X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ajari Si Kecil Anda Dwibahasa - Otak Bayi Direka Untuk Mempelajari Pelbagai Bahasa!

4 min bacaan
Ajari Si Kecil Anda Dwibahasa - Otak Bayi Direka Untuk Mempelajari Pelbagai Bahasa!

Anda perlu tahu yang ada banyak kelebihan mengajar anak anda dwibahasa. Ini kerana otak bayi telah dicipta untuk mempelajari pelbagai bahasa.

Mana-mana orang dewasa yang telah cuba mempelajari bahasa asing boleh beritahu kepada anda betapa sukar dan mengelirukannya untuk menguasai bahasa baru.

Oleh itu, apabila seorang kanak-kanak berusia tiga tahun membesar di dalam rumah di mana ibu bapanya bercakap dwibahasa dengannya, campur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, ramai yang beranggapan yang si kecil itu akan mudah keliru.

Jangan tak tahu, penyelidikan menunjukkan bahawa ini bukan sebenarnya yang berlaku!

Malah, usia yang awal adalah masa yang terbaik untuk mempelajari bahasa kedua atau ketiga.

Kanak-kanak yang membesar dengan dua bahasa biasanya bertutur dengan baik sekali untuk kedua-dua bahasa.

Manakala orang dewasa pula sering bergelut dengan pembelajaran bahasa kedua dan jarang mendapat kefasihan seperti penutur asli bahasa itu.

Tetapi persoalannya adalah: adakah ia mengelirukan untuk bayi mempelajari dua bahasa pada masa yang sama?

Ajari Si Kecil Anda Dwibahasa - Otak Bayi Direka Untuk Mempelajari Pelbagai Bahasa!

Bilakah bayi mempelajari bahasa?

Penyelidikan menunjukkan bayi mula belajar bunyi bahasa sebelum mereka dilahirkan lagi.

Di dalam rahim, suara ibu adalah salah satu bunyi yang paling menonjol yang didengari oleh bayi yang belum dilahirkan.

Sewaktu mereka dilahirkan, bayi yang baru lahir bukan sahaja dapat membezakan antara bahasa ibunya dengan bahasa lain, tetapi juga menunjukkan keupayaan membezakan di antara bahasa.

Mempelajari otak bayi

Ajari Si Kecil Anda Dwibahasa - Otak Bayi Direka Untuk Mempelajari Pelbagai Bahasa!

Bagaimana dengan bayi-bayi yang mendengar dua bahasa sejak lahir? Bolehkah otak bayi proses dalam dua bahasa?

Jika ya, bagaimanakah proses ini berlainan dengan pakar dalam bahasa tunggal?

Mengetahui bagaimana otak bayi belajar satu atau dua bahasa adalah penting untuk kita memahami pencapaian perkembangan dalam pembelajaran untuk bercakap.

Sebagai contoh, ibu bapa kanak-kanak dwibahasa sering tertanya-tanya bagaimana anak mereka akan berbeza daripada anak-anak yang sedang belajar bahasa tunggal.

Kajian mendapati terdapat beberapa perbezaan utama antara bayi yang dibesarkan di dalam rumah monolingual berbanding rumah dwi bahasa.

Pada umur 11 bulan, sebelum kebanyakan bayi mula mengatakan perkataan pertama mereka, rakaman otak mendedahkan bahawa:

  • Bayi dari isi rumah bahasa Inggeris monolingual secara khususnya dapat memproses bunyi bahasa Inggeris, dan bukan suara bahasa Melayu, iaitu bahasa yang tidak dikenalinya.
  • Bayi dari isi rumah Melayu-Inggeris dwibahasa pula secara khususnya dapat memproses bunyi kedua-dua bahasa, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Adakah ia OK untuk belajar dua bahasa?

Ibu bapa kanak-kanak monolingual dan dwibahasa selalunya bersemangat untuk mendengar anak-anak mereka mengucapkan kata-kata yang pertama.

Ia adalah masa yang menarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang bayi fikirkan.

Ibu bapa bilingual (dwi Bahasa) juga risau tentang perkara ini: anak mereka tidak dapat belajar dengan cepat.

Sebenarnya, kajian mendapati bahawa bayi dwibahasa menunjukkan tindak balas otak yang sama kuat terhadap bunyi bahasa Inggeris seperti bayi yang monolingual.

Ini menunjukkan bahawa bayi dwibahasa belajar Bahasa Inggeris dengan kadar yang sama seperti bayi-bayi monolingual.

