400 Mangsa Pemerdagangan Manusia Dibunuh Oleh Lelaki Ini

"Jika mereka cuba untuk melarikan diri, tidak dijual, atau timbul apa-apa masalah, mereka akan dibunuh dan dikebumikan,"

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, terdapat kira-kira 20.9 juta mangsa pemerdagangan orang di seluruh dunia, dengan 68 peratus buruh paksa, 26 peratus terdiri daripada kanak-kanak, dan 55 peratus adalah wanita dan kanak-kanak perempuan.

Organisasi ini juga telah menganggarkan bahawa industri buruh paksa dan pemerdagangan manusia di seluruh dunia, membawa keuntungan tahunan sebanyak $150 bilion.

Kita jarang akan mendengar perdagang manusia yang rela tampil ke hadapan untuk membuat pengakuan tentang jenayah mereka. Tetapi baru-baru ini, seorang pedagang manusia bernama Kahn, telah bersetuju untuk ditemuduga dan difilem oleh seorang wartawan penyiasatan terkemuka yang bernama Ross Kemp.

Kanak-kanak akan dibunuh kalau tidak berjaya dijual

Dalam temuduga itu, Kahn mengaku telah menjual beribu-ribu kanak-kanak untuk menjadi hamba seks. Kemp dan krew kamera yang bersamanya tidak dapat menyembunyikan perasaaan terkejut, apabila Kahn memberitahu mereka dia telah membunuh beratus-ratus gadis muda yang tidak berjaya dijual.

Apabila ditanya kalau kanak-kanak yang diambil pernah dipulangkan kepada keluarga mereka, Kahn berkata tidak. “Jika mereka cuba untuk melarikan diri, atau timbul apa-apa masalah, mereka akan dibunuh dan dikebumikan,” kata Kahn.

“Kalau polis yang disogok tidak dapat menutup kegiatan kami, kes itu akan pergi ke Jabatan Siasatan Jenayah. Jadi, kami akan membunuh kanak-kanak perempuan itu.”

7 Tahun

Semasa temubual itu, Kahn sudah menjalankan sindiket pemerdagangan manusia selama 7 tahun dan mempunyai 75 pedagang lain yang bekerja untuknya. Kahn kini disiasat untuk 25 kesalahan yang berbeza, tetapi dia belum pernah dibicarakan di mahkamah untuk mana-mana jenayah. 

“Kami akan pergi ke masyarakat miskin, selalunya masyarakat Muslim atau puak etnik, dan mencari gadis-gadis muda yang cantik,” kata Kahn. “Gadis-gadis ini kemudiannya dilelong dan dijual kepada orang yang menawarkan harga paling tinggi.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gadis-gadis semuda 12 tahun telah dijual dan harga tertinggi yang pernah ditawarkan adalah £8,500. 

Sempadan Malaysia dan negara Thailand

Walaupun berita ini sangat menyayat hati, kejadian sebegini berlaku di negara kita juga. 

Polis Malaysia telah menemui kubur besar dan banyak kem-kem pendatang yang telah digunakan oleh penyeludup manusia di sempadan negara kita dengan Thailand. Sejumlah 17 kem terbengkalai dipercayai telah digunakan untuk aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan manusia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya tidak boleh bayangkan apa yang berlaku di kem-kem seperti ini, dimana ramai yang dalam keadaan terdesak, sakit ataupun cedera, yang terpaksa melakukan apa sahaja untuk terus hidup.

Sehingga hari ini Malaysia masih dianggap sebagai destinasi, sumber dan negara transit untuk wanita dan kanak-kanak mangsa pemerdagangan manusia.

Sumber: Ross Kemp Extreme World, Independent.ie, Wikipedia

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio