TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ayah Yang Selalu Suap Makanan & Dukung Anak Mampu Menjadikan Mereka Bijak

4 min bacaan
Ayah Yang Selalu Suap Makanan & Dukung Anak Mampu Menjadikan Mereka Bijak

Ikatan keluarga antara ibu ayah dan anak boleh menjadi semakin rapat jika anda meluangkan masa serta mencurahkan kasih sayang terhadap mereka

Ikatan keluarga antara ibu ayah dan anak hendaklah sentiasa dijaga agar dapat membentuk nilai-nilai yang baik dalam diri si manja serta membolehkan mereka membesar dengan baik. Tidak dinafikan para ibu atau ayah pada hari ini perlu berdepan kekangan masa setiap hari disebabkan oleh komitmen terhadap kerjaya.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah suatu alasan jika anda bijak dalam mengurus masa serta mencuba beberapa petua mengambil hati anak-anak.

Baca juga: Walau Sesibuk Mana Pun, Ibu Ayah Perlu Luangkan Masa 15 Minit Sehari Dengan Anak!

Petua mengeratkan ikatan keluarga antara ibu ayah dan anak

Seorang bapa, Wan Kamarul Wan Salim, telah berkongsikan beberapa tips untuk menguatkan ikatan keluarga yang diamalkannya dan isteri. Mudah-mudahan ia memberikan kebaikan buat seluruh ibu ayah yang lain.

Antara rahsia yang dilakukannya untuk rapatkan hubungan dengan anak kecil adalah:

#1. Makan secara bersuap

hubungan kekeluargaan

credit to sources

Saya dan ratu hati tetap terus mengamalkannya biarpun anakanda Umar kini sudah memasuki usia 6 tahun. Bagi kami, timbul rasa puas hati apabila anak-anak makan bersuap dari tangan ibu ayah mereka.

Mungkin ada yang mempersoalkan, sampai bila anak hendak disuap? Biarkan mereka makan dengan sendiri supaya lebih cepat berdikari. Lagi cepat mereka matang. 

Bagi saya, anak-anak bukan selamanya akan kecil. Mereka akan mengalami proses dewasa. Lambat-laun mereka tidak akan mempedulikan suapan tangan kita. Sambil bersuap, sambil mengucapkan zikir. Selagi mana suapan kita diperlukan untuk anak-anak, teruskan.

Percayalah, anak kita tidak akan selamanya mahu makan bersuap.

#2. Pilih untuk dukung berbanding guna baby carrier

Baby carrier sebenarnya ada tiga biji di dalam rumah saya. Namun amat jarang ia digunakan. Sesetengah ibu ayah mengatakan bahawa anak-anak akan selesa bila memakainya. Iya, mungkin benar.

Tapi saya sendiri lebih selesa dukung anak walaupun berat mereka semakin bertambah. Bagi saya satu je, takpelah. Waktu ini kita bersusah payah mendukung mereka.

Terasa rapat dakapan kita untuk anak-anak. Akan tiba saat jika kita panjang umur, waktu kita sudah uzur, mudah-mudahan perkara yang sama akan berulang dengan anak akan dukung kita.

#4. Mencuci berak

hubungan ibu bapa dan anak

foto: penelope’s oasis

Saya tidak akan membenarkan ratu hati saya membasuh berak anak-anak, melainkan jika saya tiada di rumah. Biasanya anak-anak akan berlari mendapatkan ayahnya jika mereka berak.

Amalkan perkara ini. Nampak simple, tapi kesannya saya dapat rasa sekarang. Anak-anak sangat rapat dengan kita.

#5. Jangan biarkan anak-anak tidur dengan jiwa yang kosong

Selagi tidak masuk waktu tidur mereka, anak-anak yang masih kecil cenderung menghabiskan masa dengan bermain. Dalam hal ini, ibu ayah hendaklah memastikan mereka mendapat halwa telinga yang bermanfaat.

Dendangkan anak-anak dengan ayat al-Quran yang melembutkan hati dan jiwa. Tindakan sebegini bukan sahaja mempercepatkan masa tidur si manja, tetapi untuk kesan jangka panjang akan mengubah sikap dan perwatakan anak-anak.

Pastikan ayat al-Fatihah, surah Taha, ayatul Kursi dan ayat-ayat al-Quran yang lain tidak dilupakan. Khasiatnya amat besar untuk makanan jiwa anak-anak.

tips rapat dengan anak

credit to sources

Kesimpulannya, luangkanlah seberapa banyak masa dengan anak-anak ketika mereka masih memerlukan kita. Ibu ayah cubalah menatap wajah anak, tenunglah mereka sepuasnya sebelum datangnya waktu dewasa.

Sebelum sampai masa mereka sibuk untuk mengisi keperluan duniawi masing-masing. Kepada ibu ayah pula, tidak selamanya anda dilanda rasa lelah, anak-anak akan membesar. Berpenat-penatlah kita untuk amanah Allah ini kerana tiada pengorbanan yang sia-sia di sisi Allah Yang Maha Esa.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Waktu mereka kecil ini, rebutlah peluang untuk mencipta pelbagai kenangan manis yang akan diingati sampai bila-bila dalam hidup anak-anak. Mereka tidak memerlukan permainan mahal, cukuplah waktu bersama ibu ayah di rumah dan bermain bersama-sama. Percayalah dengan hasil didikan yang baik, mereka akan membesar menjadi bijak dan mudah mendengar kata.

Sumber: Wan Kamarul Wan Salim

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Suka Melekat Dengan Ayah Sebab Pandai Melayan & Tidak Berdrama Macam Ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ayah Yang Selalu Suap Makanan & Dukung Anak Mampu Menjadikan Mereka Bijak
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham