X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kepentingan menggunakan carseat untuk anak kecil

21 Sep, 2016
Kepentingan menggunakan carseat untuk anak kecil

Perjalanan pulang dari kampung ke KL bertukar tragedi apabila mereka mendapati bantal anaknya berdarah.

Seorang pengguna Facebook Diyana Aqil menceritakan kepentingan memakai carseat walaupun anak kecil sudah berusia 5 tahun.

Dalam keseronokan pulang dari rumah mertuanya untuk Hari Raya Aidiladha, semuanya berjalan lancar, tetapi hanya untuk sebentar sahaja.

Traffik lancar daripada Johor menuju ke KL. Tetapi, apabila kereta suaminya tiba-tiba brek kecemasan, dia hampir terjatuh, dan anaknya telah terjatuh di atas lantai kereta. Menyangka tiada apa-apa kecederaan berlaku di kepalanya, kerana anak kecil itu terus tidur nyenyak, mereka meneruskan perjalanan sehingga di KL.

Sampai sahaja di rumah, anaknya diangkat masuk ke rumah. Anaknya masih nyenyak tidur tanpa sebarang rengekan. Dia dan suaminya masih memeriksa keadaan anaknya yang jatuh di dalam kereta.

Sehingga mereka menidurkan anaknya, dan mendapati bantalnya berdarah. Anaknya di kejarkan terus ke bahagian kecemasan hospital dan dikenakan 5 jahitan di kepala kerana luka yang amat dalam di kepala.

Anaknya menangis tidak berhenti.

 

  ⛔Post ni panjang… jangan baca kalau rasa anak selamat dalam kereta tanpa carseat…⛔ *cerita bersambung di gambar sebelah ye mommies * Gambar tu anak saya, Qaisara 5 tahun. Akibat ‘sayangkan’ anak.. ini jadinya…. Last week, mggu raya haji.Holiday Mood utk kami sekeluarga. mula2 semua ok.tp kejap je ok rupanya. masa Kami odw balik dari rumah mertua,Sara n ayin baring di seat belakang tertidur kepenatan. so far jln ok x jem sume.lagi beberapa km je nak sampai ke rumah,tiba2 kereta depan kami break mengejut menyebabkan husband terpaksa brek mengejut utk mengelak.masa tu dgr skli bunyi yg kuat dr seat belakang. Qaisara jatuh ke bawah . nak pendekkan cite,sampai rmh, Husband angkat sara dr kereta utk naik ke rumah.. sambil tu cek2 kut2 ada yg luka ke. kebetulan sara pulak mamai lagi..dah tak bercakap apa2. so kami assume dia okay dan selamat. Naik rumah..letak sara kt katil suruh dia sambung tidur,tp sara masih diam tak cakap apa2.. Husband masih risau dah periksa jika ada luka yg kami tak Nampak.. bila pusingkan sara.. amikk..berdarah bantal!. panic! mana datang darah ni..sara dah mula menangis kata sakit..sakit… Cek punya cek..darah keluar dr kepala dia..terus bawa g hospital Masuk emergency…doc kata luka ni dalam dan kena masuk OT utk jahit..lagipun di kepala. Bahaya… 🙁 ….. masuk OT malam tu pukul 10…. 5 jahitan di kepala..???????? Allah…. Allah…. Terkedu dengan seribu sesalan.. nak tunding jari pada siapa pun dah tak tahu… …… masa ni mcm2 benda lalu kat kepala.. aku jual carseat..Educate customers pilih carseat yg sesuai .. tapi… anak sendiri tak pakai… Sambung…. Sebelah..

A photo posted by COMBO NUNA CURV + WIND MURAH (@littlesarayin) on Sep 19, 2016 at 3:23am PDT

Gambar dari Instagram Little Sarayin

 

Diyana Aqil puas mencari kesilapannya. Dia mencari apa punca yang membuatkan kepala anaknya cedera. Dia mendapati ada besi pada kerusi di dalam kereta yang mencederakan kepala anaknya.

Lantas, dia mengingatkan pembaca supaya membeli carseat dan biasakan anak-anak kecil duduk di dalam carseat walau apa pun yang terjadi kerana malang tidak berbau.

Kepentingan carseat terhadap anak kecil

Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap keselamatan anak-anak, adalah amat penting untuk membeli carseat dan melatih anak-anak supaya duduk di dalam carseat. Kerana malang tidak berbau. Kisah diatas adalah sebahagian daripada kisah ibu bapa yang terlepas pandang terhadap keselamatan anak-anak. Malang tidak berbau dan tidak dapat diduga.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, adalah penting untuk membeli sebuah carseat untuk anak-anak dan melatihnya supaya duduk di dalam carseat, sehingga anak-anak sudah pandai menjaga diri apabila duduk di dalam kereta.

Bencana menimpa tidak kira waktu, lebih-lebih lagi untuk ibu bapa yang kerap membawa anak berjalan jauh untuk melancong.

Masa si suami sedang memandu, memang tidak digalakkan untuk si ibu memangku anak sahaja. Dikhuatiri ketika anak dan ibu sedang tidur, berlaku kemalangan di dalam kereta. Kebanyakan kes kematian anak kecil semasa kemalangan disebabkan anak dipangku sahaja lalu tercampak keluar kereta. Si ibu pula tertidur dan anak tidak dipegang erat.

Memudahkan ibu bapa memandu seorang diri

shutterstock_182235569-1

Untuk ibu yang selalu memandu tanpa suami di sisi, dan hanya membawa anak kecil, alat ini amat diperlukan. Anak yang masih bayi atau kanak-kanak berusia bawah 5 tahun memerlukan pengawasan orang dewasa semasa tinggal di dalam kereta.

Oleh itu, ibu yang sedang memandu tidak mampu memandu dan memujuk anaknya di dalam kereta. Walaupun pada permulaannya amat payah, namun apabila dibiasakan, anak kecil mampu duduk dengan tenang di dalam carseat.

Bayi atau anak kecil boleh berdikari-tidur sendiri

shutterstock_481694002-1

Anak yang sudah kenyang dengan susu dan apabila lampin anak sudah ditukar, anak boleh tidur sendiri tanpa mengharapkan ibunya mendodoikannya tidur. Apabila sudah terbiasa tidur di dalam carseat, dengan gegaran di dalam kereta seoalah-olah di dalam buaian si comel pasti tidur lena.

Anak tahu apa itu perbuatan yang rutin

shutterstock_294037802-1-1

Apabila kita membiasakan anak tidur di dalam carseat, kita telah mengajar anak untuk biasa dalam aktiviti yang rutin. Dengan itu, anak lebih berdisiplin dan mudah untuk mengawal anak. Anak mudah keliru jika anak tidak diajarkan perkara yang rutin.

Tips memilih carseat yang elok

Yang selamat

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Carseat yang bagus mampu membuatkan anak selesa di dalam kereta lebih-lebih lagi untuk ibu bapa yang selalu membawa anak dalam perjalanan jauh, serta selamat. Ciri-ciri carseat yang selamat ialah memiliki tali keledar yang mampu menahan anak daripada jatuh dan mempunyai kusyen yang tebal untuk melindungi anak daripada hentakan.

Yang boleh digunakan untuk jangka masa yang lama

Banyak pilihan carseat di pasaran. Yang hanya boleh digunakan hanya pada umur tertentu pun ada dijual,misalnya dari umur 0-1 tahun, 1-4 tahun dan daripada anak berusia 0-4 tahun. Harga Carseat amat mahal. Jadi ibu bapa buatlah pilihan yang bijak semasa membeli.Ibu bapa dsarankan untuk membeli carseat yang tahan lama dan boleh digunakan untuk jangkamasa panjang.

Pilihan carseat untuk anak kecil dari 0-4 tahun amat digalakkan. Ibu bapa haruslah mengukur baju di badan sendiri dan haruslah bijak memilih carseat yang penuh dengan ciri-ciri keselamatan dan juga bersesuaian dengan kemampuan.

Rujukan: OhBulan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Kepentingan menggunakan carseat untuk anak kecil
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham