TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ibu Ini Dihukum Mati Kerana Mempertahankan Diri Dari Dirogol, Di Mana Keadilannya?

27 Nov, 2018
Ibu Ini Dihukum Mati Kerana Mempertahankan Diri Dari Dirogol, Di Mana Keadilannya?

Seorang ibu anak satu dari Indonesia telah dihukum mati oleh kerajaan Arab Saudi kerana membunuh majikannya bagi mempertahankan dirinya dari dirogol.

Apa yang dilalui oleh ibu ini memang sangat sadis dan menyedihkan. Beliau hanya ingin bekerja untuk menyara anaknya, tapi akhirnya dia dihukum mati kerana mahu melindungi diri sendiri.

Ibu dihukum mati kerana bunuh majikan yang merogolnya

Ibu kepada seorang anak ini, Tuti Tursilawati telah dihukum mati selepas beliau membunuh majikan yang merogolnya.

Tutu Tursilawati telah dibunuh pada hari Isnin lalu di Ta’if, salah satu bandar di daerah Mekah, Arab Saudi. Apa yang lebih menyedihkan, kerajaan Saudi gagal untuk memberi amaran pada keluarga Tuti atau kerajaan Indonesia sebelum beliau dibunuh.

Presiden Indonesia Joko Widodo telah menelefon Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, menuntut untuk mengetahui kenapa Jakarta tak diberitahu tentang pelaksanaan hukuman mati Tuti Tursilawati.

Ini adalah kali keempat dalam tiga tahun, Arab Saudi gagal memberitahu Jakarta sebelum menjatuhkan hukuman pada pekerja asing Indonesia.

dihukum mati, hukuman mati, hukuman bunuh, pekerja asing, orang gaji bunuh majikan, amah indonesia, amah bunuh majikan, penderaan seksual, majikan rogol orang gaji

Kredit Gambar: Woman In and Beyond Global

Menurut setiausaha kabinet, Joko berkata:

“Kami telah menelefon menteri luar Arab Saudi untuk menyatakan protes kami.”

Duta besar Arab Saudi telah diminta untuk datang dan berbincang tentang perkara ini, tambah Joko.

Pertubuhan Penjagaan Migran Kumpulan Indonesia pula berkata, Tuti Tursilawati hanya bertindak untuk mempertahankan dirinya dari dirogol.

Abidin Fikri, ahli parlimen Indonesia juga mengkritik pembunuhan ini dengan berkata:

“Negara Arab Saudi telah mengambaikan prinsip hak asasi manusia termasuk hak semua orang untuk hidup.”

Tuti telah dihukum mati hanya seminggu selepas menteri luar Arab Saudi Adel al-Jubeir, berjumpa dengan rakan sejawatnya Retno Marsudi dan Joko Widodo di Jakarta untuk membincangkan tentang hak pekerja asing.

Semasa perjumpaan ini, Retno menegaskan tentang kepentingan memberitahu mereka dulu sebelum menjalankan hukuman mati kepada mana-mana pekerja asing Indonesia di Arab Saudi.

Amnesty International Indonesia berkata, Arab Saudi telah merosakkan hubungan diplomatik antara mereka dan telah bersikap tidak beretika kerana membiarkan ibu anak satu ini dihukum mati.

Dihukum mati hanya kerana mempertahankan diri, di mana keadilannya?

dihukum mati, hukuman mati, hukuman bunuh, pekerja asing, orang gaji bunuh majikan, amah indonesia, amah bunuh majikan, penderaan seksual, majikan rogol orang gaji

Kredit Gambar: Liputan 6

“Tuti hanya membela dirinya” kata ibu Tuti Tursilawati, Iti Sarniti, yang sempat berjumpa Tuti pada April lalu selama satu setengah jam.

Tuti dikatakan memukul majikannya, seorang lelaki tua di rumah majikannya di Ta’if pada Mei 2010.

Menurut MataNajwa pada Mac lalu, Iti mengatakan:

“Tuti dipujuk untuk melakukan seks oleh majikannya yang sudah tua dan berkerusi roda. Satu hari, Tuti rasa jengkel dan menolak kerusi roda yang dipakai orang tua itu.

“Dia hanya menolak kerusi roda dan majikannya jatuh dan dibawa ke hospital, tiga hari selepas itu baru meninggal. Adakah ini dinamakan pembunuhan?” soalnya.

Kronologi kejadian kes Tuti Tursilawati hingga dihukum mati

jenayah rogol, rogol, kes rogol, merogol, perkosaan, perkosa, rogol wanita, rogol isteri, kes rogol wanita, kes rogol di Malaysia, kenaikan kes rogol, jenayah rogol di Malaysia

Pada Mei 2010 lalu, Tuti ditangkap oleh pihak polis Arab Saudi atas tuduhan membunuh bapa majikannya Suud Mulhaq Al-Utaibi.

Tuti ditangkap sehari selepas peristiwa pembunuhan terjadi pada 11 Mei 2010. Dia dikatakan telah bekerja selama lapan bulan dan tak dibayar gaji selama enam bulan.

Selepas membunuh mangsa, Tuti lari ke Kota Mekah dengan membawa barang perhiasan dan wang berjumlah SR 31,500 (RM 35,200) milik majikannya.

Tapi, dalam perjalanan ke Mekah, Tuti telah dirogol oleh sembilan lelaki Saudi dan mengambil semua hasil curiannya. Sembilan lelaki ini kemudian ditangkap dan dihukum mengikut hukuman di Arab Saudi.

Dalam proses penyiasatan, Tuti mengaku membunuh bapa majikannya dengan alasan selalu mendapat gangguan seksual. Tuti telah dijatuhkan hukuman pada tahun 2011.

Selepas dijatuhkan hukuman, kerajaan Indonesia membuat rayuan beberapa kali supaya Arab Saudi meringankan hukumannya termasuk menghantar wakil, menghantar surat kepada presiden Arab Saudi dan pelbagai cara lain.

Rakyat Indonesia dan kerajaan Indonesia kesal dengan tindakan kerajaan Arab Saudi dan masih protes dan menuntut bela atas kematian ibu anak satu ini.

Kami di theAsianparent turut kesal dan bersedih dengan apa yang berlaku pada Tuti Tursilawati dan mengucapkan takziah pada ibu bapa Tuti dan anak yang kehilangan ibunya ini.

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Is Your Child Growing Optimally? Here’s What You Need to Know
Is Your Child Growing Optimally? Here’s What You Need to Know
What Is Your Money Parenting Style?
What Is Your Money Parenting Style?
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Within Nigeria, Liputan 6, BBC

Baca juga:

https://my.theasianparent.comgangguan-sihir/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu Ini Dihukum Mati Kerana Mempertahankan Diri Dari Dirogol, Di Mana Keadilannya?
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham