Kesalahan Ibu Bapa Terhadap Anak, Paksaan & Kekerasan Boleh Buat Mereka Jadi Lebih Nakal!

Kesalahan ibu bapa terhadap anak sering dilakukan tanpa sedar. Ramai menggunakan kekerasan dalam mendidik anak hingga ia tidak berkesan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses membesarkan anak bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Setiap ibu ayah pastinya memiliki cara tersendiri dalam mendidik anak. Namun jangan pula sampai melakukan beberapa kesalahan ibu bapa terhadap anak yang boleh memberi tekanan terhadap emosi mereka.

Adalah sesuatu perkara yang normal jika anak kecil sukar mendengar arahan. Pada usia bawah lima tahun biasanya mereka cenderung untuk bebas bergerak, berkawan dan meneroka dunia sekeliling.

Kesalahan ibu bapa terhadap anak yang suka memaksa

Kanak-kanak tidak tahu apa yang terbaik untuk mereka. Sesetengah ibu ayah mengakui akan memaksa mereka untuk melakukan perkara-perkara tertentu meskipun si kecil tidak menyukainya.

Dalam tidak sedar anak yang sering dipaksa dan diajar secara kekerasan boleh membuatkan mereka tertekan dan perlu lebih berusaha untuk menjadi seperti anda inginkan.

Bertentangan dengan persepsi popular, memaksa kanak-kanak untuk melakukan perkara yang mereka tidak mahu, sangat memudaratkan.

Berikut adalah beberapa kes di mana menggunakan kekerasan dengan anak-anak boleh menjadi satu pendekatan yang tidak berkesan.

Jenis paksaan dan kesalahan ibu bapa terhadap anak

#1. Paksa anak makan

Proses memberi anak makan kebanyakannya adalah sangat mencabar. Lebih-lebih lagi bila berdepan si picky eater! Walau bagaimanapun jangan sampai memaksa untuk anak makan sesuatu yang dia tidak suka kerana boleh memberi kesan jangka panjang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesalahan ibu bapa terhadap anak yang suka memaksa boleh membuatkan mereka cenderung hilang selera makan. Malah anak juga berasa trauma dan mengelakkan diri ketika tibanya waktu makan.

Bagi menarik perhatian anak mencuba sesuatu makanan, ibu ayah hendaklah lebih kreatif. Pastikan anak berasa selesa ketika berada di meja makanan. Ibu perlu pelbagaikan cara masakan. Misalnya jika anak tidak suka nasi putih, boleh cipta menu nasi goreng, nasi mentega ataupun nasi ayam.

#2. Paksa anak berkongsi barangan kesayangan

Sudah tentu, kita mahu anak-anak saling berkongsi pelbagai perkara antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, memaksa kanak-kanak untuk melepaskan mainan kesukaan mereka boleh mengakibatkan mereka berasa kecewa.

Sebaliknya: Ibu ayah tumpukan perasaan empati terhadap diri anak. Beritahu mereka akan kelebihan berkongsi dan beri pujian kepada si kecil sekiranya dia rela hati melepaskan barangan yang ada pada tangannya.

#3. Paksa anak baca buku

Kebanyakan ibu ayah berasa amat bangga sekiranya anak-anak mereka seorang pencinta buku. Walau bagaimanapun sekiranya dipaksa dengan kekerasan, ia boleh menghilangkan minat membaca menimbulkan perasaan benci terhadap buku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut penggiat industri pendidikan awal kanak-kanak, Nor Azura Ismail, beliau telah mendapati bahawa anak-anak yang boleh membaca pada awal usia biasanya memiliki keyakinan diri yang kurang, penakut, pemalu dan pendiam.

”Mereka juga boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak tidak banyak bermain, kurang pandai bergaul dan berkomunikasi. Mereka memiliki emosi kurang sihat dan self esteem yang rendah.” katanya.

Tidak cukup dengan itu, anak-anak lambat membaca pada usia 5 atau 6 tahun didapati mereka begitu aktif, tidak boleh duduk diam, banyak bermain dan memiliki perasaan ingin tahu.

Dalam hal ini, ibu ayah tidak perlu terlalu menekan anak untuk menjadi seorang yang pintar. Hakikatnya tugas hakiki anak bawah usia 7 tahun adalah bermain dan bukannya belajar. Ia adalah satu-satunya cara semulajadi untuk memudahkan anak memahami dunia dan proses pembelajaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Pendidikan awal bukan bermaksud memberi pelajaran formal seperti membaca kepada anak-anak. Ia perlu mengenalpasti tahap perkembangan dan galakan untuk mereka mencapai kejayaan tertentu melalui potensi diri,” ujarnya.

