Anda Layak Dapat Bantuan Carseat Baby? Cuba 8 Tips Berguna Ini Untuk Latih Anak Behave Dalam Carseat!

Anak-anak selalu merengek atau tantrum jika diletak dalam car seat?Mulakan seawal usia membiasakan anak dengan car seat akan membantu anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan semua ibu ayah tahu car seat atau kerusi keselamatan kanak-kanak adalah kelengkapan penting yang wajib digunakan bagi melindungi keselamatan bayi dalam kereta atau kenderaan bergerak. Malah kerajaan juga baru-baru ini mengumumkan bantuan carseat baby untuk mereka yang layak bagi membolehkan golongan ini memilik carseat untuk anak mereka.

Namun antara isunya, ramai yang merungut susah untuk membiasakan anak dengan car seat. Anak menangis tidak mahu duduk dalam car seat bukanlah alasan yang untuk kita tidak melatih mereka duduk dalam kerusi keselamatan itu.

Mungkin anda perlu melatih mereka dengan lebih lagi bagi memastikan mereka terbiasa duduk dalam kerusi berkenaan sepanjang berada dalam kenderaan bagi memastikan keselamatan mereka sentiasa terjamin. 

Apakah maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Kepentingan menggunakan carseat baby
  • Usia bayi yang sesuai untuk duduk carseat

Bantuan carseat baby galak kesedaran penggunaannya

Sudah pasti bantuan daripada kerajaan mengalakkan dan meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan carseat kepada bayi. Namun bagi mereka yang kurang berkemampuan seperti golongan B40 bantuan carseat baby B40 amat-amat membantu.

Kepentingan menggunakan carseat baby

Kerusi ini tidak akan diperkenalkan jika ia tidak pentimg dalam menjaga keselamatan bayi ketika menaiki kenderaan. 

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan cara yang betul akan mengurangkan lebih 70 peratus risiko kecederaan1, kemasukan ke hospital atau kematian jika dibandingkan dengan penggunaan tali pinggang keledar atau tanpa alat keselamatan langsung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dinafikan kesedaran penggunaan car seat memang semakin meningkat dalam kalangan ibu bapa zaman kini mengambil kira kepentingannya dalam memastikan anak-anak ketika dalam kenderaan namun perlu dipastikan ia digunakan dengan cara yang betul.

Justeru, menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak ialah cara terbaik untuk melindungi anak-anak anda apabila mereka berada dalam kenderaan. 

Kemalangan kereta adalah salah satu punca utama kematian dan kecederaan bagi kanak-kanak!

Usia bayi yang sesuai untuk duduk carseat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seawal kelahiran sebenarnya bayi perlu diletakkan dalam carseat. Tetapi ada beberapa jenis carseat yang perlu anda pilih mengikut kepada usia dan berat anak anda. 

Kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan ke bawah disarankan untuk sentiasa diduduk di kerusi belakang dengan kerusi keselamatan kanak-kanak yang sesuai.

Ada beberapa pengedar yang sah menjual carseat menawarkan tawaran uji-pasang kerusi keselamatan di kereta bagi memudahkan ibu ayah menguji pasang kerusi keselamatan ini dalam kereta mereka bagi memastikan ia benar-benar sesuai dengan jenis kereta dan anak.

Melalui cara ini, anda boleh menyemak dahulu sama ada kerusi kanak-kanak itu serasi dengan kenderaan anda sebelum membelinya untuk anak anda. Anda juga boleh bawa anak untuk uji cuba car seat kerana tidak semua car sesuai dengan semua kanak-kanak. Antara jenis carseat termasuklah: 

