15 Adab Dengan Orang Tua Yang Anak-Anak Akan Cepat Tiru, Ibu Ayah Kena Selalu Jaga!

Adab dengan orang tua perlu dijaga, lebih-lebih lagi jika anda yang mempunyai anak kecil. Mereka mudah terikut-ikut dengan apa yang dilihat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah adalah contoh terbaik untuk anak-anak. Apa sahaja yang anda lakukan di hadapan anak, pasti mereka akan terikut-ikut, termasuklah adab dengan orang tua atau orang sekeliling.

Segala tingkah laku ibu bapa ketika bercakap atau melayan orang yang lebih tua akan diperhatikan oleh anak. Kalau anda tidak mempraktikkan nilai-nilai murni yang baik, jangan terkejut jika mendapati si manja akan buat perkara yang sama kemudian hari.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • 15 adab dengan orang tua yang mudah anak kecil tiru

15 adab dengan orang tua yang mudah anak kecil tiru

Anak yang masih kecil mungkin beranggapan tindakan  itu tidak salah memandangkan ibu ayah juga melakukan perkara yang sama.

Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa bersikap sopan ketika bercakap atau melayan orang lain agar anak dapat lakukan perkara yang sama.

Dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang baik dan sopan, ibu bapa harus memberikan contoh yang terbaik. Ingat, anak akan belajar dan praktikkan apa mereka lihat pada ibu bapa mereka.

#1. Panggil orang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap orang sudah diberikan nama sejak dari lahir. Maka, panggillah seseorang dengan nama atau gelaran yang baik.

Jangan panggil dengan panggilan hei atau woi woi, itu tidak sopan dan jika dilihat oleh anak maka tidak mustahil mereka akan panggil orang yang lebih tua dengan panggilan tersebut.

Jika tidak tahu nama orang tersebut, maka, gunakanlah panggilan seperti saudara, saudari, kakak, abang, makcik atau pakcik.

#2. Bercakap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila kita bercakap dengan orang lain, gunakanlah intonasi yang lembut dan sopan.

Tak perlulah sampai nak tengking atau menjerit kerana itu adalah satu perbuatan yang tidak sopan dan contoh yang tidak baik pada anak.

Bayangkan jika anak bercakap dalam nada menengking pada orang yang lebih tua daripadanya, sudah tentu orang disekeliling akan melabel anak anda sebagai anak kurang sopan.

#3. Mengarah

Kita bila nak minta seseorang buat sesuatu, janganlah guna nada mengarah. Sebaliknya minta dengan cara yang baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila kita suka mengarah, nanti anak juga akan turut sama mengarah kita, ibu nak susu, ibu nak makan dan ibu, air tumpah!

#4. Sebut tolong

Nak minta orang buat sesuatu untuk kita, kenalah sebut perkataan tolong. Jangan buat macam #3 tadi. Bukan sahaja ia berikan contoh yang baik pada anak, malah orang lain akan rasa bersemangat nak tolong kita.

#5. Ketika makan

Kita bila makan di rumah orang atau di restoran, janganlah banyak bersungut. Hargai rezeki yang sudah diberikan kepada kita.

Bila kita banyak bersungut, anak akan ikut nanti. Ada sahaja si anak tidak puas hati. Akhirnya, ibu bapa juga yang susah nak melayan kerenah anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Marah orang

Kalau kita sejenis yang cepat nak melenting dan marah orang bila mereka buat silap maka anak pun akan buat perkara yang sama.

Bila kita buat silap atau tidak mengendahkan anak, mereka akan melenting dan marah pada anda. Masa itu, nak salahkan anak pun tak boleh sebab mereka yang mencontohi apa yang anda lakukan.

#7. Hormat orang tua

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini adalah adab paling ibu bapa kena berhati-hati. Anak akan perhatikan bagaimana layanan kita pada ibu bapa kita sendiri. Jika rajin salam tangan ibu dan ayah kita, maka anak akan buat perkara yang sama.

Ibu bapa kena ingat layanan anda kepada ibu dan ayah sendiri adalah cermin kepada layanan anak sendiri kepada anda.

Jika anda tidak melayan ibu dan ayah sendiri dengan baik makan di kemudian hari, anak akan lakukan perkara yang sama pada anda.

#8. Sabar

Banyakkan bersabar tidak kira apa pun yang berlaku. Jangan asyik cepat nak melenting atau merungut jika ada sesuatu perkara berlaku pada kita.

Jika kita banyak bersabar, anak juga akan belajar untuk sentiasa bersabar.

#9. Mulut laser

Ibu bapa kena sentiasa berhati-hati dengan pertuturan yang diucapkan. Kalau kita suka menggunakan kata-kata yang kasar dan kesat, anak juga akan lakukan perkara yang sama.

Ini kerana bahasa yang kita gunakan, itulah yang akan menjadi bahasa anak. Ibu bapa adalah kamus bergerak anak.

#10. Senyum

Rajin-rajinlah senyum dengan orang lain. Senyum itu kan satu sedekah. Orang lain tengok kita pun akan rasa tenang.

Bila kita rajin senyum, anak akan mengikut. Mereka juga akan sentiasa tersenyum.

#11. Ucap terima kasih

Setiap kali anak buat kebaikan atau tolong kita buat sesuatu, ucapkanlah terima kasih.

Bukan sahaja mereka akan rasa dihargai tetapi juga akan belajar untuk ucapkan terim kasih.

#12. Minta maaf

Kalau kita dah buat salah, kenalah minta maaf. Jika ibu bapa sendiri susah nak minta maaf bila dah buat salah, nanti anak pun akan mengikut.

Bila anak buat salah, mereka tidak mahu minta maaf kerana ibu dan ayah pun tidak lakukan perkara yang sama.

#13. Mendengar

Macam mana kita nak orang lain dengar apa yang kita cakapkan, begitu juga dengan anak. Cara kita mendengar itu adalah cara yang akan ditiru anak.

Kalau mereka tengah bercakap, ibu bapa dengar sambil tengok telefon, tidak mustahil  anak akan lakukan perkara yang sama pada anda.

#14. Toleh

Bila anak panggil sekali sahaja, teruslah menoleh ke arah mereka. Berikan perhatian pada apa yang mereka ingin katakan.

Kalau kita buat demikian, anak juga akan lakukan perkara yang sama. Anda panggil sekali sahaja, mereka akan terus menoleh.

#15. Mengamuk

Kalau kita suka mengamuk tidak kira tempat atau keadaan, bersedialah untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana sahaja jika mereka tidak puas hati.

Ingat, bukan salah anak kalau mereka tidak beradab. Ibu bapa jadi contoh utama untuk mereka. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Anak Baik Akhlak & Beradab, Ibu Ayah Amalkan 10 Tips Yang Dikongsi Prof Muhaya Ini

Baca juga:Adab Bangunkan Anak Dari Tidur, Jangan Main Sergah Ketika Mereka Sedang Lena

Baca juga:  Ibu Ayah Wajib Ajar Anak Adab Di Meja Makan Sejak Bayi, Ini Sebabnya Menurut Pakar

Penulis

Nur Sofea