Dapat Jemputan Ke Rumah Terbuka? Jangan Lupa Ajar Anak Adab Beraya Ke Rumah Orang Terlebih Dahulu

Adab beraya semakin hari semakin dilupakan. Didiklah anak anda untuk sentiasa beradab sewaktu berkunjung ke rumah orang lain di hari Raya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adab beraya perlu ditekankan oleh ibu bapa kepada anak-anak seawal yang mungkin. Kalau tidak, boleh haru biru sekiranya anda bertandang ke rumah orang lain sewaktu hari Raya dan anak anda memperlakukan rumah tersebut macam rumah sendiri.

Dengan didikan seawal yang mungkin kepada anak anda, barulah ibu bapa boleh beraya dengan tenang apabila beraya nanti. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Adab beraya yang perlu ibu bapa tekankan kepada anak-anak

Adab beraya yang perlu ibu bapa tekankan kepada anak-anak

#1. Didik anak dengan mengajar mereka

Kadang-kadang, kalau anda terus sahaja sergah anak atas kesalahan yang mereka lakukan, susah mereka nak terima. Sebab itulah pentingnya untuk anda didik anak anda terlebih dahulu mengenai adab beraya yang betul. 

Ini bagi membantu mereka mengenal mana yang betul dan mana yang salah dilakukan. Seperti tidak boleh berlari-lari di rumah orang, itu bukanlah adab beraya yang dituntut.

#2. Didik anak agar tahu batas dan jaga diri

Bila cakap pasal anak-anak ini terutamanya yang masih kecil memang lagak dan tabiatnya sejenis susah nak duduk diam. Terutamanya kalau datang ke rumah orang beraya, memang diperlakukan rumah orang lain seperti rumah sendiri. Bisingnya lagi tidak usah cakaplah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disinilah ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan mendidik anak agar tahu menjaga batas sewaktu berada di rumah orang. Menjaga diri juga merupakan satu adab raya yang harus ditekankan oleh ibu bapa agar anak tahu apa yang boleh dilakukan.

#3.  Ingatkan anak adab beraya dengan meminta kebenaran tuan rumah 

Ini antara adab beraya yang penting yang perlu ibu bapa terapkan kepada anak-anak. Anak-anak harus minta kebenaran tuan rumah dahulu sebelum berbuat apa-apa. Memang tidak manis kan kalau tiba-tiba sahaja anak anda menjengah ke dapur mengambil makanan atau minuman, atau mengusik barang tuan rumah? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anak anda nak meminjam barang tuan rumah sekali pun, pastikan anda mendidik anak anda untuk sentiasa bertanyakan tuan rumah. 

Adab datang mengunjung rumah tetamu seharusnya dipupuk agar ia terpelihara sepanjang zaman. Saban tahun, adab beraya semakin dilupakan. Didiklah anak-anak sentiasa mengutamakan orang tua dan menghormati tuan rumah.

Semoga raya anda kali ini disambut dengan penuh makna. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:  Letih Juga Kalau Tiap Tahun Bergaduh Nak Balik Beraya Mana, Ini 3 Faktor Yang Boleh Diutamakan

Baca Juga: Selesaikan Awal Giliran Beraya Suami Isteri, Pastikan Ia Adil & Fleksibel Elak Perbalahan

Baca Juga: Tips beraya dengan anak-anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman