Di Malaysia, para ibubapa mungkin belum terbiasa memandikan bayi di malam hari.
Terutama kerana ada mitos turun temurun yang mengatakan bahawa mandi malam dapat menyebabkan penyakit sendi atau paru-paru berair.
Padahal, mandi sebelum tidur di malam hari mampu memberikan banyak manfaat untuk bayi dan anak-anak. Diantaranya:
1. Kesan menenangkan
Di luar negara, salah satu aktiviti ritual yang paling popular sebelum tidur adalah mandi. Berendam dalam air yang suam dan hangat dipercayai dapat membuatkan tubuh lebih tenang dan lebih bersedia untuk beristirehat dan tidur.
2. Mewujudkan rutin
Membiasakan anak untuk mandi sebelum tidur merupakan cara mencipta rutin harian yang baik. Anak akan terbiasa dan cenderung merasa selesa jika tahu apa yang akan dia lakukan selanjutnya, iaitu tidur setelah mandi.
3. Quality time bersama ibu atau ayah
Memandikan anak adalah momen intim antara anak dan ibu bapanya. Ramai pakar menyatakan yang aktiviti mandi sebelum tidur juga merupakan bahagian penting bagi perkembangan bayi.
4. Tidur lebih nyenyak
Bayi dan anak-anak yang terbiasa dengan habit mandi air panas sebelum tidur dapat tidur lebih nyenyak dan lebih panjang.
Ia adalah disebabkan tubuhnya sudah tenang dan siap untuk berehat sebelum mereka tidur.
Empat manfaat di atas juga boleh berlaku kepada orang dewasa. Jadi jangan takut untuk mandi atau memandikan anak di malam hari jika perlu ya, ibu ayah.