Kanak-Kanak & Bayi Terjatuh Dari Tingkat 4 Pasaraya Selepas Tergelincir Dari Tangan Ibu Bapa Mereka

Tragedi ngeri ini berlaku di Tianjin, China apabila dua kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 4 selepas terlepas daripada pegangan ibu bapa mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekejap saja dunia ini hancur. Di Tianjin, sepasang ibu bapa kehilangan dua anak tercinta dalam sekelip mata. Kanak-kanak dan bayi terjatuh di sebuah pasaraya selepas tergelincir daripada tangan ibu bapa mereka. 

Bayi terjatuh Ibu & ayah tidak terdaya untuk membantu

Petang yang menyeronokkan di sebuah pasaraya tiba-tiba bertukar menjadi satu mimpi ngeri. Tanggal 27 Februari 2017, sebuah keluarga meluangkan masa di pasaraya Joy City berdekatan daerah Nankai.

Menurut laporan Shanghaiist, salah seorang daripada ibu bapa terbabit mendukung kedua-dua anak mereka. Ibu bapa tersebut berdiri di rel penghadang tingkat 4 sebelum tiba-tiba, salah seorang daripada anak mereka tergelincir daripada rel.

The Sun melaporkan ketika ibu bapa terbabit cuba ingin menyelamatkan anak mereka yang tergelincir, salah seorang anak yang didukung oleh mereka turut terlepas dari gengggaman lalu jatuh. Mereka tidak dapat diselamatkan.

Sehingga penulisan ini, masih kurang jelas sama ada ibu atau bapa yang mendukung kedua-dua anak malang terbabit.

Sebuah video memaparkan ibu bapa terbabit meraung di atas kehilangan dua anak kesayangan mereka telah tersebar di media sosial.

AMARAN: Footage agak mengganggu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah masyarakat pantas mengkritik kecuaian ibu bapa tersebut, namun masih ramai meluahkan rasa simpati mereka. Anda pasti tidak akan mengagak insiden seumpama ini mampu berlaku pada anda. Kami harap ibu bapa terbabit diberi sokongan yang sepatutnya selepas kejadian ini.

Jangan pandang rendah pada apabila anak terjatuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Insiden ini harus menjadi satu pengajaran dan peringatan buat semua ibu bapa — untuk sentiasa mengawasi persekitaran, dan yang paling penting, pegang erat si manja anda itu! Anda mungkin fikir tiada bahaya di pasaraya kegemaran anda, atau taman permainan di kejiranan, atau dalam rumah anda sendiri! Sebab itu anda akan cuai untuk melihat bahaya.

Pastikan si manja anda tidak memiliki akses kepada objek-objek berbahaya yang mampu mencederakan mereka. Si manja anda masih belum mengetahui apakah itu bahaya. Maka, menjadi tugas anda untuk mengurangkan bahaya di sekeliling mereka. Kuncinya adalah peka.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris