4 Cabaran Perkahwinan Pada 5 Tahun Pertama, Boleh Kata No.3 Semua Pasangan Akan Lalui

Jika anda bergaduh dengan pasangan setiap hari, adakah ia merupakan masalah besar atau ia hanya sekadar cabaran perkahwinan yang normal?

Apabila anda bertanyakan rakan atau keluarga terdekat tentang bagaimana mereka boleh bertahan lama dalam perkahwinan, mereka akan berikan pelbagai jawapan yang seakan sama. Tapi apabila bicara mengenai cabaran perkahwinan, adakah ia sama dengan apa yang kita lalui?

Walaupun kita tahu yang perkahwinan memang ada cabarannya, tapi kita tak tahu sama ada cabaran kita alami adalah masalah yang besar dalam perhubungan atau ia sebenarnya normal.

Lebih-lebih lagi pada 5 tahun terawal perkahwinan, orang tua-tua kata ia paling sukar. Dalam 5 tahun itulah anda nampak perangai sebenar, dan bagaimana nak membiasakan dengan perangai pasangan masing-masing. 

Memang kalau tersilap langkah, kurang rasa sabar, ego tinggi dan iman menurun hasilnya tidak kemanalah. 

Sebab itu pakar merungkaikan apa sebenarnya cabaran perkahwinan yang perlu suami dan isteri lalui dalam hubungan supaya kita tahu yang hubungan kita adalah hubungan yang sihat atau sebaliknya.

Antara 4 cabaran perkahwinan yang akan dilalui oleh semua suami isteri normal ialah:

#1. Cabaran perkahwinan: Berkompromi 

 

Salah satu cara untuk perkahwinan bahagia adalah pasangan sanggup untuk berkompromi. Ia kedengaran mudah, tapi untuk melakukannya memang susah dan boleh mendatangkan pergaduhan!

Menurut pakar, berkompromi untuk benda yang kecil adalah bagus dan selalunya amat penting untuk melancarkan perhubungan anda.

Contohnya seperti memperlahankan TV ketika pasangan bercakap dalam telefon atau membantu pasangan membuat kerja rumah.

Pakar juga menerangkan, kompromi kecil seperti memperlahankan TV tidak menggugat keinginan. Tetapi apabila kita tidak berkompromi tentang benda yang berharga untuk kita, kita akan mula melihat keretakan dalam perhubungan.

#2. Cabaran perkahwinan: Bergaduh secara adil (walaupun anda tak mahu)

Belajar untuk bergaduh secara adil mengambil masa dan memerlukan latihan, tapi ia sangat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan perkahwinan anda! 

Ia mungkin akan menjadi lebih susah apabila anda rasa anda betul dan anda tidak mahu mendengar penjelasan pasangan. Tapi untuk kebaikan hubungan, ia adalah perkara yang anda perlu lalui. 

Menurut pakar, tujuan pergaduhan bukan untuk menang. Tujuan kalian bergaduh adalah supaya pasangan anda faham pendapat anda dan tidak mengulang kembali jika ia berlaku lagi di masa hadapan.

#3. Cabaran perkahwinan: Tiada usaha

Foto: iStock

Semakin lama, pasangan akan menjadi semakin selesa dengan satu sama lain. Masalahnya apabila anda terlalu selesa hingga anda tidak lagi melakukan usaha lebih untuk menyerikan lagi perhubungan anda.

Dan hasilnya, anda bosan.

Pakar berkata, hubungan yang gagal kebanyakannya apabila kedua-dua pasangan tidak lagi berusaha. Nasihatnya, anda perlu tukar gaya hidup anda.

Keluar selalu, pergi ke tempat baru dan cuba aktiviti yang anda berdua boleh lakukan bersama.

#4. Cabaran perkahwinan: Mengutamakan hubungan

Kata pakar, benda lain yang sama penting dengan perhubungan seperti kerja, keluarga, rumah, boleh menambahkan stress dan tekanan dalam hidup dan secara semula jadi.

Terlalu banyak benda di fikiran sehingga anda memandang hubungan perkahwinan ini jauh kebawah. Anda rasakan kerja lebih penting dan pelru didahulukan, bagaimana nak bagi anak bini makan kalau tidak bekerja. 

Ya, betul. Tapi janganlah sehingga biarkan anak dan isteri terkontang-kanting tiada perhatian. Salah tu. Sama juga untuk isteri, jangan kerana terlalu utamakan anak, sehingga suami diabaikan terus.

Sangat penting pada masa-masa seperti ini untuk anda ingat yang anda perlu mengutamakan hubungan anda, dan ia memerlukan usaha yang lebih apabila anda perlu fokus kepada perkara lain.

Sekiranya pasangan tidak mengutamakan hubungan perkahwinan, di waktu inilah juga akan terjadi pasangan berlaku curang, mula tawar hati dan mencari ‘excitement’ lain. 

Sentiasa beringat bahawa perkahwinan memerlukan usaha. Jangan sebelah pihak saja dan jangan tiada usaha langsung. Akibatnya ikatan yang dimulakan dengan rasa cinta akan berakhir dengan rasa benci atau lebih teruk rasa itu mati. 

Semai cinta dengan usaha, rasa menghargai, bertolak ansur, rendahkan ego, inshaAllah akan membuahkan hasil.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Elite Daily

Baca juga:

Berpegangan tangan selepas kahwin, salah atau tak tunjuk romantis depan orang lain?