TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Nak Anak Cantik? Amalkan 7 Jenis Makanan Ini Sepanjang Kehamilan & Tengok Hasilnya!

4 min bacaan
Nak Anak Cantik? Amalkan 7 Jenis Makanan Ini Sepanjang Kehamilan & Tengok Hasilnya!

Tahu tak bahawa makanan yang ibu makan semasa mengandung menyumbang kepada penampilan bayi ketika dilahirkan?

Ibu hamil mungkin nak tahu, makanan apa yang bagus dimakan semasa mengandung untuk menjadikan anak cantik dan sihat kan? Sebenarnya apa yang ibu makan semasa mengandung boleh mempengaruhi penampilan si manja juga ya.

Tetapi jangan risau, cara pemakanan yang akan kami cadangkan ini tidak ada kena mengena dengan mitos kehamilan yang mungkin anda pernah dengar. Contohnya jangan makan pedas, nanti anak lahir dah tumbuh gigi. Hihi.

Apa Yang Perlu Ibu Makan Untuk Melahirkan Anak Cantik?

makanan untuk bayi cantik

Pasti ibu pernah dengar nasihat dari rakan-rakan dan keluarga untuk makan makanan tertentu semasa hamil untuk perkembangan otak, kekuatan tulang dan kesihatan bayi.

Walaupun ada tidak boleh dipercayai, hakikatnya ada makanan yang benar-benar mempengaruhi perkembangan bayi dari segi kecantikan juga!

Ini kerana kandungan nutrien dalam makanan tersebut memberikan khasiat kepada janin. Prinsipnya sama sahaja dengan mengelakkan pengambilan makanan tertentu secara berlebihan semasa hamil untuk mengelakkan komplikasi kepada janin.

7 Makanan Yang Baik Semasa Hamil Untuk Bayi Cantik dan Sihat

Senarai yang akan kami berikan ini telah terbukti mengandungi kandungan nutrien yang baik dan dipercayai untuk melahirkan bayi yang cantik dan sihat! Nah, ini makanan yang anda HARUS makan semasa kehamilan:

#1 Buah-Buahan Segar

buah-buahan semasa kehamilan

Sekiranya ibu ingin melahirkan bayi yang cantik, masukkan diet makanan yang berkhasiat dalam rancangan pemakanan ibu. Makan buah-buahan seperti mangga, betik, oren, pisang, dan ceri boleh memberikan manfaat yang baik kepada janin.

Terdapat banyak buah-buahan bermusim yang lain, dan ibu perlu amalkannya jika ibu mahu bayi yang cantik ya!

#2 Sayur-sayuran

makanan untuk kehamilan

Pastikan untuk mengamalkan pengambilan sayur-sayuran seperti sawi, bayam, oha, timun, kacang, dan tomato. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berkhasiat ini menjamin bayi yang cantik!

#3 Minum Banyak Air

makanan berkhasiat semasa hamil

Tubuh memerlukan hidrasi yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik, dan ia juga bagus untuk keperluan bayi  yang belum lahir. Doktor mengesyorkan kira-kira 2 liter atau 8 gelas air sehari.

Secara umumnya, kekurangan pengambilan air seharian boleh menjejaskan kulit, tulang dan kesihatan anda.

Jika tidak biasa minum air dengan banyak khususnya air kosong, ibu boleh melatih diri untuk memenuhi keperluan harian dengan menuangkan air minuman segelas pada setiap waktu pagi dan lakukan secara berkala sehingga mencukup keperluan harian 2 liter sehari.

Sebaik sahaja tubuh terbiasa dengan rutin pengambilan air baru ini, ia akan sesuai dengan tubuh secara semula jadi dan ibu akan merasa cukup dahaga untuk minum banyak air setiap hari!

#4 Produk Tenusu

susu semasa hamil

Semasa mengandung, penggunaan produk tenusu sangat penting ya ibu!

Ia membantu anda memenuhi keperluan tambahan protein dan kalsium yang memberi sokongan kepada janin anda yang semakin membesar. Minum sekurang-kurangnya satu gelas susu sehari dan makan lebih banyak yogurt supaya bayi sihat dan cantik.

#5 Telur

Nak Anak Cantik? Amalkan 7 Jenis Makanan Ini Sepanjang Kehamilan & Tengok Hasilnya!

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Telur adalah superfood kerana ia adalah sumber vitamin, protein, dan mineral yang sangat bagus. Protein yang terdapat dalam telur menjadikannya baik untuk tumbesaran bayi kerana ia menghasilkan dan membaiki sel-sel janin.

Selain itu, telur mempunyai jumlah kolin yang tinggi di dalamnya. Kolin merupakan aset penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang belum lahir.

#6 Legum

kekacang semasa hamil

Legum adalah sekumpulan makanan dari kekacang yang termasuk lentil, kacang soya, kacang arab, kacang hijau, kacang putih, kacang merah dan sebagainya. Kumpulan ini adalah sumber serat, protein, folat, kalsium dan zat besi yang sangat baik.

Kandungan nutrien ini sangat penting untuk wanita hamil ya. Kandungan folat yang cukup akan memastikan bahawa bayi anda akan dilahirkan dengan sihat dan tetap dilindungi dari banyak penyakit dan jangkitan pada masa akan datang.

#7 Kacang

pemakanan untuk bayi cantik

 
Kacang bukan saja lazat, malah mengandungi lemak yang sihat. Ia merupakan salah satu kudapan kegemaran ramai yang sihat yang boleh diamalkan sepanjang kehamilan.
 
Ini menjadikan kacang sebagai pilihan yang ideal untuk snek sepanjang tempoh kehamilan. Kacang mempunyai asid lemak omega-3, protein, serat dan nutrien penting lain yang penting untuk perkembangan.
 
Semoga bermanfaat!
 
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
 
Nak Anak Cantik? Amalkan 7 Jenis Makanan Ini Sepanjang Kehamilan & Tengok Hasilnya!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini diterjemah dari Africaparent.com dengan izin.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comibu-mengandung-makanan-dilarang-ambil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Nak Anak Cantik? Amalkan 7 Jenis Makanan Ini Sepanjang Kehamilan & Tengok Hasilnya!
Kongsikan:
  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

    Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

  • Bayi Lebih Sihat & Mudah Dijaga, Doktor Kongsi Kelebihan Bersalin Ketika Kandungan 39 & 40 Minggu (Full Term Pregnancy)

    Bayi Lebih Sihat & Mudah Dijaga, Doktor Kongsi Kelebihan Bersalin Ketika Kandungan 39 & 40 Minggu (Full Term Pregnancy)

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

    Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

  • Bayi Lebih Sihat & Mudah Dijaga, Doktor Kongsi Kelebihan Bersalin Ketika Kandungan 39 & 40 Minggu (Full Term Pregnancy)

    Bayi Lebih Sihat & Mudah Dijaga, Doktor Kongsi Kelebihan Bersalin Ketika Kandungan 39 & 40 Minggu (Full Term Pregnancy)

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham