Masalah pertuturan kanak-kanak
Masalah pertuturan tak pernah jadi satu penghalang buat ibu bapa yang mempunyai naluri kuat untuk memahami keperluan dan kehendak anak mereka.
Tapi apabila anak semakin besar, dia perlu belajar untuk menunjukkan perasaannya dengan menggunakan bahasa dan pertuturan.
Sebenarnya, mencuit hati sangat apabila mereka baru mula belajar bercakap!
Senarai semakan pencapaian bahasa sangat berguna apabila anda ingin mengukur perkembangan bahasa dan pertuturan anak-anak.
Di bawah kami sediakan senarai semakan pencapaian bahasa berdasarkan garis panduan Institut Kesihatan Negara, Amerika Syarikat.
Jom semak!
Pencapaian bahasa apabila anak berumur: 1 tahun
- Memahami nama sendiri
- Memberi perhatian apabila orang lain bercakap dengannya
- Memahami arahan mudah, contohnya, ‘jangan makan itu!’
- Menjawab permintaan mudah, contohnya, ‘tolong berikan kepada saya’
- Memahami kata-kata biasa apabila digunakan dengan isyarat contohnya. “Hello!”
- Boleh mengaitkan gambar dengan kata-kata dan bunyi, misalnya, ‘harimau harimau!’
- Ketawa apabila anda ketawa dan mungkin bernyanyi bersama dengan anda
- Dia meniru kata-kata yang biasa
- Membebel dengan niat dan memberikan kata-kata sendiri kepada objek.
- Dia mula menggunakan kata nama yang eksklusif
- Mengatakan 2 – 3 perkataan selain “mak” dan “abah”
- Memanggil ibu dan ayah apabila meminta perhatian
- Dia dapat mengambil bahagian dalam permainan yang melibatkan kanak-kanak lain, seperti bermain bola dan pat-a-cake.
Tanda-tanda masalah pertuturan:
- Adakah anak bertindak balas apabila ibu bapa memanggil namanya?
- Adakah dia membebel sedikit atau tak sama sekali?
Pencapaian bahasa apabila anak berumur: 2 tahun
- Memahami kata-kata seperti ‘jangan‘ dan ‘tidak’
- Dapat menunjukkan 5 bahagian badan
- Dia boleh mengambil objek dari bilik lain apabila disuruh
- Mengangguk “ya” dan goyang kepala untuk “tidak”
- Memahami lebih banyak perkataan dari apa yang biasa boleh dikatakan
- Memahami soalan mudah seperti “di manakah pintu?”
- Suka mendengar cerita
- Dia boleh mengulangi bunyi, misalnya “meow” dan tunjuk ke arah kucing
- Minta makanan atau mainan dengan menggunakan nama samaran mereka sendiri
- Menggunakan perkataan tunggal dengan lebih kerap dari ayat penuh
- Dia menggunakan kata-kata seperti “lagi” jika dia suka sesuatu dan mahu ia diulang
- Boleh menggunakan 10 hingga 20 kata termasuk nama
- Dia menjawab soalan ‘apa itu’
- Boleh menyebutkan nama objek-objek harian dengan tepat
- Mula menggunakan kata-kata seperti “saya”, dan “anda”
- Mula untuk menggabungkan kata nama dan kata kerja seperti “lelaki-datang” dan ‘bye-kucing’
- Dia boleh menggabungkan dua perkataan seperti “hello mama!”, ‘eh-jangan’
Tanda-tanda masalah pertuturan
- Adakah anak anda masih tak dapat bercakap?
- Adakah anak anda lebih suka bersendirian dan tak suka bersosial?
- Adakah anak anda menggunakan lebih banyak gerak isyarat daripada perkataan?
- Adakah anda tidak pasti jika dia memahami apa yang anda katakan?
Anak saya tak memenuhi semua pencapaian bahasa di senarai semakan di atas
Senarai semakan di atas adalah pemerhatian kolektif di mana 90% kanak-kanak dapat melakukan perkara-perkara ini mengikut umur yang ditunjukkan.
Oleh itu, jika anak anda tidak memenuhi satu (atau lebih dari satu) pencapaian ini sebelum umur yang ditetapkan, ini tidak bermakna dia bermasalah.
Perkembangan anak anda mungkin hanya lambat sedikit.
Tetapi jika anak menunjukkan tanda-tanda masalah pertuturan, ibu bapa haruslah membawa mereka berjumpa doktor.
Nasib baik, semua penilaian ini adalah sebahagian daripada pemeriksaan anak yang biasa dilakukan di KK.
Sekiranya anak anda memerlukan terapi, doktor anda akan merujuknya kepada pakar pertuturan dan bahasa yang relevan.
Pengesanan awal akan membantu anak anda, jadi berbincanglah dengan doktor jika ada sebarang keraguan.
Sumber rujukan: Institut Kesihatan Negara, Amerika Syarikat
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Anaknya Belum Boleh Bercakap Pada Usia 4 Tahun, Ayah Kekal Optimis