Apabila lambat bersalin…
Kenapa tak rasa nak bersalin lagi ni? Saya akan lambat bersalin ke? Kahamilan overdue ke ni?
Jangan panik, tarik nafas panjang-panjang. Ingat kata-kata pakar ini –
“Setiap wanita yang lambat bersalin tidak perlu rasa takut ataupun bimbang,”
Itu kata Dr. Alex C. Vidaeff (penyelidik dan pengamal perubatan ibu dan janin) yang memberitahu Fit Pregnancy.
“Tarikh bersalin hanya anggaran saja dan boleh berkurang ataupun bertambah.”
Tempoh kehamilan boleh berlanjutan selama 2 minggu selepas tarikh anggaran bersalin! Jadi jangan terlalu bimbang, disini ada 4 perkara yang anda boleh lakukan.
WebMD, juga mengatakan bahawa ibu hamil berisiko bersalin lambat jika:
- Ini kali pertama ibu itu hamil
- Ibu itu pernah lambat bersalin
- Ada sejarah wanita lain yang bersalin lambat dalam keluarganya
- Ibu itu sendiri adalah seorang bayi overdue juga dulu
3. Tahu risiko lambat bersalin
Apabila anda mencapai 40 minggu, doktor mungkin akan mula memantau kehamilan anda dengan lebih teliti kerana bersalin 2 minggu selepas tarikh bersalin ada risikonya.
Selepas 42 minggu, risiko bayi mati dalam kandungan dan kemungkinan bayi baru lahir mati, adalah 2 kali lebih banyak dari bayi yang dilahirkan cukup umur.
Masalah lain yang mungkin dialami bayi baru lahir termasuk masalah pernafasan dan perkembangan yang lambat.
4. Bincang dengan doktor
Patutkah kelahiran itu dicepatkan?
Kebanyakan doktor tidak mengesyorkan ibu untuk “memaksa” proses bersalin sehingga minggu ke-41.
Namun, ibu hamil boleh tunggu sehingga 42 minggu sebelum membuat keputusan jika mahu induce ataupun tidak.
Dapatkan nasihat doktor dan ambil kira keadaan diri sendiri. Akhirnya ini adalah keputusan ibu itu sendiri dengan syarat kehamilan itu dipantau sekerap 2-3 hari sekali.
Baca juga: