5 Cara Untuk Buat Urusan Membeli Barang Dapur Dengan Anak Lebih Mudah

Buatkan trip anda yang seterusnya ke supermarket lebih lancar dengan mencuba 5 tip membeli barang dapur bersama anak-anak yang kami kongsikan di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila nak pergi ke supermarket dan menyelesaikan urusan membeli barang dapur, atau grocery shopping, mulalah kita memikirkan seribu satu hal yang mungkin akan terjadi, jika kita bawa anak-anak sekali.

Pasti ada antara anak kecil kita itu yang akan meragam, meminta itu ini, dan tunjuk tantrum di lantai supermarket.

Tapi, tak perlu gusar, ibu ayah sekalian. Ikuti tip membeli barang dapur bersama anak-anak yang kami kongsikan di bawah.

Urusan membeli-belah anda itu pasti akan berjalan lancar dan lebih produktif, tanpa sebarang drama atau rengekan anak kecil!

5 tip membeli barang dapur bersama anak-anak

1. Menetapkan masa yang sesuai

Sumber: The-mom.com

Kalau boleh, rancang masa yang sesuai untuk kita pergi beli barang dapur. Cuba elakkan pergi ke supermarket dengan anak-anak ketika mereka lapar atau mengantuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini adalah resipi yang membawa kepada tantrum dan sifat meragam. Malah, anda juga perlu pertimbangkan waktu yang kurang sibuk.

Pergilah di awal pagi. Jika tidak pun, awal tengah hari sebelum supermarket menjadi semakin sesak.

Anak kecil mudah berasa rimas dengan keadaan hiruk-pikuk di kedai yang sibuk dan penuh dengan orang ramai!

2. Tetapkan peraturan

Sewaktu di rumah atau di dalam kereta, terangkan dengan lembut peraturan yang perlu mereka patuhi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terangkan dengan jelas apa yang mereka boleh dan tidak boleh buat semasa berada di supermarket nanti. Contohnya, beritahu anak yang dia tidak boleh menjerit atau berlari jauh dari anda ketika di kedai nanti.

Terangkan dengan jelas yang mereka akan menerima hukuman jika melanggar peraturan ini.

Antara contoh hukuman adalah mereka tidak dapat mengikut anda ke supermarket semasa trip membeli barang dapur yang seterusnya.

Jadi, bagaimana pula jika anak anda patuh pada peraturan? Sudah pasti anda juga perlu memberikan ganjaran sebagai galakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang penting, jika anda sudah berjanji akan memberikannya sesuatu sebagai hadiah, jangan dimungkiri janji itu. Jika tidak, sukar untuk anak anda percaya kata-kata anda lagi!

3. Beri tugasan membeli-belah kepada anak anda

Sumber: Bdsgiatri.info

Jika anak anda sudah besar sedikit dan boleh berfikir dengan baik, berikan tugasan membeli-belah yang mudah kepadanya.

Mungkin dia boleh ditugaskan untuk menulis senarai barangan, membantu anda mencari beberapa barangan, menolak troli, atau membantu mengambil barang dari rak kedai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan tugasan ini, anak anda bukan sahaja tidak akan meragam atau buat perangai, malah memupuk rasa tanggungjawab dan membantu mempertingkatkan kemahiran membaca dan menulisnya.

4. Bersiap sedia dengan kelengkapan

Lagi satu tip membeli barang dapur bersama anak-anak yang boleh anda ikuti adalah membuat persediaan yang mencukupi sebelum bertolak ke supermarket atau ke kedai.

Napkin, tisu, sepersalinan baju, mainan, snek – apa sahaja yang membolehkan anak kecil anda kekal selesa dan terhibur sepanjang anda membeli-belah barang dapur di kedai!

5. Jangan berputus asa jika anak tunjuk tantrum

Sumber: Birminghammail.co.uk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini tip yang ramai ibu bapa tidak tahu. Jika anak anda meragam di supermarket dan mula berbaring, menangis di lantai sehingga anda rasa malu dan mahu menyorok muka, jangan berputus asa.

Jangan batalkan trip membeli-belah itu dan jangan pulang ke rumah! Kenapa? Ia hanya akan membuatkan anak anda sedar yang kuasa ada di tangannya.

Mungkin jika dia berasa bosan ketika trip yang seterusnya, mudah saja untuk dia mula buat perangai, kerana dia tahu ibu atau ayahnya akan segera pulang ke rumah!

Jadi, apa yang anda boleh buat sebaliknya adalah sama ada membiarkan dia terus dengan tantrumnya (penat nanti, berhentilah tu!) atau anda boleh mengangkat dan membawanya ke luar sehingga dia lebih tenang.

Dengan mengamalkan 5 tip praktikal di atas, pasti urusan membeli barang dapur anda bersama anak-anak akan lebih lancar dan menyeronokkan. Cubalah ya!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

10 Tip Mudah Untuk Ibu Bapa Atasi Tantrum – Perangai Anak Mengamuk

Penulis

Noor