Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kes kurung anak selepas penularan gambar tiga beradik yang dijumpai terkunci dalam sebuah bilik tidur yang disewa di Johor Bahru.
Tiga kanak-kanak yang masing-masing berusia antara 6 ke 1 tahun. Mereka didapati berada tanpa penjaga kerana ibu bapa mereka pergi bekerja di Gelang Patah.
Menurut The Straits Times, dua orang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki terbabit hanya makan nasi dan kicap.
Mereka juga kelihatan seperti tak mandi selama beberapa hari. Najis berlambakan di bilik tersebut.
Kes kurung anak, Jiran Yang Melaporkan Insiden Itu
Insiden ini terbongkar apabila salah seorang jiran di kawasan kejadian terdengar bunyi “aneh” dari bilik terbabit.
Mereka terus menghubungi pihak berkuasa. Berikutan kejadian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertindak pantas menyelamatkan ketiga-tiga mangsa.
Pegawai JKM Johor Bahru mengulas tindakan boleh diambil ke atas kedua ibu bapa mangsa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan mengabaikan anak – atau tanpa pengawasan orang dewasa.
Kes seperti ini seharusnya membuka mata masyarakat untuk sentiasa lebih peka dengan sekeliling.
Jika anda nampak sebarang tanda-tanda kecuaian, pengabaian atau penderaan – sila laporkan pada pihak yang bertanggungjawab.
Ya, memang kita tak seharusnya “menjaga kain orang lain”, tapi kes pengabaian anak boleh memberi kesan buruk pada mangsa (yakni kanak-kanak).
Pengabaian Anak Atau Penderaan Kanak-Kanak
Kanak-kanak seharusnya dibesarkan oleh orang dewasa. Ibu bapa, adik beradik, saudara mara atau sesiapa yang menjaga kanak-kanak harus memberi kasih sayang, sokongan dan panduan.
Tapi, kes pengabaian dan penderaan membuatkan mereka membesar dalam keadaan takut, marah dan terganggu.
Mereka tak sepatutnya diberi persekitaran toksik. Jadi, jika anda nampak tanda-tanda seperti di bawah, segera laporkan ia kepada pihak berkuasa.
Kami akan ajar cara melaporkan seperti di bawah.
Tanda-Tanda Kes Yang Harus Dilaporkan
-
Kes Penderaan
- Anda dapat melihat tanda-tanda seperti kanak-kanak tersebut menggeletar, ketakutan.
- Ada kesan tamparan atau pukulan
- Ada kesan pukulan dengan tali pinggang, kasut atau objek lain
- Kesan lecuran
- Patah tangan atau tulang lain
- Kanak-kanak tak dibenarkan makan, minum atau ke tandas
-
Kes Pengabaian
- Kanak-kanak kelihatan tak cukup makan, tanpa baju, perlindungan atau keselamatan yang diperlu
- Kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan ibu bapa
- Kanak-kanak tidak dirawat dengan perubatan yang sepatutnya
- Tak hadir sekolah
- Rambut atau kulit kotor (macam tak mandi) atau ruam lampin
- Ada kesan tumbukan di bahagian badan
- Cerita “insiden” dari ibu bapa yang tak masuk akal
Bagaimana Ingin Buat Laporan
Jangan pandang sebelah mata masalah ini. Kita seharusnya beri peluang pada anak-anak untuk membesar dalam persekitaran yang elok.
Jika anda dapat lihat sebarang tanda-tanda penderaan, kes buli, pengabaian atau sebagainya yang melibatkan kanak-kanak, sila:
- Hubungi UNICEF di talian 15999
- Beri alamat lokasi kejadian
- Nyatakan apa jenis penderaan yang anda syak/ketahui
- Kenal pasti pemangsa atau maklumat berkaitan pemangsa
Jangan risau, semua aduan adalah rahsia dan dilindungi oleh pihak berkuasa.
Kita orang dewasa harus memberhentikan KES-KES PENDERAAN DAN PENGABAIAN KANAK-KANAK!
Sumber rujukan: APA, The Straits Times, dan Says
Kredit gambar: THE STAR/ASIA NEWS NETWORK
Baca juga:
Ada 13,272 Kes Rogol Kanak-Kanak Sejak 7 Tahun Lalu! Hati-Hati Ibu Bapa!