Sebaliknya: Baca dengan kuat kepada anak-anak anda untuk mendapatkan mereka teruja dengan buku. Menurut kajian, motivasi untuk membaca menurun mengikut usia.

Jadi ibu ayah boleh bacakan buku sejak usia bayi lagi. Anak-anak suka melakukan seperti apa yang anda lakukan. Jika ingin memupuk minat membaca, biarkan mereka melihat anda membaca.

Sebagai permulaan, dedahkan mereka kepada buku bergambar, atau biarkan mereka membantu anda membuat senarai barangan runcit atau bermain permainan papan yang melibatkan membaca arahan bertulis.

#4. Paksa anak rapat dengan saudara mara

Menggesa anak untuk memeluk, duduk di atas pangkuan atau mencium pipi ahli keluarga terdekat sebenarnya adalah tidak digalakkan khususnya bagi anak perempuan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana setiap perkara atau hubungan kekeluargaan perlulah ada batasnya. Meskipun anda sering berkumpul dengan adik-beradik, jangan tinggalkan anak bersendirian dengan orang lain. 

Perlu sentiasa berhati-hati dan jangan terlalu percayakan sesiapa bagi mengelakkan risiko gangguan seksual. Ini adalah penting untuk anda menghormati rasa malu anak-anak terhadap orang lain.

Ajarkan batas sentuhan antara lelaki dan perempuan sejak anak kecil.

Ibu tidak perlu sampai tahap memaksa anak untuk duduk bersama bapa saudara atau sepupunya, cukuplah sekadar mereka tahu menghormati orang yang lebih tua.

Sebaliknya: Jika anak terlalu takut atau menyorok di belakang anda sewaktu pertemuan keluarga, satu alternatif dalam situasi sosial ini adalah mencuba teknik “Hi-5” atau berjabat salam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Jangan paksa anak minta maaf ketika belum bersedia

Melakukan kesilapan adalah proses belajar. Ibu ayah tidak perlu terlalu serius sekiranya anak melakukan kesalahan kecil bagi mengelakkan mereka berasa trauma.

Bukan itu sahaja kesalahan ibu bapa terhadap anak yang jarang disedari adalah memaksa anak minta maaf dengan adik beradiknya meskipun bukan dia yang bersalah.

Tindakan sebegini sebenarnya boleh meninggalkan perasaan marah dan malu pada diri mereka. Apa yang lebih penting daripada perkataan ‘maaf’ adalah menjadi adil terhadap anak yang lebih dewasa.

Mereka sebenarnya yang perlu banyak mengalah dengan keadaan dan selalu dipersalahkan.

Sebaliknya: Biarkan anak mengetahui apa yang mereka lakukan adalah salah. Beri mereka masa untuk menenangkan diri dan bersedia untuk memohon maaf.

Ini adalah lebih berkesan dari segi membaiki hubungan dalam jangka masa panjang.

#6. Paksa anak menyertai aktiviti tanpa minat mereka

Ramai ibu ayah meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap anak-anak. Secara tidak sedar, anda sebenarnya telah membebankan anak-anak dengan impian yang tidak nyata.

Tindakan memaksa anak menyertai aktiviti atau kelas yang mereka tidak minat boleh membuatkan mereka tertekan dan cenderung untuk berusaha melebihi kemampuan.

Sebaliknya: Biarkan mereka memilih aktiviti yang digemari. Setiap kanak-kanak adalah tidak sama. Sesetengah mungkin memaparkan keupayaan seni manakala kanak lain cemerlang dalam sukan.

“Free play” juga perlu diutamakan. Masa bermain yang tidak berjadual boleh menguatkan ikatan sosial serta meningkatkan kemahiran kognitif dan kesihatan fizikal mereka

Adakah boleh jika ibu ayah tipu sunat?

Berbohong atau menipu amat dilarang sama sekali. Agama Islam juga menegah kita daripada berbuat demikian.

Namun begitu, istilah ‘tipu sunat’ atau ‘bohong sunat’ acap kali digunakan oleh segelintir orang. Tujuannya bagi melepaskan diri daripada suatu keadaan.

Walaubagaimanapun menurut pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, hukum berbohong atau berdusta pada asalnya adalah dilarang dan kebanyakan hukumnya adalah haram.

Namun dalam keadaan tertentu, hukum berbohong menjadi harus atau disebut sebagai berbohong yang dibenarkan syarak. 

Jelas Ustaz Azhar Idrus, terdapat tiga keadaan yang dibenarkan untuk kita berbohong. Misalnya:

  • berbohong kerana mendamaikan manusia yang berbalah.
  • Selain itu, Ustaz Azhari Idrus menambah, berbohong juga diharuskan ketika dalam peperangan.
  • Begitu juga dalam keadaan suami berbohong kepada isterinya untuk kebaikan.

Dalam hal ini, mak ayah boleh tipu sunat untuk kebaikan anak-anak, seperti berhenti bergaduh atau mengawal tingkah laku mereka agar tidak keterlaluan.

Dosa ibu bapa terhadap anak

Bukan anak sahaja yang boleh mendapat dosa sekiranya menderhakai kedua orang tuanya. Malah dosa ibu bapa terhadap anak juga boleh terjadi ya!

  1. Mak ayah bersikap kasar
  2. Pilih kasih antara anak
  3. Dosa ibu bapa terhadap anak: Suka membanding-bandingkan
  4. Menghalang kebebasan
  5. Mak ayah mendoakan keburukan supaya menimpa pada anak
  6. Dosa ibu bapa terhadap anak: Tidak memberikan pendidikan

Hukum anak terasa hati dengan ibu

Anak yang semakin membesar biasanya ada perasaan seperti marah, sedih, kecewa dan terluka.

Kadang-kadang sikap mak ayah terhadap insan tersayang ini boleh meninggalkan calar pada hati mereka tanpa sedar.

Menurut Ustazah Asni Abu Mansor, hukum anak terasa hati dengan ibu sebenarnya tidak wajar.

Hal ini kerana seorang anak tidak mempunyai hak untuk merajuk dengan ibunya selepas banyak pengorbanan yang dilakukan oleh ibu sepanjang hayatnya.

”Anak-anak tiada hak untuk merajuk ataupun berdendam dengan ibu kerana pengorbanan mereka melahirkan kita ke dunia amat mulia di sisi Allah,”

”Apa pun yang ibu buat, mereka tetap yang terbaik. Seorang anak hebat macam mana pun, ada PhD ke, ibu kita tetap betul.” jelasnya.

Bukan itu sahaja, hubungan ibu dan anak tidak akan putus meskipun mereka nekad untuk keluar dari rumah.

Cara mengawal kemarahan berdepan anak nakal

Setiap anak mempunyai perangai yang berlainan sehingga menyebabkan ibu bapa sukar untuk fahami tingkah laku mereka.

Walau bagaimanapun sebelum mereka dewasa, pasti banyak perkara dan kesalahan yang akan terjadi. Sebab itulah kebanyakan ibu boleh bertukar menjadi singa!

Justeru itu, terdapat beberapa cara mengawal kemarahan ketika anak melakukan kesilapan:

  1. Elak mengeluarkan kata-kata negatif. Cara mengawal kemarahan yang perlu ditekankan setiap masa adalah elak mengucapkan perkataan tidak elok seperti anak degil, malas dan nakal. Ini kerana kata-kata itu menjadi sebuah doa!
  2. Cara mengawal emosi marah: Bertenang dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Bertenang merupakan salah satu terapi yang terbaik dalam mengurangkan api kemarahan. Justeru ketika anak meragam atau menguji kesabaran, tarik nafas sedalamnya agar anda tidak tersalah dalam membuat sesuatu tindakan.
  3. Menjauhkan diri seketika daripada anak. Cara mengawal emosi marah ini antara yang paling mudah untuk anda cuba. Elak bersama anak ketika emosi mak ayah tidak stabil. Misalnya, biarkan anak di bilik dan anda pula duduk di ruang tamu

Kesimpulannya, anak adalah cerminan mak ayah. Sekiranya penyabar ibu bapa dalam mendidik anak, maka anak juga akan menjadi seorang yang penyabar.

Jangan ego untuk belajar dari kesilapan membesarkan anak. Setiap manusia tiada yang sempurna, tetapi tidak salah untuk anda berusaha menjadi insan yang terbaik untuk keluarga.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ‘The Rock’ Disolek Anak Perempuan, Muka Ganas Tapi Rupanya Seorang Bapa Penyayang!

Baca juga: Anak Cepat Bertenang Bila Rasa Diri Difahami, Sebab Itulah Ibu Ayah Kena Tahu Validate Perasaan Mereka

Baca juga: Cara Hilangkan Batuk Budak, Ibu Ayah Bawa Anak Keluar, Dedahkan Cahaya Matahari & Tanah