6 Mitos & Tips Seks Semasa Hamil Trimester Pertama, Bantu Hubungan Intim Bertambah Hebat

Adakah mitos-mitos biasa ini menghalang kamu dari melakukan hubungan seks semasa hamil?

Untuk pasangan yang sedang hamil, seks semasa hamil boleh menjadi sedikit rumit. Walaupun hormon cinta aktif disebalik sakit badan, pelbagai mitos yang mengelilingi topik ini mengakibatkan pasangan hamil mengelakkan seks sama sekali. Jadi, jom lihat tips seks semasa hamil trimester pertama ini, mungkin ia boleh membantu anda. 

Anda hanya perlu tahu bahawa anda perlu berhati-hati semasa melakukan hubungan seks semasa mengandung, walaupun ia tidak bahaya. Selain pada trimester pertama dan empat minggu terakhir sebelum tarikh kelahiran, seks boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan bagi kebanyakan pasangan hamil.

Oleh itu, adalah penting bahawa anda tidak menjadi mangsa kepada mitos biasa mengenai kehamilan seks seperti berikut.

Tips seks semasa hamil trimester pertama

Mitos 1: Melakukan seks semasa hamil boleh mencederakan kepala bayi.

Ini adalah mitos yang paling biasa. Kebanyakan orang berfikir bahawa melakukan hubungan seks semasa hamil boleh mencederakan kepala bayi dan menghalang perkembangan otak bayi tetapi hakikatnya adalah bahawa seks semasa hamil tidak sama sekali menjejaskan perkembangan bayi, sama ada fizikal atau neural.

Bayi berada di dalam janin yang dilindungi oleh kantung amnion dan dimeterai dengan plug mukus di pembukaan serviks. Oleh itu, zakar lelaki tidak akan menyentuh kepala bayi.

Walaupun, kehamilan memasuki trimester ketiga dan kepala bayi “turun” berdekatan dengan kawasan pelvik berhampiran dengan faraj, penembusan yang mendalam juga tidak akan sampai ke kepala bayi.

Mitos 2: Seks boleh menyakitkan.

Seks semasa mengandung tidak semestinya menyakitkan jika seseorang itu boleh mencari kedudukan sesuai untuk menikmatinya.

Ia adalah penting untuk memahami bahawa seks semasa hamil mungkin memerlukan lebih banyak masa, dan pasangan perlu memperlahankan aktiviti seks mereka.

Ambillah masa untuk menerokai kedudukan dan tubuh badan pasangan anda, elakkan untuk cuba mencapai klimaks dengan tergesa-gesa.

Ia hanya akan memberi tekanan dan menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu hamil. Bagi wanita untuk menikmati pengalaman seks bebas kesakitan, ia adalah penting untuk tidak meletakkan sebarang tekanan pada perut dan buah dada seorang wanita hamil.

Mitos 3: Pergerakan semasa hubungan seks boleh menyebabkan kesusahan kepada janin.

Kehamilan adalah masa yang apabila hubungan seks bertukar menjadi detik-detik ghairah yang lembut. Walaupun bayi tidak akan menyedari perbuatan anda, dan anda tidak akan benar-benar menyakiti bayi anda, endorfin yang dihasilkan selepas seks berupaya untuk meningkatkan mood si kecil juga.

Mitos 4: Seks boleh membawa kepada jangkitan faraj.

Jika si suami tidak mengalami apa-apa penyakit kelamin, anda tidak perlu bimbang tentang jangkitan faraj. Walau bagaimanapun, ia adalah penting untuk mengekalkan kebersihan dan kesihatan faraj semasa mengandung untuk mengelakkan jangkitan semasa kehamilan.

Mitos 5: Sex mengandung boleh membawa kepada kelahiran pra-matang.

Ini adalah benar sedikit. Dalam kes kehamilan berisiko tinggi atau untuk wanita yang mempunyai sejarah kelahiran pramatang, seks boleh mengakibatkan kelahiran pramatang.

Ia adalah bijak untuk mengambil beberapa tindakan pencegahan dalam kes sedemikian seperti menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks adalah cara yang selamat untuk mengelakkan kelahiran pramatang.

Ini kerana air mani mengandungi prostaglandin yang boleh merangsang pengecutan rahim. Rangsangan puting berpanjangan juga boleh melepaskan oxytocin yang boleh membawa kepada akibat yang sama. Walau bagaimanapun, dalam kes kehamilan sihat bebas risiko, kebimbangan itu boleh dibiarkan semasa seks.

Mitos 6: Seks oral semasa hamil adalah berbahaya.

Apabila seks menjadi tidak selesa semasa mengandung, seks oral adalah cara terbaik untuk menikmati masa pasangan. Walau bagaimanapun, seperti seks, ia adalah penting untuk mengambil penjagaan yang baik dan mencuba kedudukan dan ketinggian yang selesa untuk anda.

Satu-satunya langkah berjaga-jaga anda perlu ikuti semasa mengadakan hubungan seks oral adalah untuk mengelakkan daripada meniup udara ke dalam faraj kerana ia boleh membawa kepada komplikasi.

Rencana diterjemahkan daripada The Health Site

Penulis

Michelle Goh