7 Sebab Mengapa Wanita Perlu Elak Tidur Pakai Bra Ketika Malam, #5 Perlu Alert!

Tidur pakai bra sepanjang malam sebenarnya boleh memudaratkan wanita dan tidak membantu mengekalkan bentuk payudara yang tegang serta seksi

Ianya sudah jadi satu kebiasaan untuk kebanyakan wanita terus tidur pakai bra atau baju dalam. Terutamanya bagi anak dara, mereka cenderung mengenakan bra sepanjang masa dan mengakui berasa tidak selesa saat menanggalkannya.

Sebab-sebab lain termasuklah mitos yang mengatakan amalan ini boleh membantu mengekalkan bentuk payudara yang tegang dan seksi. Walau bagaimanapun jika terlalu kerap tak pakai bra, tidak semestinya ia akan membuatkan payudara menjadi kendur.

Baca juga: Deodoran & Minyak Wangi Punca Kanser Payudara? Awas, Ia Pembunuh No.1 Wanita!

Elak tidur pakai bra ketika malam, ini sebabnya

credit to sources

Pada zaman kini, para wanita sering mendambakan untuk memiliki paras rupa menawan dan bentuk fizikal yang mantap. Justeru tidak hairanlah ada yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit setiap bulan bagi mencapai hasrat mereka.

Tahukah anda bahawa sebenarnya punca masalah bentuk payudara disebabkan oleh ramai wanita selalu membeli bra yang salah dan tidak sesuai dengan saiz dan bentuk badan mereka. Bra yang terlalu ketat boleh memudaratkan si pemakai, terutamanya jika ia dipakai sepanjang hari dan sepanjang malam.

Ini antara sebab mengapa anda digalakkan untuk menanggalkan baju dalam sebelum tidur:

#1. Peredaran darah yang lebih baik

Satu-satunya keburukan memakai bra semasa tidur, terutamanya coli dengan sokongan dawai (underwire) adalah ia boleh menyekat peredaran darah anda. 

Jika dawai itu terlalu ketat, otot-otot dada akan tersempit, dan ini akan menjejaskan peredaran darah ke lengan dan tangan.

Di samping itu, bra sukan yang terlalu ketat juga boleh memberi kesan kepada tisu payudara anda jika dipakai terlalu kerap disebabkan peredaran yang sentiasa tersekat.

#2. Kulit tidak akan jadi gatal-gatal atau tak selesa

Satu lagi kesan sampingan memakai bra yang tidak sesuai semasa tidur adalah kerengsaan kulit. Cangkuk dan tali coli boleh menyebabkan pemakai rasa tidak selesa. 

Dalam kes terpencil, cyst juga boleh terbentuk akibat memakai coli saiz salah untuk jangka masa yang lama (terutamanya jika ia coli berdawai). 

Yang membimbangkan, anda jarang periksa bahagian bawah payudara atau merasa kesakitan ketika tidur pada waktu malam.

#3. Gangguan sewaktu tidur

credit to sources

Tanpa disedari, ketidakselesaan ini boleh menganggu anda tidur dengan nyenyak. Apabila seseorang tidak mendapat tidur secukupnya, kesihatan individu itu boleh terjejas.

#4. Hiperpigmentasi

Hiperpigmentasi juga boleh berlaku disebabkan tali dan cangkuk terlalu ketat yang sentiasa bergesel dan bersentuhan dengan kulit lalu menyebabkan bahagian kulit itu nampak lebih gelap.

#5. Masalah kulat pada payudara 

Wanita yang memakai coli yang tidak sesuai lebih cenderung untuk mengalami masalah kulat pada payudara. 

Keadaan yang hangat dan lembap adalah keadaan yang sesuai untuk pembentukan kulat. Dengan iklim negara kita yang panas sepanjang tahun, langkah menanggalkan bra pada waktu malam dapat mengurangkan peluang pertumbuhan kulat.

#6. Risiko kanser payudara

credit to sources

Kesan memakai bra waktu tidur menyebabkan wanita memiliki kadar prolaktin iaitu hormon yang berperanan dalam merangsang kelenjar susu dengan lebih tinggi. 

Akibat memakai bra dalam tempoh yang begitu lama, ia sekaligus mampu meningkatkan suhu jaringan payudara. Keadaan ini turut mempengaruhi pembentukan sel kanser payudara.

#7. Edema

Penggunaan baju dalam yang ketat boleh menyebabkan berlakunya penyumbatan limfa. Ia termasuklah edema atau pengumpulan cecair pada bahagian payudara. Ini adalah satu di antara kesan kesihatan yang serius sekiranya anda mengamalkan pemakaian bra ketika tidur.

Bukan itu sahaja, memandangkan seluruh negara mengalami musim panas ketika ini, penggunaan bra ketika tidur membuatkan anda lebih kerap berpeluh. Justeru kami cadangkan anda memilih bra kapas yang diperbuat daripada bahan sintetik seperti linen atau polyester.

****

Walaupun mungkin sebab disebalik semua ini adalah pilihan coli yang bersaiz salah, namun menanggalkan bra sebelum tidur adalah langkah yang ringkas dan senang. 

Jika risiko memakai bra semasa tidur boleh menyebabkan peredaran darah yang terjejas, kerengsaan kulit, ketidakselesaan, hiperpigmentasi dan kulat payudara, maka lebih baik jika ia ditanggalkan.

Sumber: Positive Med, Mberita2online

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Cara Tegangkan Payudara Selepas Menyusu Bayi Dengan Berkesan, #5 Wajib Cuba!