Kehidupan berumah tangga nyata berbeza daripada kehidupan sebagai seorang bujang; tanggungjawab berubah, peranan diwujudkan semula. Apabila anda telah berkahwin, terdapat beberapa perkara tidak lagi bersesuaian untuk dilakukan termasuk pesanan mesej tidak harus dihantar lagi-lagi oleh si suami.
Oleh sebab itu, sebagai seorang suami – adalah penting untuk memastikan agar anda memeriksa tabiat penghantaran pesanan ringkas anda.
Anda mungkin menganggap pesanan yang dihantar kepada individu lain itu kelihatan suci dan tidak membahayakan, namun ia sebenarnya mampu untuk menjejaskan perkahwinan anda.
Si isteri pula, jika anda rasa suami anda terlalu ‘melekat’ pada telefon mereka, tidak salah untuk bertanya kerana dalam hubungan tidak patut ada rahsia. Betul tak?
7 jenis pesanan mesej yang tidak harus dihantar oleh suami
Ya, betul. Perbualan suami dengan kawan-kawan adalah lebih bersifat peribadi. Kadang-kadang mereka hanya berkongsi lawak-lawak atau kisah harian mereka. Namun begitu, jika anda ternampak pesanan mesej yang tidak harus dihantar masuk dalam telefon mereka, tidak salah untuk bertanya bukan?
Berikut antara jenis-jenis pesanan yang harusnya menjadi ‘red flag’ dan wajar dibangkit dan ditanya.
1. Berhubung dengan bekas kekasih anda
Tidak kira sama ada anda telah lama melupakan bekas kekasih anda ini – atau mereka yang terlebih dulu menghantar pesanan mesej kepada anda. Bekas kekasih anda ini adalah insan yang pernah anda sayang.
Maka perasaan sayang itu boleh kembali dan ia mampu menyukarkan keadaan dengan isteri anda. Perkara yang sudah lepas harus kekal dilupakan.
2. Mengadu tentang isteri anda
Hal berhubung dengan perkahwinan adalah sebuah perkara peribadi, dan ia harus kekal sedemikian.
Anda mungkin menganggap normal untuk mengadu dan merengek tentang isteri anda kepada kakak atau abangnya – sebagai contoh. Namun, hakikatnya tidak!
Apa yang lebih memburukkan keadaan adalah apabila anda meluahkan segala kekecewaan anda ini kepada kawan anda – seseorang yang tidak mempunyai urusan untuk tahu perkara peribadi demikian.
Jika anda kecewa dengan isteri anda, perkara terbaik yang harus dilakukan adalah dengan berbicara dan berbincang bersama isteri anda, dalam cara yang sihat.
3. Menghantar pesanan teks pada rakan secara keterlaluan
Hal ini jadi lebih menyukarkan jika anda menghantar pesanan teks pada rakan anda lebih kerap dan lebih banyak daripada kiriman pesanan teks pada isteri anda.
Ia menunjukkan bagaimana anda sanggup “melaburkan” masa dengan lebih banyak pada rakan-rakan anda, dan ia adalah sebuah petanda yang tidak bagus dalam mana-mana perkahwinan.
4. Pesanan mesej yang dihantar daripada aplikasi mesej rahsia
Walaupun kejujuran atau ketelusan yang bersifat mutlak dalam mana-mana perkahwinan adalah tidak digalakkan, dan menyimpan sesetengah perkara hanya untuk diri sendiri adalah sesuatu yang sihat.
Namun, buat perkara seperti menyimpan sesetengah pesanan teks secara peribadi adalah sebuah petanda yang “anda rasa bersalah atas sesuatu”.
Jika benar, maka anda tidak seharusnya melakukan perkara itu pada mulanya.
5. Mesej berbaur kemarahan
Pertelingkahan di antara pasangan ternyata berlaku. Tetapi adalah tidak elok jika mana-mana pihak (di antara pasangan) yang mula menghantar pesanan teks berbaur kemarahan.
Hal ini kerana “kemarahan” yang meluap-luap kini mungkin memudahkan pasangan untuk meluahkan sesuatu perkara atas tujuan ingin menyakiti. Namun, perkara ini hanya akan menjadi sebuah penyesalan apabila kemarahan itu reda.
6. Teks berbaur godaan
Perkara ini tiada tolak ansurnya. Jika anda sudah berkahwin, kasih sayang anda seharusnya hanya pada isteri anda sahaja. Maka, melibatkan diri dalam perbualan berbaur godaan dengan individu lain – digelar sebagai menipu.
7. Imej bersifat seksual yang jelas
Seperkara yang harus dipelajari oleh semua individu daripada era digital ini adalah – maklumat merebak dengan pantas.
Hal ini juga bermaksud, jika anda meletakkan sesebuah imej “di luar” sana, imej itu tidak akan boleh dipadam.
Maka, walaupun anda sebenarnya hanya ingin menghantar imej bersifat seksual itu kepada isteri anda, imej itu mampu untuk dikongsi bersama sesiapa sahaja. Jika anda berasa seksi dan mahu isteri anda ketahuinya, sentiasa ada waktu dan tempat yang sesuai untuk luahkan ia.
Semoga artikel ini membantu.
Pos ini berdasarkan artikel Family Share, Amberlee Lovell
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Suami Curang Kerana Tergilakan Budak Sekolah! Ibu Ayah, Tolong Pantau Anak Yang Bersekolah Menengah