5 Tips Mengurangkan Berat Badan Semasa Menyusu

Kebanyakan ibu menyusu khuatir apabila mereka mengurangkan berat badan, ini akan menjejaskan penghasilan susu dan memudaratkan bayi.

Semua wanita yang telah melahirkan anak mempunyai harapan untuk kembali kepada saiz badan asal mereka sebelum hamil. Semua tak sabar nak kurus.

Tetapi kebanyakan ibu menyusu khuatir apabila mereka mengurangkan berat badan, ini akan menjejaskan penghasilan susu dan memudaratkan bayi.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menghalang ibu menyusu mengurangkan berat badan:
  • kekurangan tidur,
  • tekanan,
  • banyak kerja rumah yang belum siap,
  • traffic jamlah

Sebenarnya, siapa yang punya masa untuk pergi gym!?

Kes perut berbunyi tak asing jika anda seorang ibu menyusu. Pastinya anda sudah tahu bertapa cepatnya perut kita akan lapar. Setiap sesi pam susu, mesti siap ada biskut dan secawan milo yang menjadi teman.

Tip Pertama: Kerapkan memberi susu

Penyusuan susu ibu membakar banyak kalori, sehingga 300-500 kalori sehari. Masa itu saya tidak bekerja. Bila anak mahu menyusu saya akan berikan.

Tetapi saya juga mengepam susu kerana terlampau banyak susu badan. Sama sahaja jika anda seorang ibu yang mengepam susu secara eksklusif. Cuba pamkan pada masa yang tetap dan sekerap yang anda boleh. Ini juga akan menambahkan penghasilan susu badan.

Tip Kedua: Pilih makanan yang berkhasiat

Ibu yang menyusu memerlukan 1500-1800 kalori setiap hari. Kalori yang kurang dari yang disyorkan boleh menjejaskan bekalan susu anda, atau menyebabkan anda berasa letih.

Gandakan pengambilan sayur-sayuran hijau yang gelap, kerana ia adalah sumber kalsium semula jadi. Makan makanan yang berkhasiat sahaja untuk memastikan susu yang terhasil berkualiti dan penuh nutrisi untuk tumbesaran bayi. Antara makanan yang sering diambil adalah buah-buahan, bijirin, oat, susu, ikan, daging dan ayam.

Jika anda ingin mengira berapa kalori yang ada dalam makanan anda, bolehlah cuba MyFitnessPal.com. Dengan adanya MyFitnessPal.com, anda mungkin akan lebih cenderung untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat. Berikut adalah kiraan kalori untuk beberapa pilihan sarapan pagi Malaysia yang terkenal:

  1. Nasi lemak: 494
  2. Kopi dengan susu pekat: 341

  3. Roti Canai dan Dhal: 360

  4. Roti Bakar Mentega+kaya: 270

  5. Telur setengah masak : 257

  6. Teh Tarik: 310

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk mengira kalori, cuba tengok video di bawah yang menunjukkan bagaimana untuk menggunakan Calorie Counter & Diet Tracker oleh MyFitnessPal.com:

youtu.be/4MJsuRODnjA

Tip Ketiga: Minum air yang secukupnya

credit :

Air sebenarnya sangat baik untuk menurunkan berat badan dan untuk ibu menyusu. Air bukanlah minuman ajaib, yang akan membakar lemak. Tetapi dengan meminum air yang secukupnya, ini boleh menghalang anda dari makan berlebihan.

Selalunya, orang akan kelirukan rasa dahaga untuk kelaparan. Akhirnya mereka akan makan apabila mereka sepatutnya minum air. Air dapat membantu mengeluarkan toksin dari badan, dan ia boleh menyebabkan perut rasa kenyang.

Jika anda tidak gemar minum air, anda boleh masukan hirisan buah-buahan kedalam air minuman anda. Tetapi jauhkan dari buah-buahan sitrus, oren dan juga daun herba yang mungkin akan menjejaskan penghasilan susu.

Anda juga boleh campurkan air kosong berkarbonat dengan jus segar. Ini adalah pilihan yang lebih sihat apabila anda mengidamkan air soda yang manis.

Tip Keempat: Senaman Sederhana

Senaman sederhana akan memastikan anda membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat. Senaman kardio adalah penting untuk kesihatan secara keseluruhan dan kegiatan bersenam boleh meningkatkan hormon gembira yang baik.

Cuba tengok video Melanie Darnell di Youtube. Dia mempunyai beberapa video senaman yang boleh dilakukan ketika mengendong anak anda.

youtu.be/sX0wG7EoG8k

Tetapi aktiviti beriadah yang senang seperti berjalan-jalan selama 30 minit sambil menolak stroller bayi agak baik juga.

Tip #5: Cuba elak dari tekanan dan dapatkan rehat yang secukupnya

Tetapi yang paling penting dari semua adalah untuk mengelakkan tekanan dan mendapat rehat yang secukupnya. Tekanan selalu menyebabkan seseorang makan berlebihan.

Ingat, jika jumlah makanan anda bertambah, maka bertambahlah berat badan anda juga. Oleh itu, cuba luangkan masa untuk berehat atau keluar seketika tanpa anak, dan bergaul dengan kawan-kawan. Semua ibu perlukan ME-time.. biarkan ayah yang ambil alih kejap.

Tidur apabila anak tidur. Jangan harap boleh tidur nanti kerana anak boleh bangun bila-bila masa. Anak menyusu dah confirm tak cukup tidur, apatah lagi kalau lebih dari satu.

Badan kita akan membaiki diri sendiri dan apabila kita tidur. Apabila badan kita mempunyai rehat yang cukup, minda dan hati pun lebih tabah untuk menghadapi cabaran. Hasilnya, kita akan lebih bersemangat untuk bersenam dan untuk mengurangkan berat badan.

Ibu yang menyusu haruslah berfikiran positif dan sentiasa rileks. Apabila ibu senang hati, susu pun akan mengalir dengan lancar. Harapkan tips-tips ini akan menyumbang ilmu untuk semua!