Bila Anak Kecil Bahasa Kau Aku Dengan Ibunya, Doktor Ini Tergamam Dibuatnya! Adab Berkomunikasi Sepatutnya Diterapkan Oleh Ibu Bapa

Sebenarnya adab berkomunikasi itu mula dari rumah di antara ibu ayah dan anak. Dari situ anak akan ikut dan contohi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anda mengalami atau terlihat akan cara seseorang anak kecil membahasakan dirinya kau aku dengan ibu bapanya? Situasi ini sebenarnya menunjukkan yang adab berkomunikasi antara ibu bapa dan anak itu tidak diterapkan dengan baik di rumah.

Menurut sebuah perkongsian oleh Doktor Redza Zainol, dia mendedahkan akan sebuah percakapan di antara seorang anak dengan ibunya di hadapannya. “Aku sakitlah. Aku tak selesa. Kau faham tak?”

Kata-kata itulah yang keluar dari mulut seorang anak kecil terhadap ibunya yang mana pada ketika itu menjadi pesakit kepada Doktor Redza yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Sejurus itu si ibu membalas, “Kau buat perangai macam ni, aku nak balik. Aku telefon ayah kau. Aku nak balik. Biar ayah kau jaga.”

Kemudian jawapan si ibu itu dibalas semula oleh anaknya, “Aku sakit. Aku tak selesa!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Benar kata-kata itu membuatkan Doktor Redza, pakar pediatrik itu tergamam dibuatnya, tidak terkata dengan adab berkomunikasi di antara ibu dan anak itu.

Dikatakan juga menerusi perkongsian itu, anak tersebut baru sahaja darjah 1. Kanak-kanak itu dimasukkan ke wad atas sebab sukar bernafas akibat paru-parunya dijangkiti kuman yang agak teruk.

Kongsi doktor itu lagi yang barisan doktor yang merawat kanak-kanak itu perlu memakaikan tiub pernafasan yang lebih besar pada hidungnya. Pada ketika itu, kanak-kanak itu juga dikatakan meronta-ronta tidak selesa. 

Dek kerana itu, Doktor Redza yang bertugas datang kepadanya dan mengusap kepalanya sambil berkata, “Abang tak selesa ya? Kesian abang. Kat sini tak selesa ya?”

Kanak-kanak itu menjawab dengan hanya menganggukkan kepalanya sambil menunjukkan pada dadanya. Doktor tersebut cuba untuk menenangkannya lagi dengan berkata, “Semua orang kat sini sayang abang. Mak, ayah, doktor, jururawat, semua sayang. Kita nak tolong abang jadi sihat.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lama kelamaan kanak-kanak itu kian tenang dan tidak lagi beremosi marah. Dari situ, jelas kelihatan yang mana kuncinya adalah dia hanya ingin didengari akan kesakitannya.

Menurut Doktor Redza, sejak kanak-kanak itu di rumah dan sampailah ke wad, tiada siapa yang ingin mendengar akan apa yang dia rasakan. Namun, apabila ada orang yang mendengar sepenuh hati akan apa yang dia rasakan, kanak-kanak itu secara tak langsung dapat merasakan yang benar-benar ada orang disekelilingnya yang kisah akan kesakitannya.

Jelas doktor pakar kanak-kanak itu lagi, anak itu hanya mahu disayangi. Namun, tidak dinafikan yang bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak itu tidak disenangi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh jadi sebenarnya dari mana dia pelajari akan bahasa sedemikian rupa adalah apabila mendengar adab berkomunikasi antara ibu dan ayahnya. Adab ketika ibu ayah bercakap satu sama lain, adab kita ibu ayah berkomunikasi dengan anak, semua itu akan jadi satu kesan besar terhadap anak kecil tersebut kelak.

Jadi, setiap apa yang dia lalui dan alami akan diserap terus ke dalam mindanya. Dan pada akhirnya, kita akan lihat situasi sebegini. 

Dari sini apa yang kita belajar adalah ibu ayah perlu berjaga-jaga dalam adab berkomunikasi. Tunjukkan contoh yang baik kerana anak kecil sememangnya mudah untuk menyerap dan mempelajari segala apa yang dipertontonkan kepadanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan Bahaya Adab Berkomunikasi Di Rumah Tidak Terjaga

Doktor Redza turut berkongsi akan apakah impak yang akan terjadi apabila adab berkomunikasi di rumah itu tidak dijaga:

  • Gemar mengejek percakapan
  • Selalu bercakap dengan nada suara tinggi
  • Tidak segan untuk mencarut
  • Matanya melilau dan tiada ‘eye-contact’
  • Kerap bergaduh
  • Tidak pandai berkawan
  • Susah ucap terima kasih
  • Sukar meminta maaf

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat ibu ayah di luar sana.

Instagram Doktor Redza Zainol

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 15 Adab Dengan Orang Tua Yang Anak-Anak Akan Cepat Tiru, Ibu Ayah Kena Selalu Jaga!

Baca juga: Adab Keluar Rumah Kalau Ada Anak Kecil Untuk Elak Gangguan, Ibu Ayah Sila Take Noted!

Baca juga: Ibu Ayah Wajib Ajar Anak Adab Di Meja Makan Sejak Bayi, Ini Sebabnya Menurut Pakar

Penulis

Farhana Fuad