Ibu bapa selalu pening kepala memikirkan kebersihan anak kerana karenah mereka yang kadang kala menjijikkan seperti suka mengorek hidung. Namun, ada juga cara menjaga kebersihan pekarangan rumah yang salah dan selalu sangat anda buat.
Ibu bapa akan bertambah pening jika berlakunya laporan jangkitan tangan, kaki dan mulut HFMD berhampiran sekolah ataupun rumah.
Tapi, apakah standard kebersihan ibu bapa masing-masing?
Tahukah anda jika ibu bapa terlampau menjaga kebersihan anak, ia boleh memudaratkan mereka?
Ha… dan sebenarnya ada 9 jenis langkah kebersihan yang kita selalu buat salah! Oleh sebab kesalahan kita ini, anak-anak terbuka untuk jatuh sakit.
Jom semak apakah 9 langkah kebersihan yang salah tersebut:
Cara Menjaga Kebersihan Pekarangan Rumah Yang Salah Dan Sering Anda Buat!
#1 Jangan anggap rumah macam hospital
Hospital perlu mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi supaya jangkitan tak merebak kepada pesakit yang mungkin mempunyai imuniti yang lemah.
Tapi, rumah anda tak perlu bersih seperti hospital – saran Dr. Jack Gilbert, salah seorang pengarang buku Dirt Is Good.
“Rumah yang bebas dari kuman mengurangkan peluang pendedahan mikrob yang boleh merangsang dan menguatkan sistem imun anak anda.”
#2 Bayi anda bukannya kotor sangat
Tahukah anda yang bayi boleh mengalami kerosakan kulit jika menggunakan sabun yang terlalu banyak dan digosok terlalu kuat?
Menurut Dr. Gilbert, “Kadang-kadang adalah lebih baik untuk mencuci badan mereka dengan menggunakan kain lembap dan membasuh kemaluan dengan air sahaja.
#3 Anda tak perlu mensterilkan puting anak setiap masa
Puting anak telah jatuh ke lantai semula dan anda tidak ada puting spare yang bersih?
Jangan bimbang. Merendam puting dalam air panas memang memberi kesan yang sama, tapi rangsangan mikrob boleh menyumbang sistem imun yang lebih kuat, kata Dr Gilbert.
Lain kali jika puting anak jatuh, ibu bapa boleh menggunakan mulut sendiri untuk menjilat puting itu sebelum memasukkannya semula ke dalam mulut bayi.
#4 Peraturan 5 saat jatuh tak apa itu mitos sahaja!
Mikrob memerlukan masa sebanyak beberapa milisaat sahaja untuk melekatkan pada sekeping roti dan memberi bakteria.
Memberi makanan yang telah disteril tidak akan mengurangkan jangkitan, namun ia boleh mengurangkan pendedahan anak dengan jangkitan, dan melemahkan sistem imun mereka.
#5 Air dan sabun untuk kebersihan anak
Anda tak perlu menggunakan tisu basah antiseptik setiap kali anak anda balik dari bermain.
Sedikit kekotoran sebenarnya lebih baik untuk mereka dan mereka hanya perlu mencuci tangan and muka apabila pulang bermain.
Membersihkan anak dengan menggunakan air yang suam dan sabun adalah pilihan jangka lama yang lebih baik!
#6 Jangan mengamuk kalau anak dijilat anjing
Apabila anjing belaan memberi ciuman basah kepada anak, naluri pertama anda pasti nak mandikan anak dengan segera.
Cop dulu : “Interaksi fizikal kanak-kanak di bawah umur 1 dengan anjing mengurangkan kemungkinan mereka mengalami asma sebanyak 13 %,” kata Dr. Gilbert.
Jadi, anda janganlah gelabah sangat bila anjing jilat anak anda, ya!
#7 Bukalah tingkap
Udara segar sangat baik! Menurut Dr Gilbert, banyak faedah jika anda mematikan penyaman udara dan membuka tingkap dari masa ke semasa.
Perbuatan itu sebenarnya memberi peluang pada mikrob dan debu dari bilik keluar, dan mikrob alam semulajadi masuk dalam rumah.
Hmmm… memandangkan sekarang musim jerebu, mungkin lebih baik tutup tingkap, kan? Sama juga jika anda tinggal di kawasan tercemar, atau di sebelah lebuh raya.”
#8 Pertimbangkan cara anda membersihkan rumah
Semua orang ingat kalau mereka lap dapur dengan tisu basah Clorox, dapur mereka akan bebas kuman.
Selepas anda lap permukaan dapur dengan tisu basah, anda terus buang tisu dan lap kering permukaan dengan kain. Kan?
Tapi sebenarnya… peluntur perlu ada dalam keadaan basah dan bersentuhan dengan permukaan lebih dari 8 minit untuk berkesan.
Jadi, buat apa nak susah-susah? Lap saja dengan air dan sabun biasa. Itu pun sudah cukup berkesan.
#9 Tak perlu beli Air Filter yang canggih
Ingin menjimatkan wang? Tak payahlah beli air filter yang canggih itu!
Dr Gilbert mengulas – jika ahli keluarga tak ada alergi yang mengancam nyawa, anda sebenarnya tak perlu pun air filter yang harga beribu ringgit itu.
Penapis udara murah yang boleh menapis zarah-zarah besar sudah cukup dan boleh membantu sistem penghawa dingin untuk berfungsi dengan lebih cekap.
Ha… macam mana? Ada ke langkah-langkah kebersihan dalam senarai ini yang anda buat? Ingat, ya! Menurut pakar, langkah kebersihan yang kita selalu amalkan ini salah.
Ia mungkin punca kenapa anak anda selalu sakit. Jadi… jom kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Mari sama-sama kita menjaga kebersihan rumah dengan sebetulnya, sambil menjaga kesihatan si manja.
Goodluck ibu bapa semua!
Sumber: Reader’s Digest
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtips-kemas-rumah-ibu-sibuk-kerja/