Ibu bapa kanak-kanak dwibahasa juga bimbang yang anak-anak mereka tidak akan mengetahui banyak perkataan seperti anak-anak yang dibesarkan dengan satu bahasa.

Pada tahap tertentu, kebimbangan ini adalah valid, atau sah.

Bayi berbilang bahasa membahagikan masa mereka di antara dua bahasa, dan dengan itu, secara purata, mendengar lebih sedikit perkataan dalam setiap bahasa.

Walaubagaimanapun, kajian secara konsisten menunjukkan bahawa kanak-kanak dwibahasa tidak ketinggalan apabila kedua-dua bahasa dipertimbangkan.

Saiz perbendaharaan kata kanak-kanak dwibahasa, apabila digabungkan di kedua-dua bahasa, didapati sama atau lebih besar daripada kanak-kanak monolingual.

Tidak seperti kanak-kanak monolingual, kanak-kanak dwibahasa mempunyai bahasa lain yang mereka dapat ‘pinjam’ dan gunakan jika mereka tidak dapat memikirkan kata yang sesuai dalam satu bahasa.

Maka, terhasillah bahasa rojak.

Dan ia bahkan menjadi permulaan kepada kehebatan kognitif tambahan yang dikenali sebagai “kelebihan bilingual”

Ajari Si Kecil Anda Dwibahasa - Otak Bayi Direka Untuk Mempelajari Pelbagai Bahasa!

Kanak-kanak bilingual mempunyai kelebihan

Berita baiknya adalah kanak-kanak kecil di seluruh dunia boleh memperoleh dua bahasa pada masa yang sama. Malah, di banyak tempat di dunia, dwibahasa adalah biasa.

Kini, telah difahami bahawa keperluan si kecil anda untuk secara berterusan mengalih perhatiannya antara dua bahasa telah membawa kepada beberapa kelebihan kognitif.

Penyelidikan telah mendapati bahawa orang dewasa dan kanak-kanak dwibahasa menunjukkan fungsi eksekutif yang lebih baik pada otak – iaitu, mereka dapat beralih perhatian, menukar antara tugas, dan menyelesaikan masalah dengan lebih mudah.

Bilingual juga didapati telah meningkatkan kemahiran metalinguistik (keupayaan untuk berfikir tentang bahasa, dan memahami bagaimana ia berfungsi).

Terdapat bukti bahawa dwibahasa menjadikan pembelajaran bahasa ketiga lebih mudah.

Tambahan pula, kesan pengalaman dwibahasa yang sering kita fikirkan dan terjemahkan telah membawa kepada kekurangan risiko penurunan kognitif.

Contohnya, penuaan dan permulaan penyakit Alzheimer (hilang ingatan).

Oleh itu, jika anda mahu anak anda mengetahui lebih dari satu bahasa, sebaiknya anda mulakannya sedari usia muda. Mulakan sebelum dia mula bercakap bahasa pertamanya!

Jangan risau, ia tidak akan mengelirukan anak anda, dan ia juga boleh memberi dorongan kepadanya dalam bentuk kognisi dan corak pemikiran hebat lain. Cubalah!

Rencana diterjemah daripada Quartz.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Pendidikan
  • /
  • Ajari Si Kecil Anda Dwibahasa - Otak Bayi Direka Untuk Mempelajari Pelbagai Bahasa!
Kongsikan:
  • 8 Kesilapan Biasa Ibu Bapa Membuat Apabila Membesarkan Anak Dwibahasa

    8 Kesilapan Biasa Ibu Bapa Membuat Apabila Membesarkan Anak Dwibahasa

  • 10 Bahasa Bayi Yang Ibu Bapa Patut Tahu, Mereka Sedang Cuba Berkomunikasi Dengan Anda!

    10 Bahasa Bayi Yang Ibu Bapa Patut Tahu, Mereka Sedang Cuba Berkomunikasi Dengan Anda!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 8 Kesilapan Biasa Ibu Bapa Membuat Apabila Membesarkan Anak Dwibahasa

    8 Kesilapan Biasa Ibu Bapa Membuat Apabila Membesarkan Anak Dwibahasa

  • 10 Bahasa Bayi Yang Ibu Bapa Patut Tahu, Mereka Sedang Cuba Berkomunikasi Dengan Anda!

    10 Bahasa Bayi Yang Ibu Bapa Patut Tahu, Mereka Sedang Cuba Berkomunikasi Dengan Anda!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.