Memberhentikan kanak-kanak daripada menghisap puting adalah satu cabaran bagi ibu bapa dan ia sering dibincangkan di pelbagai forum ibu-bapa.
Ya, walaupun terdapat beberapa kebaikan menghisap puting; seperti menenangkan anak atau membolehkan anak untuk tidur dengan lena, tabiat puting anak anda, akhirnya harus diberhentikan juga.
Pacifiers (puting), juga dikenali sebagai “soothers”, “Nuks”, dan “dummies” (bergantung kepada lokasi anda di dunia) boleh menjadi penyelamat anda ketika bayi anda masih kecil.
Walaubagaimanapun, yang pasti, kanak-kanak perlu diberhentikan daripada menghisap puting.
Jangan stress, Mama sekalian.
Sekiranya anda berfikir sudah tiba masanya untuk anak kecil anda untuk berhenti menghisap puting, kami mempunyai cadangan yang akan membantu anda menjadikannya satu proses yang tidak akan membuat anda rasa tertekan!
Kami telah meminta pengikut Facebook untuk memberikan nasihat mereka mengenai topik ini, dan telah mengumpulkan semua tip terbaik daripada mereka!
Pertama sekali, terdapat sokongan yang berterusan daripada para ibu di luar sana untuk terus menggunakan pacifier (puting) , dan, untuk membiarkan anak kecil itu berhenti dengan sendiri.
Kami akan kongsikan beberapa coretan mereka dengan anda:
- Seorang pembaca berkata, “Doktor kami memberitahu kami bahawa bayi menggunakan puting mereka sama seperti kami menggunakan bantal kami sendiri.” Ia menenangkan mereka, jadi tunggu sehingga mereka menjangkau umur 1 tahun untuk membuangnya.
- Pacifiers (puting) digunakan untuk melindungi bayi dari sindrom kematian bayi secara tiba-tiba.
- Kebanyakan bayi sukakan pacifier (puting) kerana ia menenangkan mereka. Tetapi, jika bayi anda terbangun berkali-kali setiap malam, sebelum anda meletakkan semula puting ke dalam mulutnya, anda harus melihat jika anak anda sebenarnya lapar.
- Jika bayi anda kehilangan putingnya pada waktu malam, cubalah tinggalkan beberapa puting di dalam katil bayi. Dengan cara itu, mereka boleh mencapai dan menghisap satu lagi.
Tetapi jika anda telah memutuskan bahawa telah tiba masanya untuk menghentikan tabiat puting anak anda, teruskan membaca…
Bagaimana Membuang Tabiat Hisap Puting:
Setiap tip berikut adalah daripada pembaca dan ibu-ibu di luar sana…
- Gunakan puting hanya pada waktu malam: Simpan mangkuk kecil di sudut katil mereka. Ajar anak anda untuk meletakkan puting di dalamnya apabila mereka keluar dari katil. Ini membantu anak anda mengaitkan puting itu dengan masa tidur. Ia juga membantu mereka mengetahui di mana untuk mencari puting itu jika mereka kehilangannya pada waktu malam.
- Benarkan menghisap puting hanya pada beberapa ketika di waktu tidur siang dan waktu tidur malam.
- Sebaik sahaja anak anda sedang tidur, keluarkan puting dari mulutnya.
- Semasa dalam proses untuk memberhentikan anak anda menghisap puting, letakkan semua puting di tempat yang susah dicapai supaya anda tidak akan memberikannya kepada anak anda.
- Beberapa hari pertama mungkin sukar. Jangan mengalah! Dalam masa 3 hari, kebiasaan itu akan berhenti .
- Gosokkan punggung atau perutnya ketika anak anda merengek semasa tidur. Selalunya dia akan berhenti menangis tanpa bangun dari tidurnya.
- Sekiranya anak anda sudah cukup berusia untuk mempunyai selimut di dalam katilnya, berikan selimut ringan atau anak patung yang lembut yang dapat menenangkannya. Setiap kali dia menangis mencari puting, usap belakangnya, kepalanya dan letakkan patung lembut itu di tangannya. Ini boleh mengambil masa sehingga beberapa malam tetapi ia akan berkesan.
- Beritahu mereka bahawa kucing anda telah mengambilnya… hehehe 😉
- Cara yang sangat popular adalah untuk menjahit puting pada patung lembut. Pertimbangkan untuk menunggu sehingga mereka sudah cukup berusia untuk berhenti tidur siang, kerana ia secara amnya dikaitkan dengan “masa menghisap puting”.
- Cuba minyak Essential. Gunakan satu atau dua titik Young Living Valor pada sarung kaki mereka atau pada mainan patung atau selimut yang mereka gunakan semasa tidur. Ia dapat membantu menenangkan si kecil anda (seperti yang puting mampu buat!)
- Beli mainan yang sangat istimewa untuk dipeluk semasa waktu tidur – mainan puteri baru atau mainan superhero yang sangat bagus untuk dipeluk.
- Berikan mereka secawan susu suam sebelum tidur.
- Letakkan lampu malam di dalam bilik mereka, dan berikan mereka bantal istimewa untuk digunakan.
- Cuba carta pelekat. Beri mereka pelekat setiap kali mereka bangun pada waktu pagi tanpa menangis pada waktu tidur.
- Baca buku, seperti “Bye Bye Binky” oleh Brigette Weninger atau “Bea Gives Up Her Pacifier” oleh Jenny Album supaya si kecil anda faham.
- Potong bahagian atas puting itu, dan biarkan mereka memegang bahagian plastik dari pacifier. Bila dipotong, rasa berangin itu akan memberikan rasa…tak best!
- Biarkan mereka mendengar bacaan buku cerita pada pita, sebelum tidur, untuk membantu mereka memberi tumpuan kepada buku itu dan bukan pada puting.
Dan cara nombor satu untuk membuatkan anak anda melepaskan putingnya:
“Saya menerima tip ini puluhan kali, dan ramai ibu bapa telah berjaya dengan helah mudah ini. Malah, keluarga pengasuh anak saya sendiri telah melakukannya, dan ia berkesan!”
Untuk membuatkan anak anda melepaskan puting itu, potong lubang kecil di hujung puting.
Apabila anak anda menghisapnya, ia tidak akan memberikan sedutan atau kepuasan yang sama.
Apabila puting itu tidak memberikan keselesaan atau kepuasan, kanak-kanak itu akan kehilangan minat terhadapnya!
Mudah-mudahan satu daripada cadangan-cadangan ini akan membantu anda untuk membuatkan proses memberhentikan anak anda dari menghisap puting lebih mudah dan tanpa tekanan bagi anda dan juga anak anda.
Akhir sekali, ingatlah untuk bersabar.
Semoga berjaya!
Rencana diterjemah daripada Happy Hooligans.
Baca juga:
Sebelum Beri Anak Hisap Puting Kosong, Ibu Pastikan Ikut 7 Persediaan Penting Ini
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!