Ibu Ini Berjaya Mengepam 8 Gelen Bekalan Susu Badan! Bagaimana Dia Buat?

Ini kisah mengenai seorang ibu yang berjaya mengepam 8 gelen bekalan susu badan untuk anaknya! Apa yang dia buat? Ikuti tip di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau berjaya pam susu badan sebanyak 8 gelen!

Ibu ini – Nia Malika hanya mahukan yang terbaik untuk bayinya, Nora. Sebab itu dia sanggup mengumpul susu badan sebelum dia kembali bekerja.

Dan dia akhirnya berjaya mengepam 8 gelen susu badan!

Nia bertekad untuk memastikan anaknya mendapat susu yang mencukupi apabila dijaga oleh orang lain.

Bangga dengan usaha dan hasil yang telah dia perolehi, Nia dapat idea untuk mengatur semua beg susu beku di sekitar anaknya. 

Hasilnya adalah gambar yang menakjubkan ini dengan anak ditengah-tengah dan dikelilingi beg susu ibu dalam bentuk hati.

Gambar itu pada mulanya telah dikongsi di laman Facebook Breastfeeding Mama Talk, dan kini telah dikongsi ribuan orang.

Anda boleh lihat ia di bawah. Comel kan?

www.instagram.com/p/BYJNo_sDGkz/

Bagaimanakah dia berjaya menghasilkan susu badan yang begitu banyak?

Nia menjelaskan dia telah mengepam sebanyak 3 jam sekali, setiap hari, tanpa mengira masa. Dia juga akan mengepam pada malam-malam buta!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk memastikan badannya dapat menghasilkan susu yang mencukupi, dia makan banyak pelbagai makanan dan makanan ringan yang berkhasiat.

Untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu (galactagogues), dia makan makanan seperti oat untuk sarapan dan biskut laktasi.

Dia juga minum banyak air.

“Dalam masa dua bulan saya telah berjaya membekukan lebih 1000 auns susu ibu untuk Nora, sambil menyusuinya.” “Saya berniat untuk menghasilkan makanan terbaik yang diperlukan oleh anak saya dan saya percaya badan saya tahu tentang itu dan mampu melakukannya. “Orang selalu kata saya bernasib baik kerana dapat mengumpul bekalan susu ibu sebanyak ini. Tetapi saya akan memberitahu mereka yang sebenarnya saya tidak bernasib baik. Saya masih perlu berusaha keras untuk mendapat hasil ini dan saya akan terus melakukan apa saja untuk memastikan anak saya dapat makan.”

Gambar dia telah menerima banyak pujian dan menjadi inspirasi bagi ibu-ibu lain di seluruh dunia.

Dia juga telah memberi semangat kepada ibu-ibu lain yang turut sedang mengumpul susu ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Petua untuk ibu yang ingin meningkatkan bekalan susu

Jophia Bok, seorang jururawat laktasi di Singapura telah menyumbang banyak pengetahuannya kepada The Asianparent.

Dia adalah seorang “naturalis” yang percaya penghasilkan susu yang mencukupi bermula dengan diet yang sihat dan seimbang.

Walaubagaimanapun, jika seorang ibu benar-benar perlu meningkatkan bekalan susu, cuba makan makanan tertentu ini yang boleh membantu seperti:

  • Betik hijau dan sup ikan
  • Makanan laut
  • Abalone
  • Ikan maw
  • Sup ayam
  • Sup kacang merah
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sup betik hijau dan ikan untuk meningkatkan susu ibu

Jika makanan ini tak membantu, ubat supplement untuk meningkatkan pengeluaran susu ataupun “teh susu” yang sedia ada di farmasi dan kedai kesihatan juga boleh anda cuba.

Jophia, bagaimanapun, tidak menyarankan anda makan makanan dengan halba kerana ia boleh menyebabkan gangguan perut kembung, sembelit, najis yang sangat berair dan refluks untuk bayi muda.

Power pumping juga satu cara lain yang efektif untuk meningkatkan bekalan susu ibu dengan mengepam payudara ibu berulang kali.

Ibu-ibu yang ingin mencuba kaedah ini perlu mengepam secara berterusan selama 20 minit, rehat untuk 10 minir seterusnya, pam lagi selama 10 minit, berehat selama 10 minit dan pam selama 10 minit sebelum berhenti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini boleh dilakukan 2-3 kali sehari jika anda sedang mengepam secara eksklusif.

Jom kita cuba sama-sama, ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

Ibu Ini Mengepam Susu Badan Secara Eksklusif Selama Setahun, Dia Kongsi Suka Dukanya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio