5 Tips Rutin Pagi Bagi Ibu Berkerja

Dengan meluangkan sekurang-kurangnya setengah jam selepas anak-anak telah tidur, anda boleh membuat persiapan awal untuk memastikan semua barang sudah bersedia untuk bertolak keesokkan harinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang sukar untuk bangunkan anak awal pagi untuk bersiap sedia dan pergi ke sekolah, apabila mereka tidak mempunyai rehat yang secukupnya. Besar kemungkinan mereka akan menangis atau meragam dan menyebabkan semua orang lambat.

Kadang-kadang ini tidak dapat dielakkan,  jadi di sini saya ingin berkongsi 5 tips untuk memaksimumkan masa persediaan anda supaya rutin pagi boleh dilaksanakan dengan cara yang tenang dan lancar. 

Dengan meluangkan sekurang-kurangnya setengah jam selepas anak-anak telah tidur, anda boleh membuat persiapan awal untuk memastikan semua barang sudah bersedia untuk bertolak keesokkan harinya.

#1 Sediakan pakaian anda

Kredit: Pinterest

Pilih, saterika dan gantungkan pakaian ke pejabat pada malam sebelumnya.  Begitu juga dengan pakaian seragam anak-anak jika ia belum selesai disaterikakan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Almari yang tersusun dengan kombinasi pakaian yang sepadan, juga akan menjimatkan masa untuk bersedia.  Jangan membuat keputusan saat akhir untuk bertukar pakaian tanpa alasan yang baik, kerana ini hanya akan membazirkan masa.

#2 Sarapan pagi yang ringkas

Jangan rasa bersalah kerana hidangkan sarapan pagi yang ringkas. Yang penting anak diberi makanan yang berkhasiat yang akan memberi mereka tenaga untuk menumpukan perhatian di sekolah.  Contoh sarapan ringkas yang berkhasiat seperti bijirin, roti, minuman smoothie atau sandwic yang senang dibekal dan di makan dalam perjalanan ke sekolah, adalah pilihan yang baik.

Anda boleh menyediakan makanan kegemaran mereka semasa makan malam, apabila anda mempunyai lebih banyak masa.

#3 Hadkan masa untuk menyemak telefon bimbit apabila bangun pagi

Kredit : healthnewsandviews

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya akui saya mempunyai tabiat menyemak telefon bimbit apabila bangun waktu pagi.  Pasti banyak diantara kita yang berbuat demikian. Cuba beri keutaman untuk menyemak apa yang penting sahaja seperti e-mel kerja dan jangan tergoda membazirkan masa membaca berita hangat yang terpapar di media sosial.

Dengan sedikit masa yang dijimatkan ini, anda boleh membuat persediaan lain yang anda mungkin terlupa.
 

#4 Agihkan Tugas

Kredit : yikestikes.com/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan melakukan semua persediaan bersendirian dan agihkan tugas kepada mereka yang dapat menolong. Jika anak anda sudah lebih tua, biarkan mereka sediakan beg sekolah sendiri. Anda hanya perlu semak tiada apa-apa yang tertinggal.

Ini bukan hanya satu sifat yang baik dipelajari anak kita, tetapi ia juga mengajar mereka untuk bertanggungjawab atas kerja rumah dan buku-buku mereka sendiri.

Satu lagi contoh yang baik adalah untuk melantik abang atau kakak untuk membantu adik muda untuk bersiap sedia. Ini bukan sekadar mengajar mereka untuk berbuat baik sesama sendiri, tetapi juga mengeratkan hubangan antara adik-beradik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Siap sediakan semua yang perlu dibawa ditepi pintu

Kredit : AliExpress.com

Saya selalu mengaturkan semua beg-beg yang perlu dibawa dan letakkannya di tepi pintu. Tak payahlah nak bertengking and mencari mana ni, mana tu bila sudah terlambat. Semua boleh angkut beg masing-masing dan masuk terus kedalam kereta.

Dengan ini saya berharap rutin pagi anda akan bertambah baik dan tips yang dikongsikan akan membawa manfaat kepada keluarga anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio