Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

Anak anda sudah bersedia untuk belajar berpuasa? Tentu anda juga teruja untuk mendidik si manja anda tentang keistimewaan bulan Ramadan. Tetapi, nak mula di mana, ya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setahun menanti, kini bulan suci yang ditunggu-tunggu umat Islam tiba lagi. Ramadan sememangnya dinanti-nantikan kerana inilah bulan yang penuh barakah di mana umat Islam berpeluang menggandakan pahala dengan cukup mudah menerusi pelbagai amal ibadah

Anak-anak kecil mungkin masih belum memahami sepenuhnya akan keistimewaan bulan Ramadan, namun melihat adik-beradik yang lebih tua dan ibu bapa menjalankan ibadah khusus bulan Ramadan, ada yang sudah mula belajar berpuasa dan turut bersolat tarawih bersama keluarga seawal usia 4 tahun.

Walaupun tidak diwajibkan lagi buat mereka, namun keterujaan dan niat suci mereka ini wajar digalakkan agar mereka dapat belajar menyempurnakan ibadah Ramadan sedikit demi sedikit.

Kredit: Shutterstock

Namun begitu, bukan mudah untuk anda sebagai ibu, untuk memberikan sepenuh perhatian dalam mendidik anak kecil anda tentang amalan yang digalakkan di bulan Ramadan setiap hari. Anda juga ada tugasan harian yang perlu diselesaikan, termasuklah membuat persediaan bersahur dan berbuka puasa. 

Kami faham dilema anda, wahai ibu. Sebab itulah, kami sangat gembira untuk berkongsi aktiviti Ramadan yang cukup menarik dan khusus untuk anak-anak kecil anda! Memperkenalkan…

Kalendar Dutch Lady 30 Hari, 30 Kebaikan

30 aktiviti kebaikan yang mudah dan seronok untuk dilakukan serta sesuai untuk kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah fungsi kalendar ini?

Diinspirasikan oleh kesucian bulan Ramadan, kalendar ini dicipta khas dengan 30 kebaikan yang boleh anak anda lakukan setiap hari di bulan Ramadan.

Kalendar ini terdapat dalam dua bentuk, iaitu:

Bagaimanakah cara menggunakan Kalendar Dutch Lady 30 Hari, 30 Kebaikan?

Mudah saja! Setiap hari, anak anda boleh melakukan satu aktiviti atau kebaikan yang tertera di kalendar ini. Setelah berjaya, anak anda dapat mara ke aktiviti seterusnya pada keesokan hari, dan begitulah seterusnya sehingga lengkap 30 hari di bulan Ramadan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajak anak anda membantu anda melakukan kerja-kerja rumah yang sesuai dengan umur mereka. Kredit: Shutterstock

Buat Aktiviti Dan Menang Hadiah!

Ya, anak anda bukan saja akan dapat belajar melakukan pelbagai amalan murni, malah berpeluang menyertai Peraduan Kalendar Dutch Lady 30 Hari, 30 Kebaikan untuk memenangi hadiah menarik! 

3 langkah mudah untuk menang hadiah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk menyertai peraduan ini, ibu bapa hendaklah merakam gambar aksi anak anda melakukan aktiviti yang tertera di Kalendar Dutch Lady 30 Hari,30 Kebaikan dan muat naik gambar/video tersebut di laman sesawang https://www.berkatramadan.smartmoments.com.my.

Pastikan anda melengkapkan maklumat berikut untuk penyertaan yang sah:

  1. Nama Penuh 
  2. Nombor Telefon
  3. Alamat e-mel
  4. Foto yang jelas dan kreatif yang mempamerkan anda dan/atau anak anda mengambil bahagian dalam mana-mana tugas harian seperti yang disiarkan di laman sesawang https://www.berkatramadan.smartmoments.com.my

Sepanjang peraduan ini, seramai 120 orang pemenang bakal memenangi** hadiah mingguan iaitu baucar Shopee untuk barangan berjenama Dutch Lady bernilai RM30!

Tempoh peraduan: 3 April 2022 – 2 Mei 2022.

Layari https://www.berkatramadan.smartmoments.com.my untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini berserta terma dan syarat.

Nutrisi Lengkap Dan Seimbang Untuk Si Manja Di Bulan Ramadan

Ibu-ibu pasti sejuk hati melihat anak kecil anda seronok untuk belajar berpuasa dan melakukan pelbagai aktiviti kebaikan. Tubuh badan kanak-kanak masih belum biasa dengan rutin berpuasa, jadi anda haruslah pastikan anak anda mendapat nutrisi secukupnya, walaupun ketika ini mereka hanya berpuasa untuk beberapa jam sahaja.

Kami syorkan ibu menyediakan makanan seimbang ketika sahur dan lengkapkan nutrisi harian si manja anda dengan susu tepung rumusan kanak-kanak DUTCH LADY 5X DHA*. Ia menyediakan nutrisi yang disesuaikan untuk kanak-kanak berumur antara 1 hingga 6+ tahun dengan 5X DHA* yang menyokong perkembangan otak kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Formulanya tinggi dengan protein untuk membantu perkembangan fizikal anak anda serta mengandungi campuran 20 vitamin dan mineral. Tinggi dengan vitamin A,C,D, dan E, ia juga membantu menyokong daya ketahanan badan kanak-kanakˇ. 

Selain itu, ibu juga boleh mencuba DUTCH LADY MaxGro yang dirumus khusus untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 9 tahun, dan membekalkan 80% nutrien harian yang disarankan^ untuk memastikan si manja anda mendapat pemakanan lengkap dan seimbang. Barulah cergas untuk menjalankan aktiviti Kalendar Dutch Lady 30 Hari, 30 Kebaikan Ramadan ini!

Oopss…belum habis lagi, ada satu lagi berita baik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Istimewa sempena Ramadan ini, anda dapat menikmati tawaran hebat dengan setiap pembelian produk Dutch Lady, tapi sementara penebusan masih ada, ya! Jadi, cepat beli produk Dutch Lady bernilai RM35 untuk menebus RM5 PIN tambah nilai Touch n’ Go secara PERCUMA**. Wah, inilah yang dinamakan Berkat Ramadan dan Susu!

Ayuh ibu, kita bersiap sedia untuk Ramadan yang istimewa bersama si manja. Ayuh aktifkan 30 HARI, 30 KEBAIKAN bersama Dutch Lady! Salam Ramadan, selamat berpuasa dan beramal! 

*5X DHA:  Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009)

**Tertakluk pada terma dan syarat

ˇVitamin yang menyokong daya ketahanan badan: Vitamin A & D (www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2906676/); Vitamin C & E (www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK230984/)

^80% Nutrien Harian: Memenuhi sekurang-kurangnya 80% nutrien terpilih daripada saranan pengambilan nutrien yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017) Seperti Kalsium, Fosforus, Zat Besi, Magnesium, Zink, Vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia