5 Trik Asmara Yang Isteri Wajib Cuba Untuk Goda Dan Bikin Suami "Wow"

lead image

Bosan dengan aksi sama setiap kali berintiman? Apa kata anda cuba 5 trik rahsia ini sebagai cara goda suami. Pasti tertambat hati dia malah anda pun puas!

Cara goda suami dan tambat hatinya dengan hubungan intim yang “panas”!

Anda rasa bosan dengan hubungan intim yang sering dijalankan? Ataupun suami macam nak tak nak, dan seperti hilang “minat” dengan anda? Ada tak cara goda suami yang mudah?

Ha… sekarang sudah tiba masanya anda cuba trik rahsia ini! Ia bukan saja terbukti mampu menggoda suami, malah ia juga boleh bikin suami “tak tentu arah” dan berjaya tertambat di bawah kuasa anda.

Nak tahu apa 5 trik asmara tersebut yang boleh buat suami “wow”? Jom baca lebih lanjut tentang cara goda suami seperti di bawah:

1. Teknik kemut dan lepas

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/09/PROD Legs in bed together.jpg 5 Trik Asmara Yang Isteri Wajib Cuba Untuk Goda Dan Bikin Suami Wow

Perhatikan suami anda ketika sedang berintiman. Adakah nafasnya turun naik? Adakah dia akan capai orgasma?

Jika anda rasa suami akan mencapai orgasma, waktu itulah anda perlu mengemut dan melepaskan otot vagina. Otot ini akan memberi “tekanan” pada senjata suami.

Kami janji anda dan pasangan akan mengalami klimaks yang paling sedap sekali! (melainkan anda pernah cuba teknik ini :P)

2. Buat kejutan pada malam tertentu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/09/afe243d47047c19931210120f38ce2e9.jpg 5 Trik Asmara Yang Isteri Wajib Cuba Untuk Goda Dan Bikin Suami Wow

Kredit: Pinterest

Salah satu cara goda suami yang paling berkesan adalah dengan memberi kejutan. Tapi, pastikan si manja anda semua dah tidur sebelum anda nak buat sebarang “kejutan panas” pada suami, ya!

Nanti tak memasal terkejut pula anak-anak, hehe.

Okay, rancangan yang anda boleh untuk beri kejutan pada suami seperti anda “menghadiahkan” diri anda pada pasangan. 

Contohnya berbogel (tiba-tiba) dan ikat reben pada tangan anda. Taraa! Suami pasti speechless dan senyum nakal tak sabar nak “bersatu” dengan hadiah yang dia terima.

Kalau itu pun anda pernah cuba, apa kata cuba 7 kejutan lain ini pula, hehe!

3. Isteri naik atas suami dan ambil kawalan!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/09/3 1.jpg 5 Trik Asmara Yang Isteri Wajib Cuba Untuk Goda Dan Bikin Suami Wow

Ha… suami pasti tergoda kalau anda tiba-tiba lebih agresif daripada biasa. Apa kata anda cuba naik ke atas pasangan, dan ambil kawalan sepenuhnya.

Kalau tak berasmara sambil baring pun takpa. Cuba berdiri, dengan tangan diletakkan pada dinding untuk beri sokongan tambahan.

Anda perlu berdayung sambil menikmati keenakan zakar suami dalam vagina anda. Suami pasti tergoda apabila anda sedikit nakal dan kelihatan cantik dalam posisi seks ini.

Baca juga: 6 posisi seks yang buat wanita kelihatan makin seksi dan menarik

4. Pernah guna prop lain tak?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/09/4..jpg 5 Trik Asmara Yang Isteri Wajib Cuba Untuk Goda Dan Bikin Suami Wow

Jangan tak tahu keberkesanan prop ketika berhubungan intim, tau! Lagipun, ada pelbagai prop yang boleh anda cuba. Ia semua dijual di pasaran.

Anda boleh beli gari mainan, atau penutup mata ataupun pakaian dalam yang “terlebih seksi“. 

Semarakkan lagi rasa cinta kalian dengan menutup mata pasangan. Beri sensasi panas ditemani lagu romantik dan lilin wangi… atau anda boleh saja cuba usik pasangan seperti yang dia suka.

Suami pasti tunduk pada anda lepas ini!

5. Cermin!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/09/5 2.jpg 5 Trik Asmara Yang Isteri Wajib Cuba Untuk Goda Dan Bikin Suami Wow

Lelaki ini manusia yang suka membayangkan. Jadi, bila suami anda dapat lihat apa aksi yang sedang kalian “jalankan” sewaktu berasmara, dia akan lebih seronok dan tergoda!

Dia mungkin akan bayang anda dan dia berlakon dalam filem eksotik… ehem!

Apa kata satu pagi ini, ketika suami tengah gosok gigi, anda berbogel dan pergi kepadanya. 

Naik ke atas singki dan cuba goda pasangan. Pasti suami akan terbayang-bayang aksi itu di kemudian hari.

Bonus: Anda juga boleh mengusik suami dengan menghantar gambar tubuh badan anda. Contohnya hantar gambar telinga dan suruh pasangan jilat, atau gambar kaki… well, faham-fahamlah ya!

Jom cuba aksi-aksi ini! Nanti saya kongsikan bagaimana suami boleh menggoda isteri pula. 

 

 

 

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Dissolve

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

(Video) 6 posisi bersama suami terbaik untuk zakar saiz kecil

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!