8 Sebab Mengapa Wanita Boleh Putus Haid Lebih Awal Dan Cara Mengelaknya

Setiap wanita pasti akan putus haid, cuma lambat atau cepat sahaja. Tapi apakah faktor yang menyebabkan wanita putus haid awal? Berikut adalah antara sebab dan cara mengatasinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap wanita akan putus haid satu hari nanti, tapi fasa ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Ada wanita yang putus haid lebih awal daripada wanita lain, tapi apakah sebabnya?

Tanda-tanda seperti berpeluh serta mood yang tidak tentu, semuanya menunjukkan wanita akan putus haid tidak lama lagi.

Fasa ini biasanya berlaku apabila wanita dalam usia lingkungan 41 hingga 55 tahun. Tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan seorang wanita putus haid lebih awal dari jangkaan. 

American Pregnancy Association mendapati 1 dalam 1,000 wanita di antara umur 15 – 29 tahun dan 1 dalam 100 wanita di antara umur 30 – 39 tahun telah putus haid lebih awal.

Apakah tanda-tanda putus haid awal?

Tanda-tandanya hampir sama dengan wanita putus haid:

  • kitaran haid yang tidak teratur atau tidak datang haid
  • haid yang lebih ringan atau lebih banyak dari biasa
  • berpeluh-peluh
  • faraj, kulit, mata, atau mulut yang kekeringan
  • perubahan mood atau perubahan emosi
  • kawalan kencing yang teruk
  • nafsu untuk seks semakin menurun atau tidak wujud
  • insomnia

Wanita yang putus haid terlalu awal akan menghadapi masalah untuk hamil dan juga meningkatkan risiko osteoporosis, kanser ovari/usus, masalah katarak dan gusi. 

Ini disebabkan hormon estrogen yang semakin berkurang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di bawah kami theAsianparent Malaysia menyenaraikan 8 sebab mengapa wanita boleh putus haid lebih awal daripada jangkaan:

1. Merokok

Kajian mendapati wanita yang merokok boleh putus haid 1 – 2 tahun lebih awal daripada mereka yang tidak merokok. 

Toksin yang terdapat dalam tembakau dan rokok mampu menghalang fungsi hormon pembiakan, seperti estrogen.

2. Ubat-ubat hormon

Ubat-ubat yang diambil untuk mengawal atau mengurangkan estrogren seperti Tamoxifen, boleh menyebabkan wanita putus haid lebih awal. Ubat ini biasanya diberi kepada pesakit kanser payudara

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Sejarah sawan

Kajian mendapati wanita dengan catamenial epilepsy (sawan yang dicetuskan oleh kitaran haid) atau sawan mempunyai risiko putus haid lebih awal. 

Penemuan ini dikaitkan dengan kesan sawan pada hipotalamus atau kelenjar pituitari otak, tapi lebih banyak data diperlukan untuk membuktikan ini.

4. Masalah tiroid

Wanita dengan masalah tiroid juga mempunyai hormon yang tidak stabil dan ini menyebabkan mereka berisiko menopaus pramatang. 

Bahkan tanda-tanda hipotiroidisme sama dengan tanda-tanda wanita putus haid dan rawatan untuk masalah tiroid didapati boleh melambatkan menopaus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Pembedahan

Sekiranya anda pernah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ovari (oophorectomy tunggal) atau rahim (histerektomi), badan anda akan kekurangan estrogen dan progesteron.

Ini boleh menyebabkan menopaus pramatang. Walaubagaimanapun, jika kedua-dua ovari anda dikeluarkan, anda akan menopaus serta merta.

Jenis-jenis pembedahan histerektomi. Sumber:MedlinePlus

6. Kemoterapi

Kemoterapi dan rawatan radiasi boleh merosakkan tisu-tisu ovari serta meningkatkan risiko anda putus haid lebih awal.

Artikel berkaitan: Adakah Rawatan Kemoterapi Memberi Kesan Pada Kesuburan Wanita?

7. Keabnormalan kromosom

Menopaus pramatang lebih cenderung berlaku pada mereka yang dilahirkan dengan kecacatan kromosom yang menjejaskan fungsi pembiakan, seperti sindrom Turner yang mengakibatkan pembentukan ovari yang kurang baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Penyakit autoimun

Apabila wanita menghidap penyakit autoimun, sistem imun badan akan keliru dan boleh menyerang badan sendiri.

Dalam beberapa kes, seperti rheumatoid arthritis, ia juga boleh menyerang tisu ovari dan mengakibatkan menopaus awal.

Bagaimana untuk mengelak hal ini daripada berlaku?

Walaupun tidak semua kes putus haid awal boleh dicegah, namun berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini:

  • Berhenti merokok
  • Kerapkan bersenam
  • Kekalkan berat badan yang sihat
  • Gunakan produk bebas hormon serta produk penjagaan kulit organik
  • Makan makanan organik dan sihat
  • Elakkan makanan yang diproses

Benarkah dengan kerap melakukan seks dapat melambatkan proses menopaus?

Tiada kajian yang terperinci dalam perkara ini, tetapi pengkaji dari University College London, Megan Arnot, mempunyai beberapa teori. “Mungkin wanita yang perimenopause tidak merasa ingin melakukan hubungan seks,” katanya. Tetapi, dia menambah, “Mungkin ada pertukaran antara ovulasi dan berhenti yang berterusan.” Dengan kata lain, jika anda tidak melakukan hubungan seks, maka anda tidak akan hamil, Arnot menunjukkan, “begitu tidak ada gunanya menjaga fungsi ovulasi. “

Ovulasi juga memerlukan banyak tenaga dari badan, dan itu dapat menurunkan fungsi imun, kata Arnot. “Jadi mungkin ada titik hidup di mana lebih baik berhenti ovulasi dan melaburkan tenaga anda di tempat lain jika anda tidak akan mempunyai bayi (kerana anda tidak melakukan hubungan seks),” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: HealthlineAmerican Pregnancy AssociationBBC Health dan Epilepsy.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ini 5 Faktor Penting Yang Boleh Jejaskan Kesuburan Wanita

Penulis

Rosanna Chio