8 Bukti Bayi Anda Lebih Bijak Dari Apa Yang Anda Sangka

Mari kita lihat 8 tanda yang bayi bijak dari yang anda sangka. Hanya mereka yang memerhatikan sahaja dapat melihat tanda-tanda ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bercerita tentang bayi, kita selalunya akan berkata yang bayi itu comel, sedap untuk dipeluk, atau rasa ingin mencubit pipinya.

Jarang sekali kita berkata, “Bayi itu sungguh tinggi IQnya!” atau “Pandai betul bayi itu.”

Tetapi, sebenarnya, kalau kita beri lebih perhatian kepada tingkahlaku bayi, terdapat tanda kebijaksanaan pada diri mereka.

Malah, kajian yang terbaru ini ada menunjukkan bayi anda itu lebih bijak dari yang anda sangkakan.

Ya, mereka masih belum boleh bercakap atau berjalan, tetapi mereka sebenarnya agak bijak. Berikut adalah 8 cara yang menunjukkan kepandaian mereka:

8 cara bayi anda lebih bijak dari apa yang anda sangka

1. Memberi lebih baik dari menerima

Sumber: The Asian Parent Singapore

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi secara semulajadinya mahu segala benda diberikan pada mereka. Apabila bayi anda terlihat sesuatu yang berkilat atau bergerak, mereka pasti rasa tertarik dan mahukannya.

Sebab itulah, ada yang merasakan pada usia kecil ini, bayi agak…tamak. Semua benda dia mahu pegang.

Tapi, di sebalik sikap itu, ada tanda kebijaksanaan.

Perasankah anda, jika anda mendepakan tangan ke arahnya, seolah-olah anda sedang meminta barang tersebut darinya, dia akan menghulurkan tanpa ragu-ragu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Haa…itu adalah satu tanda kebijakan. Pada usia ini, mereka “sedar” yang memberi itu lebih baik dari menerima, dan kebahagiaan itu ada pada orang yang tidak kedekut untuk berkongsi!

2. Peniru yang hebat

Bayi semulajadinya adalah peniru yang hebat. Mereka suka memerhatikan tingkahlaku orang sekeliling dan memimik aksi dan perbuatannya.

Apabila mereka melihat sesuatu, itu bukanlah renungan kosong semata-mata. Kebijaksanaannya sedang diasah!

Apabila bayi anda ada bersama bayi yang peramah dan gemar bermain, mereka cenderung untuk bermain juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan, apabila dia ada bersama bayi yang senyap, dia akan turut senyap. Wah, pandai sungguh dia menyesuaikan diri dengan orang sekeliling!

3. Pemuzik pintar

Sumber: The Asian Parent Singapore

Cuba anda perhatikan si kecil anda apabila muzik dipasang. Dia akan memberi fokus, mendengar, dan badannya akan mula bergoyang.

Bayi anda sememangnya lebih bijak dari yang anda sangka, terutamanya apabila didedahkan dengan muzik pada usia yang awal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pendedahan ini membantu untuk memperbaiki kemahiran komunikasi anak anda, dan menggalakkannya cepat bercakap!

4. Pakar bahasa

Pada usia yang kecil, apa sangatlah yang bayi anda tahu, kan? Tidak juga.

Cuba anda bersembang dengannya. Bukankah dia akan memberikan tindakbalas dengan mengeluarkan bunyi, tersenyum, malah ketawa?

Secara semulajadinya, bayi adalah pakar bahasa. Mereka boleh memahami bahasa berbeza yang diperkatakan pada mereka dengan cepat. Mengejutkan, bukan?

Ya, bayi anda memang bijak sebenarnya. Malah, dia mungkin akan membesar menjadi sepetah Dora mahupun Diego!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Bijak beremosi

Sumber: The Asian Parent Singapore

Bayi juga bijak dari segi hubungan emosi dengan orang yang rapat dengannya. Dia pandai memberi tindak balas berdasarkan emosi yang dipertontonkan kepadanya.

Sebab itulah, anda akan dapat melihat video yang terakam di mana apabila ibunya mengeluarkan bunyi orang menangis, dia akan turut menangis.

Dan, jika anda buat bunyi ketawa, dia akan turut tersenyum dan gelak. Comel dan bijak, bukan?

6. Cepat memahami maksud perkataan

Kalau anda hendak tahu, bayi anda juga mahir memahami maksud perkataan. Bagaimana bayi sekecil itu boleh mengetahui makna perkataan semuda itu?

Begini, apabila anda bercakap dengan bayi anda dan menunjukkan ke arah sesuatu objek, atau menunjukkan gambar objek tersebut, dia akan (dengan bijaknya, tanpa perlu diajar) mengaitkan perkataan yang didengari dengan objek tersebut.

Cuba anda sebut susu dan tunjukkan pada botol susu. Lambat laun, dia pasti akan tahu objek mana untuk diambil apabila anda sebut “susu”!

7. Inginkan keadilan

Sumber: The Asian Parent Singapore

Pada usia yang muda juga, bayi anda sudah faham erti keadilan. Contohnya, jika dia lihat anda makan, mulutnya juga pasti akan bergerak-gerak.

Baginya, ia tidak adil jika anda makan seorang. Kalau anda tidak memberikannya sedikit suapan, pasti dia akan merengek!

Bijak, kan?

8. Habuan dan hukuman

Ya, bayi bijak bukanlah sesuatu yang asing. Bayi anda sudah dapat memahami konsep habuan dan hukuman dari usia muda lagi.

Cuba anda buat aksi marah padanya, pasti dia tahu yang anda sedang memarahinya.

Cuba juga anda tepuk sedikit tangannya dengan mimik muka garang, dia akan menunjukkan aksi muka sedih, seolah-olah dia faham anda sedang “menghukumnya”.

Kalau anda tersenyum dan memberikannya susu, dia tahu pada ketika itu, dia sedang menerima habuan.

Jadi, dari menangis, dia akan menjadi tenang. Dan, dari muka masam, dia akan mula mengukir senyuman.

Jadi, ibu ayah sekalian, adakah anda faham sekarang bahawa bayi anda itu bijak orangnya?

Dia bukan sahaja comel, malah sudah cukup pandai untuk belajar dan berinteraksi dengan orang di sekelilingnya.

Sumber: The Asian Parent Singapore.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ini 10 Cara Ibu Boleh Buat Agar Bayi Bijak Sejak Dalam Kandungan Lagi!

Penulis

Noor