X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Selalu Marah Anak & Stress Bacalah Zikir Fatimah Ini Untuk Rasa Lebih Tenang

4 min bacaan
Selalu Marah Anak & Stress Bacalah Zikir Fatimah Ini Untuk Rasa Lebih Tenang

Melakukan kerja-kerja rumah sambil menjaga anak-anak tentunya membuatkan isteri rasa sangat letih dan tertekan. Untuk itu bacalah zikir Fatimah ini agar lebih tenang.

Kelebihan membaca Zikir Fatimah buat para isteri yang mungkin anda tak pernah tahu sebelum ini. 

Bergelar seorang ibu dan isteri bukanlah satu tugas yang mudah. Bahkan anda terpaksa mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit demi melihat anak-anak membesar dengan sihat di hadapan mata.

Tidak kira sama ada anda bekerja atau suri rumah tangga sepenuh masa, keluhan berasa penat itu memang sesekali akan timbul setiap hari kerana bebanan kerja pejabat dan kerja rumah yang tidak pernah habis malah bertambah hampir setiap hari.

zikir fatimah

Bayangkanlah seawal 6 pagi seorang ibu perlu bangun pagi untuk mengejutkan anak-anak ke sekolah. Kemudian bagi yang bekerja, anda juga perlu siapkan diri untuk pejabat. Manakala yang duduk di rumah, anda perlu memasak sarapan pagi, membasuh pakaian, buat kerja rumah yang lain dan sebagainya.

Diakui segala tuntutan ini sangat memenatkan dan kadang-kadang tiada ruang rehat untuk kalian. Kalau dapat rehat sekalipun di waktu malam tatkala anak- anak dan suami sudah pun tidur.

Zikir Fatimah buat para wanita

zikir fatimah

Atas sebab itu, Ustazah Asma Harun di dalam ceramahnya meminta setiap wanita mengamalkan bacaan zikir Fatimah yang dapat membantu mengurangkan keresahan, kepenatan dan tekanan di saat bergelar ibu dan juga isteri.

Namun ada juga sesetengah ibu yang memperuntukkan masa tertentu untuk diri sendiri supaya dapat menghilangkan rasa tekanan dari dalam kepala dengan cara memanjakan diri di pusat spa, berurut, ajak suami bercuti sekeluarga dan lain-lain.

Percayalah walaupun anda telah melakukan segalanya untuk diri sendiri tapi jiwa anda masih tidak tenang. Malah masalah datang bertubi-tubi.

Sebab itu, Rasulullah SAW telah mengajar puteri baginda Saidatina Fatimah R.A
.
Hal ini kerana, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Saidatina Fatimah pernah mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talibb iaitu tangannya berasa sakit dan letih kerana banyak kerja rumah yang dilakukan seharian.

Setelah itu Puteri Baginda ini datang berjumpa ayahandanya Rasullah SAW untuk meminta seorang pembantu. Tapi, beliau tidak berjaya berjumpa Rasulullah dan hanya bertemu Saidatina Aisyah.

Kemudian dia meminta Aisyah memberitahu baginda tentang hasratnya itu sekiranya baginda kembali ke rumah. Setelah itu, Aisyah memberitahu kepada Baginda akan hasrat puterinya itu.

Setelah diberitahu, Baginda pergi menemui puterinya dan menantunya yang ketika itu sedang berbaring untuk tidur.

Semasa melihat ayahandanya datang, kedua-duanya cuba bangun dari perbaringan namun dihalang oleh Rasulullah SAW.

Kemudian Baginda bersabda:

" Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, Tasbih (Subhanallah) 33 kali, dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya, yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu - HR Muslim.

Apa yang lebih menarik, bacaan zikir tersebut boleh dilakukan bersama-sama anak sebelum masuk tidur.

Kalau boleh kumpulkan anak-anak beramai-ramai sambil membaca zikir ini bersama ayat 3 Qul dan ayat kursi. Kemudian, jadikan amalan memohon maaf dan bersalaman sebelum masuk tidur.

zikir fatimah

Dengan bacaan zikir Fatimah ini dapat mengembalikan semula emosi dan perasan ibu yang mungkin hadapi tekanan hampir setiap hari dek kerana bebanan kerja yang terlalu banyak.

Ini kerana bila terlalu penat ibu lebih suka marah-marah hingga membuatkan emosi lebih berkecamuk.

Jadi kalau rasa penat, letih dan terbeban bacalah zikir ini nescaya membuatkan diri rasa lebih tenang sekaligus membuatkan anda lebih lapang dada semasa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Bahkan, banyak ganjaran pahala yang menanti anda bila ikhlas dan tenang dalam menjalankan kewajipan sebagai seorang ibu. Malah ia membuatkan anak-anak hidup dalam sebuah keluarga yang harmoni. 

Diharap perkongsian ini membantu. Seterusnya jangan lupa untuk tekan butang like dan share di Facebook. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Nasihat Ustazah 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak Anak Cantik? Amalkan Perkara Berikut

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Selalu Marah Anak & Stress Bacalah Zikir Fatimah Ini Untuk Rasa Lebih Tenang
Kongsikan:
  • Nak Anak Bukan Kena Tahu 'Buat' Sahaja, Tapi Kena Amalkan Juga Zikir Ikhtiar Hamil

    Nak Anak Bukan Kena Tahu 'Buat' Sahaja, Tapi Kena Amalkan Juga Zikir Ikhtiar Hamil

  • Minum Air Kacip Fatimah Untuk Mudah Bersalin, Rahim Ibu Ini Pecah & Janin Meninggal Dunia

    Minum Air Kacip Fatimah Untuk Mudah Bersalin, Rahim Ibu Ini Pecah & Janin Meninggal Dunia

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Nak Anak Bukan Kena Tahu 'Buat' Sahaja, Tapi Kena Amalkan Juga Zikir Ikhtiar Hamil

    Nak Anak Bukan Kena Tahu 'Buat' Sahaja, Tapi Kena Amalkan Juga Zikir Ikhtiar Hamil

  • Minum Air Kacip Fatimah Untuk Mudah Bersalin, Rahim Ibu Ini Pecah & Janin Meninggal Dunia

    Minum Air Kacip Fatimah Untuk Mudah Bersalin, Rahim Ibu Ini Pecah & Janin Meninggal Dunia

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.