  • Infant only safety seat: Kerusi jenis ini sesuai untuk bayi sahaja dan adalah jenis yang menghadap ke belakang. Ia boleh digunakan dari bayi baru lahir sehingga kanak-kanak lebih kurang 9 kg (bergantung kepada model). Ia lebih kecil, mudah alih dan kadang-kala mempunyai tapak. Tapak ini boleh dipasang pada kerusi kereta dan ini membolehkan ibu ayah pasangkan terus pada tapak tanpa perlu mengikat dan memasang semula kerusi keselamatan.  
  • Convertible safety seats : Ia boleh digunakan secara dua hala – menghadap ke belakang dan menghadap ke depan. Tetapi disarankan ia perlu berada di dalam kedudukan menghadap ke belakang sehingga anak berusia lebih dari 2 tahun dan telah mencapai berat badan kira-kira 13kg. Ia kemudiannya boleh digunakan dalam kedudukan menghadap ke depan sehingga kanak-kanak berumur 4 tahun atau had berat badan yang disyorkan dalam buku panduan.

  • Combination seats: Ia menghadap ke hadapan dan boleh digunakan selepas anak telah mencapai had berat menghadap ke belakang dan berusia sekurang-kurangnya 2 tahun. Anak perlu dipakaikan 5-point harness sehingga dia telah mencapai had berat maksimum kerana ia masih lebih selamat dari memakai tali keledar pinggang. Selepas anak sudah mencapai had berat 5-point harness itu, barulah tali pinggang boleh digunakan dengan carseat tersebut.

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan
  • Booster seat: Ia jenis kerusi keselamatan yang menghadap ke depan dan untuk kanak-kanak yang lebih dari 18 kg. Ia perlu digunakan sehingga kanak-kanak itu 142cm tinggi dan ketinggian ini biasanya dicapai antara 9 dan 12 tahun. Belikan jenis yang mempunyai sandaran kepala kerena jenis ini lebih selamat.

Tips untuk membiasakan bayi duduk di carseat

Jika tidak dibiasakan dari seawal usia, bukan mudah untuk membiasakan anak dengan kerusi keselamatan kanak-kanak. Hanya kanak-kanak yang sudah dibiasakan saja jarang-jarang ada masalah tidak selesa dan sebagainya. 

Jadi kali ini kami kongsikan tips daripada seorang bapa, Khairul Abdullah mengenai pengalaman memupuk tabiat duduk di car seat kepada anak-anaknya. Ikuti perkongsian bapa ini. 

#1. Buatkan anak anda rasa selesa

Sama seperti orang dewasa, apabila kena duduk di tempat yang keras atau bersandar secara terlalu tegak, memang tidak sedap rasanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika kita inginkan kerusi kereta yang selesa dan empuk, begitu juga dengan anak-anak. Buatlah pelaburan yang berbaloi dan belilah car seat yang terbaik buat mereka. Jika dirasakan bajet anda tidak mencukupi untuk membeli car seat yang berharga ratusan ringgit, buatkan car seat yang sedia ada lebih selesa.

Namun pastikan anda merujuk kepada buku panduan kerana dikhuatiri jika ditambah dengan aksesori carseat tidak boleh berfungsi dengan sepatutnya apabila kemalangan berlaku. 

#2. Mulakan pengggunaan carseat sejak dari awal

Bapa ini menyatakan bahawa dia sudah mula menggunakan car seat untuk dua orang anak kecilnya sejak awal lagi. Anda juga boleh berbuat perkara yang sama. Mulakan penggunaan car seat sebaik sahaja anak anda lahir dan keluar hospital lagi.

Apabila mereka sudah terlatih dari kecil, anak-anak ini akan berasa yang car seat itu memang tempat duduk mereka. Malah mereka juga mungkin akan berasa janggal jika perlu duduk di kerusi kereta biasa!

#3. Pupuk rasa hak milik

Selalunya, apabila kanak-kanak itu berasa yang sesuatu benda itu milik mereka, mereka akan menjaga dan selalu ingin menggunakannya. Samalah seperti car seat. Bapa ini mencadangkan supaya ibu ayah membiasakan anak dengan kerusi tersebut.

