Ajar disiplin pada suami, pula!
Mengapa tiba-tiba cakap pasal disiplin untuk suami pulak? Ha…
Pernah tak isteri-isteri mengadu dapat suami macam kena jaga anak seorang lagi?
Kena ingatkan mereka untuk siapkan diri, tolong mereka iron baju, bangunkan mereka… faham-fahamlah. Of course dalam artikel ini kita cuma bergurau saja.
Mari baca 7 cara disiplin yang selalunya digunakan untuk mengajar anak, tetapi wajar digunakan untuk suami tersayang juga.
#1 Jadual kerjarumah bersticker dengan ganjaran
Keadaan di rumah sekarang nampak macam baru dilanda ribut taufan! – Tak ada orang nak tolong kemaskan.
Kadang-kadang rasa nak buat jadual dengan ganjaran untuk menggalakkan pasangan menolong melakukan kerja rumah.
Contohnya seperti cuci pinggan untuk seminggu dan dapat tiket free pergi tengok perlawanan bola sepak.
Bernas juga idea itu, kan?
#2 Tali Harness Untuk Suami
Kenapa pulak dengan tali harness!?
Haa… Apabila kita keluar sekeluarga, suami pasti akan hilang entah kat mana.
Biarpun berjalan di hadapan mahupun jalan lambat-lambat sambil menyeret kaki di belakang, kita pasti akan terpisah.
Walaupun saya tidak sokong penggunaan tali harness untuk anak, tetapi saya mungkin akan membuat pengecualian untuk suami saya!
#3 Time out!
Kan bagus kalau “Time Out” boleh digunakan setiap kali kita bergaduh dengan suami?
Ini dapat memendekkan masa bergaduh dan masing-masing boleh masuk bilik untuk menenangkan diri.
#4 Pergi sekarang! Saya bagi 3 saat. 1….. 2….
Setiap kali anak saya tidak mendengar cakap, saya akan menggunakan peraturan 3 saat.
Maksudnya, dia diberi 3 saat untuk berhenti buat perangai dan mengikut arahan saya.
Setakat ini, cara ini sangat berkesan untuk kedua-dua anak saya. Sebelum habis hitung mereka sudah cepat-cepat ikut kata.
Alangkah baiknya kalau kita boleh buat cara yang sama dengan suami?
“Berhenti main telefon dan tolong jaga anak! 3… 2…1 !”
#5 Hukum tidak boleh keluar rumah
Kalau suami buat isteri marah ataupun sakit hati, hukum mereka agar tinggal dekat rumah, tak boleh keluar!
Bagus juga hukuman ini, terutamanya bagi mereka yang selalu malas nak tolong jaga anak.
Biar mereka jagakan apabila mereka tidak dibenarkan keluar rumah pula, dan ibu boleh keluar untuk ME time!
#6 Pasangkan jam loceng/penggera sebagai tanda isyarat tamatnya aktiviti
Kanak-kanak selalu memerlukan tanda-tanda yang jelas bila sesuatu aktiviti sudah bermula atau sudah berakhir.
Saya selalu gunakan cara ini untuk mengawal jumlah masa mereka menonton televisyen.
Ini supaya mereka tahu bila untuk berhenti dan bila tibanya masa untuk tidur.
Cara ini banyak menolong kerana mereka sudah tahu sesuatu aktiviti juga ada batasannya dan mengurangkan peluang anak membuat perangai.
Bagus juga kalau ada penggera untuk suami (dan saya sendiri juga) supaya kita boleh kurang menggunakan telefon pintar, menyemak media sosial dan menumpukan perhatian pada anak.
#7 Ganjaran besar apabila mereka pergi jumpa doktor
Kanak-kanak selalu memerlukan ganjaran apabila ingin pergi jumpa doktor biasa ataupun doktor gigi.
Alangkah baiknya kalau cara yang sama dapat dipraktikkan untuk suami kita terutamanya semasa medical check-up tahunan! Tetapi saya tahu sebab mengapa – dia takut jarum sebenarnya!
Bayangkan kalau kita sediakan “hadiah” untuk orang dewasa juga? Suka tak? Saya pun nak!
Sumber: Romper
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Pengakuan Suami Yang Membuka Mata: “Aku Tidak Membantu Isteriku”