Rahsia Kejayaan Mark Zuckerberg Di Usia Muda
Siapa tak kenal dengan nama Mark Zuckerberg? Anda sedang baca artikel ini pun berkat usahasama dan idea yang dilahirkan oleh beliau. Facebook lah, apa lagi!
Zuckerberg sebenarnya adalah seorang yang suka menyendiri. Tapi beliau sering fokus, bekerja keras dan penuh tekad dalam menjayakan visinya.
Dengan usaha itu, beliau kini antara individu terkaya dan paling berkuasa di dunia!
Beliau telah berjaya membuktikan yang anak muda dengan semangat dan visi yang utuh mampu mencipta nama di persada dunia!
Syarikat Facebook juga diangkat sebagai salah satu infrastruktur dunia yang paling berpengaruh. Tapi, rahsia kejayaannya amat luar biasa.
Anehnya, beliau mengamalkan 3 prinsip perkahwinan untuk berjaya! Apakah 3 prinsip tersebut?
1 – Bersatu padu
Zuckerberg mendapati yang kerja berpasukan (seperti pasangan suami isteri) adalah kunci sesebuah kejayaan.
Sebuah syarikat tak akan berjaya jika ia dijalankan hanya oleh seorang individu.
Syarikat yang berjaya memerlukan “pasukan” sama seperti penubuhan syarikat. Pasukan tersebut harus bijak bersatu padu untuk menyelesaikan masalah.
Syarikat milik beliau sering menyumbang pelbagai idea baru dan membaiki keadaan dengan kerjasama antara semua pihak.
Dengan menggunakan Facebook, anda juga sedang bersatu padu untuk bertemu dengan orang baru dan berbincang tentang pelbagai idea.
2 – Temu janji malam
Pelbagai penyelidikan telah menyokong bagaimana temu janji malam yang tetap boleh memanfaatkan kehidupan anda.
Sebenarnya, temu janji malam bukan hanya dengan pasangan.
Anda boleh pergi makan malam (atau jemput tetamu ke rumah!) dengan rakan kongsi atau rakan sekerja untuk mengekalkan keseimbangan antara kerjaya dan hubungan peribadi.
Temu janji malam sebegini akan merapatkan hubungan kalian malah mengukuhkan ikatan kerjasama.
Mark sering mencuri masanya untuk keluar dating dengan isteri tercinta.
Malah menurut Priscilla Chan, mereka telah menetapkan minimum 100 minit masa untuk mereka bersendirian dengan temu janji malam secara tetap setiap minggu!
Nampaknya, amalan ini membuahkan hasil, bukan saja dalam perhubungan malah dalam kerjaya!
3 – Saling berkongsi
Untuk benar-benar memahami kejayaan anak muda ini, kami cuba untuk memikirkan apakah jasa yang dibawa oleh inovasi beliau.
Hakikatnya, Facebook telah merapatkan hubungan semua individu! Malah, Facebook juga “menghubungkan” mereka yang berjauhan.
Kuncinya di sini adalah saling berkongsi. Menurut Zuckerberg, amalan saling berkongsi membuka satu hubungan erat lain yang boleh mengubah dunia.
Nampaknya, 3 peraturan penting ini boleh digunapakai dalam setiap sektor, ya?
Ayuh ambil inspirasi ini dan praktikkan cara untuk berjaya yang dikongsikan oleh Mark dalam kehidupan anda!
Besar sungguh visi Mark Zuckerberg untuk komuniti global!
Kami di theAsianparent mendoakan agar beliau sentiasa berjaya untuk mengorak langkah dengan lebih utuh dan saksama.
Sumber rujukan: Inc. Southeast Asia
Kredit gambar: Inc. Southeast Asia
Baca juga:
Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!