kulit nampak cerah dan berseri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Simpan semua produk kecantikan anda dengan betul

Dr. Debra Jaliman berkata, wanita tidak harus menyimpan produk kecantikan mereka di dalam bilik mandi. 

Ini kerana udara panas dan lembap dalam bilik mandi akan memendekkan hayat simpanan produk-produk ini. Krim muka dan produk lain yang jarang digunakan haruslah disimpan di dalam peti sejuk.

6. Pastikan semua barang yang menyentuh bahagian muka anda bersih

Dr. Lancer berkata wanita tidak harus menyentuh muka mereka dengan tangan yang kotor.

Tukar sarung bantal anda seminggu sekali jika anda mempunyai kulit normal atau kering. Tukar sarung bantal anda 3 hari sekali jika kulit anda jenis yang berminyak. 

Jangan lupa untuk lap cermin telefon bimbit anda dari masa ke semasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Jangan guna scrub dan span muka, jika muka anda senang berjerawat

Christie Kidd, seorang pakar penjagaan kulit dari Beverly Hills, mengesyorkan wanita mengelak dari menggunakan produk penjagaan kulit yang mampu mengikis (scrub, span, berus) apabila mempunyai jerawat kerana ini hanya akan memburukkan keradangan. 

Semua jenis kulit memerlukan produk pembersih yang lembut dan bebas sabun. Untuk mengurangkan keradangan pada muka, sapukan campuran air dan aspirin atas jerawat pada muka.

8. Urut muka anda jika mahu menghilangkan kesan lingkaran di bawah mata

Ole Henriksen mengesyorkan wanita mengurut saliran limfa berdekatan bahagian lingkaran di bawah mata. 

Prosedur ini merangsang aliran limfa, kulit akan menjadi licin, dan menyebabkan “eye bag” bawah mata hilang. Cara urut ini sangat senang dan boleh dilakukan di rumah.

9. Jaga kulit pada tangan anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

© DEPOSITPHOTOS

Kulit pada tangan juga memerlukan penjagaan yang teliti seperti kulit pada bahagian leher, kerana kulit pada tangan juga sangat nipis

Kalau boleh, lakukan kerja rumah sambil memakai sarung tangan. Pastikan anda menjaga kelembapan kulit tangan dengan menggunakan krim yang sesuai.

Anda juga boleh menggunakan krim anti-aging yang sama pada tangan dan muka anda. Jangan lupa juga krim pelindung matahari!

10. Cuci keseluruhan muka anda

Pakar dermatologi Debra Jaliman berkata wanita jangan tidur dengan bahan solek yang masih ada pada muka. 

Apabila wanita melakukan ini, liang kulit akan tersekat dan menyebabkan keradangan. Walaupun ini tip yang senang, ramai yang masih mengabaikan nasihat ini!

11. Tanggalkan bra sebelum tidur.

 

Anda mungkin tidur dengan memakai bra kerana takut payudara anda kendur.

Tetapi doktor ini berkata adalah lebih baik untuk menanggalkan bra sebelum tidur. Bra, terutamanya yang ketat atau berwayar akan menghalang peredaran darah dan menyebabkan masalah kesihatan.

Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit, ketidakselesaan, dan kegelapan kulit di bawah tali dan dawai bra itu.

Jom sama-sama kita amalkan semua rahsia kecantikan ini untuk kebaikan diri sendiri, ya!

Sumber: Brightside

Kredit gambar: © DEPOSITPHOTOS

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

7 Masalah Kecantikan Selepas Bersalin Dan Cara Penyelesaiannya

Penulis

Rosanna Chio