Anak Kerap Mengamuk Tiba-Tiba? Cuba Sebut 9 Ayat Ini Pada Mereka

Anak suka mengamuk tiba-tiba? Di tempat awam pula itu! Cuba sebut 9 ayat ini dengan tenang untuk menenteramkan anak-anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak menangis dan mengamuk tanpa sebab yang pasti di tempat awam? Semua ibu bapa pasti pernah melalui pengalaman ini. Jika hari ini anda bukan ibu bapa dengan anak yang mengamuk, esok mungkin sampai giliran anda.

Perangai “mengamuk” atau tantrum tak boleh dipisahkan daripada kanak-kanak. Ia sebahagian daripada proses membesar.

Ray Levy, seorang pakar psikologi klinikal dan pengarang buku menjelaskan –

Kanak-kanak – yang berusia dalam lingkungan umur setahun hingga 4 tahun, akan sering mengamuk kerana mereka masih dalam proses mempelajari kemahiran menyelesaikan masalah. Oleh itu, mereka akan mengamuk jika “gagal“.”

Tapi, kami di sini ingin membantu anda! Kami cadangkan anda guna taktik “ucapan” untuk menenteramkan mereka. Cuba sebut 9 ayat yang disarankan pakar di bawah untuk menangani situasi tantrum. Anda juga boleh mencuba satu soalan ini, yang dikatakan berkesan untuk menenangkan anak mengamuk.

9 Ayat Yang Disarankan Pakar 

1. “Saya tahu kamu nak itu, tapi…”

Salah satu cara paling berkesan untuk menenteramkan anak yang mengamuk ialah dengan mengakui anda faham apa yang mereka rasa.

Oleh itu, cuba helah ini – terangkan yang anda tahu apa si dia mahukan. Ia menyampaikan mesej yang anda faham dan terima perasaan marah mereka. Janet Lansbury, pakar keibubapaan menjelaskan tindakan tersebut boleh membuatkan kanak-kanak berhenti mengamuk.

Cuba cakap – “Ibu tahu kamu nak aiskrim. Tapi kita takkan makan aiskrim sebelum makan malam.

2. “Apa itu?”

KidsHealth menyarankan ibu bapa mengambil kesempatan untuk menenangkan anak yang mengamuk dengan mengalihkan tumpuan mereka. Kanak-kanak memiliki span tumpuan yang masih singkat. Jadi, cuba anda sebut ayat ini sebelum beri mereka sebarang permainan yang menarik, atau patung kegemaran mereka.

Pastikan anda nampak macam “teruja” ketika cakap ayat ini. Barulah mereka boleh mengalihkan perhatian. Jangan ingat mereka tak pandai baca anda hanya berlakon!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. “Tunjukkan pada ibu.”

Teknik ini mungkin tak berkesan bagi kanak-kanak yang semakin membesar, jelas Dr Jay Hoecker. Tapi, untuk kanak-kanak yang masih kecil (dalam lingkungan 1 hingga 3 tahun), ia amat berkesan.

Semuanya sebab kanak-kanak ketika ini memiliki perbendaharaan kata yang terhad. Mungkin mereka marah akan “sesuatu” dan tak boleh menyebut perkataan itu. Jadi minta mereka tunjukkan pada anda. 

4. “Adakah itu….”

Taktiknya di sini anda sebagai ibu bapa harus berlakon! Caranya begini, ketika anak anda mengamuk, cuba hampiri mereka dan berlakon dengan mata juling. Sambil itu, cuba sebut ayat ini dan tunjukkan pada sesuatu yang jauh. 

Contoh – “Adakah itu…. dinasour?” dengan mata juling anda. Kemudian ketawa. 

5. “Biar ibu yang pakai!”

Bayangkan anda di rumah dengan anak yang sedang menahan marah di mukanya. Dia enggan memakai lampin pakai buang. Daripada anda memaksa si manja, cuba bertindak lucu dengan mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begini. Cuba sebut – “Kalau kamu taknak pakai, biar ibu yang pakai lah!” sambil letak lampin pakai buang itu di atas kepala anda. Buat bunyi bising yang pelik atau kentut. Mereka pasti akan ketawa dan lupa amarah mereka tadi.

6. “Kamu lapar/penat/mengantuk?”

Lapar dan kepenatan adalah dua punca utama mengapa kanak-kanak mengamuk dan membuat perangai. Pastikan mereka tak kelaparan, kepenatan atau mengamuk. Kalau tak…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. “Jom kita keluar.”

Jika anda di restoran atau dalam kedai ketika anak membuat perangai, perkara paling terbaik adalah bawa mereka keluar. Menjauhkan kanak-kanak daripada punca atau situasi yang menyebabkan dia mengamuk mampu menenangkan mereka.

8. Cakap pada diri anda – “Anak saya perlukan pelukan.”

Ada 7 sebab mengapa anda perlu memeluk si manja bila mereka mengamuk! Walaupun memang susah nak fikir untuk “peluk mereka” jika mereka buat perangai dan menangis dengan teruk. Tapi, pelukan seorang ibu mampu menenangkan mereka. Mereka akan belajar dengan lebih baik melalui kasih sayang.

9. “…..”

Jangan hirau. Biar anak itu mengamuk. Memang anda perlu kesabaran yang tinggi untuk tidak menghiraukan si manja. Tapi, itu saja yang boleh anda buat. Tiada apa yang boleh membantu menenangkan mereka. Hanya mereka saja yang akan tenang sendiri. Tunggu sehingga mereka bertenang, lalu cakap dengannya. 

Kadang-kadang, kanak-kanak akan “mengumpan” ibu bapa dengan perangai mengamuk untuk mendapatkan sesuatu. Jangan jatuh dalam umpan ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber rujukan: Parents, KidsHealth, JanetLansbury.com dan What to Expect

Penulis

Ayu Idris