Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Teknik Keibubapaan Yang Menarik Untuk Ibu Ayah Cuba

Sheikh Muszaphar Shukor adalah angkasawan Malaysia dan juga bapa kepada enam orang anak. Beliau telah kongsikan beberapa teknik keibubapaan yang berjaya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa tidak kenal dengan angkasawan Malaysia pertama, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha? Suami kepada Datin Dr. Halina Mohd Yunos ini memang terkenal dengan kecerdikan dan gaya keibubapaan yang menarik dan berkesan.

Pada bulan November tahun lalu, keluarga bahagia Dr. Sheikh Muszaphar semakin bertambah dengan kehadiran sepasang bayi kembar buat kali kedua, diberi nama Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia.

Baca juga: 7 Rahsia Menjadi Ibu Bapa Hebat & Terbaik Untuk Anak-Anak, #5 Ramai Ambil Mudah!

Teknik keibubapaan dari Dr. Sheikh Muszaphar

Dalam IG peribadinya, beliau banyak berkongsi tip keibubapaan dan penjagaan bayi, menurut pengalaman dan ilmu sebagai seorang doktor.

Mari kita lihat apakah saranan dan nasihat yang dikongsikan oleh Dr. Sheikh Muszaphar yang boleh anda tiru dan cuba dengan anak kecil anda di rumah.

#1. Pemberian suplemen demi kesejahteraan anak-anak

Doktor ini menjadikan pil suplemen sebagai amalan harian, terutama untuk dua orang anak perempuannya, Sophea Isabella (Bella) dan Sophea Natasha (Tasha).

Beliau akan memberi 4 tablet Vitamin C setiap hari bagi menguatkan sistem imun badan mereka. Menurut beliau, amalan ini membantu anaknya jarang jatuh sakit atau terkena selesema.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain Vitamin C, Sheikh Muszaphar juga turut memberikan DHA sebagai sumber khasiat tambahan untuk perkembangan minda anak.

#2. Aktiviti flashcard untuk merangsang minda bayi baru lahir

Sheikh Adam dan Sheikh Noah adalah cahaya mata yang baru ditimang oleh pasangan doktor ini.

Walaupun usia bayinya masih muda, namun Dr. Sheikh Muszaphar telah pun memulakan proses menstimulasi minda dan tumbesaran bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam laman IG, beliau ada berkongsi video di mana flashcards telah digunakan untuk meransang otak dan pemikiran kembarnya, Adam dan Noah.

Menurut beliau, anda boleh membuat sendiri flashcard tersebut yang menunjukkan imej nombor, bentuk, haiwan, atau apa sahaja.

Jika anda mahu mencubanya dengan anak kecil anda, angkasawan negara ini menyarankan supaya anda memulakannya dengan flashcard berwarna hitam putih.

Tunjukkan flashcards ini secara cepat kerana tahap fokus bayi adalah singkat. Lakukan aktiviti ini dalam bilik yang sunyi dan terang, berserta suara anda yang kuat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menarik, bukan?

Kalau ibu ayah mahu anak anda sebijak anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina, maka anda bolehlah mencuba aktiviti ini di rumah, 5 kali sehari sekurang-kurangnya selama 1 minggu.

#3. Mengutamakan bonding antara anak dan bapa

Antara gaya keibubapaan menarik yang diamalkan oleh angkasawan negara ini adalah beliau mementingkan hubungan bonding antara anak dan bapa.

Menurut perkongsiannya, beliau menyatakan seorang ayah itu tidak dapat melawan tahap bonding antara ibu dan bayi ketika proses penyusuan badan. Maka, si ayah perlu mencari jalan lain untuk mencipta hubungan mesra dengan bayinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antaranya adalah melalui aktiviti flashcards, memandikan, bermain, atau menidurkan anak.

Antara momen menyeronokkan bagi angkasawan ini adalah ketika dia menidurkan si kembarnya di atas dada.

Dia dapat merasakan kemesraan dan rasa kasih sayang, serta memaksimumkan hubungan kulit-ke-kulit antara anak dan bapa!

#4. Mengajar bayi meniarap seawal usia 2 minggu

Dr. Sheikh Muszaphar juga gemar untuk mendedahkan anak kecilnya kepada aktiviti meniarap seawal mungkin! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut beliau, bayi yang baru lahir perlu mendapatkan tummy time sebanyak mungkin. Ia membantu menguatkan bahagian belakang dan tengkuk mereka.

Malah, menurutnya, jika bayi anda menjerit sambil meniarap, ia adalah lagi baik! Ini membantu menguatkan paru-paru si kecil anda. Perbanyakkan merangsang deria bayi anda. Contohnya seperti merangsang refleks cahaya dan refleks Babinski mereka.

Tindakan refleks Babinski adalah sejenis stimulasi yang dapat menggalakkan anak kecil untuk pandai berjalan awal.

Tahukah anda yang kedua-dua anak perempuan Dr. Muszaphar sudah mula pandai berjalan pada usia 7 dan 8 bulan?

#5. Dedahkan anak kecil kepada pelbagai bidang ilmu

Selain itu, sebagai seorang doktor dan ayah kepada 4 orang cahaya mata, Dr. Sheikh Muszaphar sangat percaya kepada kepentingan ilmu, sukan dan disiplin diri.

Beliau sudah menjadikannya sebagai satu amalan untuk mendedahkan anak-anaknya kepada pelbagai bidang dan aktiviti yang ada.

Menurut beliau, kanak-kanak amat menyukai rutin harian, selagi mana mereka menikmati setiap aktiviti tersebut!

Dr. Muszaphar menerangkan otak kanak-kanak berkembang sehingga 90% semasa 6 tahun pertama dalam hidup mereka. Otak anak kecil itu umpama span yang dapat menyerap pelbagai informasi yang anda berikan kepada mereka.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak memandang rendah kepada kemampuan anak kecil untuk belajar dan memahami serta mengingati informasi.

Kedua orang anak perempuannya akan menghadiri sekolah Cina di waktu pagi, membuat Matematik pada waktu tengah hari sebelum pergi ke sekolah agama Islam pada waktu petang.

Malah, mereka turut menghadiri kelas renang dua kali seminggu, kelas Al-Qur’an 3 kali seminggu, dan kelas piano, Taekwando, dan kelas sukan pada hujung minggu!

#6. Iktiraf rasa ingin bermain anak-anak

Namun, dengan segala aktiviti yang telah disusun untuk dua orang anak perempuan, serta aktiviti flashcard untuk bayinya, angkasawan negara ini masih lagi seorang bapa yang sporting dan laid-back.

Dia tiada masalah jika anaknya mahu bermain di luar dan menikmati hari hujan. 

Beliau menceritakan yang Bella dan Tasha akan mengenakan baju hujan dan kasut sebelum bermain lumpur di luar ketika hari hujan! Cumanya, Dr. Muszaphar akan memastikan yang mereka segera mandi selepas selesai bermain.

Sumber: Instagram Dr. Sheikh Muszaphar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ayah Yang Selalu Suap Makanan & Dukung Anak Mampu Menjadikan Mereka Bijak

Penulis

Noor