6 nutrien penting untuk wanita sentiasa kekal menawan dan cergas!

Ingin sentiasa kekal menawan, cerdas dan bertenaga? Bacalah tentang 6 nutrien penting untuk perkembangan wanita ini. Anda pasti takkan menyesal!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6 nutrisi untuk wanita kekal menawan dan cergas

Wanita memerlukan nutrien dan rehat yang secukupnya jika mereka ingin sentiasa kekal menawan, sihat, bertenaga dan cergas.

Tetapi apakah makanan yang benar-benar boleh membantu? Mari kita baca tentang 6 nutrisi untuk wanita agar mereka sentiasa bertenaga dan cergas seperti di bawah ini.

Untuk lebih sihat, bertenaga dan kekal menawan, perbanyakkanlah nutrisi ini dalam diet anda. Pasti anda tak menyesal punyalah!

1. Vitamin B6 

Apakah makanan yang kaya dengan vitamin B6 dan penuh nutrisi untuk wanita? Jawapannya adalah buah pisang!

Buah pisang boleh meningkat metabolisme sambil membantu memecahkan protein supaya ia boleh diserap dengan mudah oleh badan.

Vitamin B6 dalam pisang juga boleh membantu mengawal mood, selera makan dan kitaran tidur wanita tersebut. Ini adalah makanan cepat dan sesuai untuk wanita yang sibuk dengan kerjaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Vitamin B12

Ikan mackerel atau ikan tenggiri, ikan salmon dan ikan tuna semuanya kaya dengan vitamin B12.

Mengapa nutrisi untuk wanita ini penting? Nutrien ini penting untuk pengeluaran sel-sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh badan. Ini seterusnya, meningkatkan kecerdasan dan melawan keletihan.

3. Folat (Vitamin B9)

Biji bunga matahari mempunyai kandungan folat yang tinggi. Selain memberi nutrisi untuk wanita, ia juga boleh mengurangkan risiko kanser payudara dan usus.

Perhatian ibu-ibu mengandung: folat juga boleh mencegah kecacatan otak dan tulang belakang pada minggu pertama kehamilan

4. Vitamin D3

Walaupun badan anda menghasilkan vitamin D3 secara semulajadi dengan bantuan cahaya matahari, tetapi bagaimana pula jika anda selalu terperangkap in dalam pejabat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan bimbang, anda masih boleh mendapatkan vitamin D3 untuk kekal bertenaga dan menawan dengan memakan cendawan Portobello ataupun cendawan lain yang telah mendapat banyak cahaya matahari.

Vitamin D3 ialah nutrisi untuk wanita yang penting kerana ia membina tulang dan otot yang kuat. Ia juga boleh mengurangkan risiko anda mendapat kanser ovari dan payudara!

5. Kalsium

Satu lagi nutrisi untuk wanita yang penting ialah kalsium dan anda boleh mendapatkannya dari susu.

Apabila wanita menjangkau umur 35 tahun, dia akan mula kehilangan kalsium di dalam tulangnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita juga akan kehilangan kalsium yang lebih banyak berbanding dengan lelaki apabila mereka putus haid. Tahap penyakit osteoprosis bergantung kepada jumlah kalsium yang anda terima dari awal jadi pastikan anda tidak makan makanan yang berkalsium tinggi!

6. Zat Besi

Zat besi juga nutrisi untuk wanita yang penting kerana ia membantu sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan.

Apabila badan mendapat bekalan oksigen yang secukupnya, anda akan rasa kurang letih dan lebih cerdas.

Oleh kerana kitaran haid yang dialami  setiap bulan, wanita lebih memerlukan zat besi berbanding dengan lelaki. 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini Rupanya 5 Makanan Yang Bagus Untuk Menjaga Kesihatan Faraj Anda!

 

Penulis

Rosanna Chio