Biarkan si manja anda meletakkan pelekat sticker atau menulis namanya pada car seat tersebut. Jika dia ingin menghiaskannya dengan mainan kegemarannya pun, biarkan sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika dia ingin menonton TV di ruang tamu dengan car seatnya, buka daripada kereta dan biarkan dia duduk di dalamnya. Lambat laun, dia pula yang akan secara sukarela mencari car seat dan meletakkannya ke dalam kereta untuk dia duduk!

#4. Biarkan anak kecil anda memilih kelengkapan yang dia ingini

Untuk membuatkan anak anda rasa lebih selesa ketika duduk dalam car seat, biarkan dia membawa teddy bear kesayangannya bersama. Ataupun, berikan dia buku atau mainan yang lain untuk dia letakkan dalam car seatnya.

Pupuk juga supaya dia meletakkan botol minuman atau makanan sneknya di situ. Ini boleh menghilangkan kebosanannya ketika duduk dalam car seat ketika perjalanan jauh.

Namun pastikan anda merujuk kepada buku panduan kerana dikhuatiri jika ditambah dengan aksesori carseat tidak boleh berfungsi dengan sepatutnya apabila kemalangan berlaku. 

#5. Berikan waktu rehat

Jika perjalanan anda jauh, pastikan anak anda keluar dari car seatnya ketika berhenti di R&R. Ini membolehkan dia menghilangkan rasa lenguh dan letih.

Malah, jika mereka merengek atau menunjukkan tantrum ketika dalam perjalanan, berhentilah seketika. Keluarkan mereka dan biarkan mereka bertenang. Kalau dipaksa, takut-takut mereka akan berasa benci pula pada kerusi tersebut.

#6. Berikan pujian dan kata semangat

Ibu ayah perlu memainkan peranan sebagai penggalak. Apabila mereka sudi untuk duduk dalam car seat, berikan kata-kata pujian seperti “Bagusnya abang ni duduk dalam car seat. Sudah besar dan pandai!”.

Ataupun, katalah “Kalau duduk dalam car seat, kakak akan rasa selamat, kan? Bijaknya kakak.” Pasti berbunga-bunga hati si manja anda!

#7. Beri tunjuk ajar

Selain daripada cara-cara di atas, amat penting juga anda sebagai ibu bapa memberi tunjuk ajar dan didikan. Beritahu kepada mereka sebab sebenar mengapa mereka perlu duduk di dalam car seat dan bukannya berdiri atau melompat-lompat di dalam kereta.

#8. Konsisten

Ibu ayah juga perlu konsisten. Jangan membuat sebarang pengecualian – hari ini pakai dan esok boleh pula tidak pakai. Jika dibuat pengecualian ini, susah untuk anak anda memupuk tabiat memakai car seat. Jadi, cuba elakkannya!

Yang penting adalah ingatkan mereka selalu dan biarkan mereka rasa selesa ketika duduk dalam car seat. Apabila diulang-ulang peringatan tersebut, mereka pasti akan faham dan ingat. Lambat laun, ia pula menjadi habit mereka.

Tidak perlu lagi bersuruh-suruh, buka sahaja pintu kereta, pandailah mereka duduk dan mengenakan tali pinggan car seat tersebut!

  1. National Library of Medicine (November, 2012). The importance of child car seats and current challenges with their use. www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3496348/
  2. Khairul Abdullah (March 5, 2027) . 8 Tips Untuk Biasakan Anak Guna Carseat. www.facebook.com/khairulabdullahfanpage/posts/1417813468269905:0

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Carseat Baby Jadi Musuh, Asal Letak Je Anak Menangis? Cuba Pasang White Noise!

Baca juga: Berapa Lama Bayi Boleh Duduk Dalam Carseat Ketika Perjalanan Jauh? Ini Yang Ibu Kena Tahu!

Baca juga: Kepentingan menggunakan carseat untuk anak kecil

Penulis

Noor