Abang Bas Berjaya Kumpul RM40,000, Bayar Ikat Jamin Hasil Derma Orang Ramai

Abang bas didakwa tiga pertuduhan secara keseluruhan termasuk dua daripadanya dengan keseluruhan ikat jamin RM40,000 berjaya mengumpulkannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Abang bas didakwa tiga pertuduhan secara keseluruhan termasuk dua daripadanya dengan keseluruhan ikat jamin RM40,000 berjaya mengutip jumlah diperlukan dan tabung berkenaan kini ditutup.

Abang Bas Berjaya Kumpul Wang Ikat Jamin

Menerusi laporan Kosmo! online, abang bas didakwa didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak dan membuat hantaran jelik boleh dijamin keluarganya semalam. 

Peguamnya, Umar Zulkarnain memaklumkan keluarga tertuduh berjaya mengumpulkan dana bagi membayar jumlah jaminan keseluruhan sebanyak RM40,000 yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Muar dan Mahkamah Sesyen Batu Pahat.

Mewakili seluruh keluarga, kakaknya Zarina Sari menerusi Facebook menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan daripada pelbagai pihak itu.

“Semoga infaq dari kalian digantikan dengan sebesar-besar ganjaran pahala dunia dan akhirat dari Allah. Kami akan update dari semasa ke semasa proses perbicaraan abang bas nanti.

“Saya Zarina Sari wakil dari pihak keluarga abang bas memohon maaf sekiranya terdapat syak wasangka, ragu-ragu atau perkara-perkara yang tak menyenangkan sepanjang kes Abang bas ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Semoga kalian terus mendoakan abang bas dibebaskan daripada pertuduhan ini dan dapat menjalani kehidupan hariannya seperti sediakala,” katanya.

Ciri-Ciri Pedofilia

Pedofilia adalah keadaan di mana seseorang mempunyai minat seksual yang kuat dan berulang terhadap kanak-kanak yang belum mencapai usia matang.

Ini adalah isu yang sangat serius dan sensitif. Penting untuk diingat bahawa pedofilia adalah keadaan psikologi dan bukan perilaku yang diterima atau dibenarkan.

Berikut adalah beberapa ciri atau tanda yang sering dikaitkan dengan pedofilia, tetapi diagnosis atau penilaian harus dilakukan oleh profesional kesihatan mental:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1.Minat Seksual Yang Berulang

Minat seksual yang kuat dan berulang terhadap kanak-kanak, terutama yang belum mencapai usia matang.

2.Fokus Pada Kanak-Kanak

Mempunyai minat atau keterlibatan yang tidak wajar dengan kanak-kanak, seperti menghabiskan banyak masa di tempat di mana kanak-kanak berada, atau terlibat dalam aktiviti yang melibatkan kanak-kanak.

3.Perilaku Berlebihan

Melakukan tindakan yang menunjukkan minat yang tidak sesuai, seperti menghantar mesej atau hadiah kepada kanak-kanak atau cuba menjalin hubungan yang tidak sesuai dengan kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

4.Menyimpan Bahan Berkaitan Kanak-Kanak

Menyimpan atau mengakses bahan yang berkaitan dengan pornografi kanak-kanak atau kandungan yang eksplisit mengenai kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5.Mencari Kesempatan

Berusaha untuk mendapatkan kesempatan untuk berada dekat dengan kanak-kanak dalam situasi yang tidak sesuai, seperti menjadi sukarelawan di tempat-tempat yang melibatkan kanak-kanak.

Penting untuk diingat bahawa seseorang mungkin tidak menunjukkan semua tanda ini, dan banyak orang yang terlibat dalam aktiviti yang melibatkan kanak-kanak tidak mempunyai kecenderungan tersebut.

Jika anda atau seseorang yang anda kenal menunjukkan tanda-tanda yang mencurigakan, adalah sangat penting untuk mendapatkan bantuan daripada profesional kesihatan mental.

Kosmo!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kes ‘Abang Bas’, Ketahui Jenis Jenayah Seksual Kanak-Kanak Yang Menjadi Kesalahan

Baca juga: Nak cegah penderaan seksual pada kanak-kanak bermula dari rumah – parents buat tak langkah ini?

Baca juga: Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Penulis

Lala Annuar