Nora Danish selamat melahirkan Mohamed Neqayl Nedim atau Ney Ney!

Sambil mencuci mata melihat Ney Ney, bayi comel ini, mari ketahui apa 5 adab melawat bayi baru lahir untuk kesenangan ibu lepas bersalin dan bayinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanggal 22 Februari tempoh hari, pelakon popular tanahair, Nora Danish selamat melahirkan anaknya yang lebih dikenali sebagai Ney Ney! Mari lihat gambar bayi comel bernama Mohamed Neqayl Nedim ini di bawah sambil mengetahui tentang 10 adab melawat bayi baru lahir.

Suami Nora, Nedim Nazri mengumumkan kelahiran si comel ini menerusi akaun Instagramnya.

Beliau memuatnaik gambar Ney Ney dengan kapsyen – “Hi semua, bayi kami, Ney Ney, selamat dilahirkan! Syukur, Alhamdulilah, Ya Allah terima kasih untuk bayi lelaki kami ini.”

Kredit: Instagram Nora Danish

Nora juga berkesempatan untuk memperkenalkan bayi lelakinya itu dalam akaun Instagram beliau. Nora telah memuatnaik gambar mendukung Ney Ney. 

Kedua-dua pasangan suami isteri ini telah berkahwin pada 30 Mac tahun lepas. Mereka mempunyai 2 orang anak dari perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 9, dan Mohamed Nedrin, 6.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami di theAsianparent mengucapkan tahniah buat Nora Danish dan pasangan!

10 adab melawat bayi baru lahir

Dalam keterujaan untuk menyambut kelahiran bayi baru lahir yang hadir dalam keluarga, kita juga harus menjaga adab melawat bayi baru lahir. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan apa, selepas proses bersalin, ibu dan bayi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab dan persekitaran baru mereka. Kita sebagai tetamu yang ingin meraikan kegembiraan ini juga haruslah memberi ruang kepada mereka.

Antara 5 adab melawat bayi baru lahir yang penting untuk kita amalkan ialah:

1. Tunggu dijemput baru pergi melawat bayi baru lahir

Kalau kita bukanlah ahli keluarga terdekat ibu baru tersebut, adalah lebih baik untuk kita menunggu jemputan sebelum pergi melawat bayi baru lahir. 

Ini sebab ibu mungkin masih cuba menyesuaikan diri dengan proses selepas bersalin. Payudara mereka bocor/bengkak, mereka mungkin tidak sempat menutup aurat dan mengalami baby blues

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi marilah kita kurangkan tekanan yang boleh terjadi pada ibu baru lepas bersalin. Rancang lawatan anda. Datang tepat pada masanya. Jangan ganggu waktu nap ibu atau waktu bayi ingin menyusu.

2. Jangan dukung, cium atau tangkap gambar bayi tanpa izin

Kredit: Today’s Parent

Pakai pakaian yang bersih adalah salah satu adab melawat bayi baru lahir yang sering dilupakan. Jika anda seorang perokok, elak merokok sebelum melawat bayi.

Ini kerana asap rokok boleh melekat pada baju anda dan terkena pada bayi baru lahir. Kalau anda sudah terlanjur merokok, jangan dukung atau cium bayi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanpa anda tahu, asap rokok boleh menjejaskan kesihatan bayi baru lahir itu. Jangan lupa cuci tangan juga, ya!

Sistem ketahanan badan bayi baru lahir masih belum kuat, jadi mereka mudah terkena kuman.

Untuk menangkap gambar, pastikan anda telah mendapat keizinan ibu.

3. Tahu bila anda perlu beri ibu ruang

Bayi baru lahir memang kerap menyusu. Jadi salah satu adab melawat bayi baru lahir yang penting adalah tahu bila anda perlu berlalu. Contohnya ketika bayi ingin menyusu.

Kalau anda masih mahu menunggu, janganlah merenung atau penuh hairan ketika ibu ingin menyusu. Nanti mereka rasa tidak selesa pula. 

4. Bawa makanan tapi jangan letak berhampiran bayi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Essential Baby

Kalau anda mahu melawat ibu baru lepas bersalin, apa kata bawa buah tangan juga, kan? Kepenatan selepas bersalin tidak akan berakhir. 

Bayi baru lahir memerlukan susu dan perlu diberi perhatian sentiasa. Pasti ada ibu bapa baru yang tak sempat nak makan atau tapau makanan pun! Jadi kalau anda ingin datang melawat itu, apa kata call mereka dulu tanya mungkin mahu bungkus apa-apa.

Satu lagi, malang tidak berbau. Jadi jangan letak makanan yang anda bawa itu berhampiran bayi. Kalau terkena bayi nanti kang… Allah!

5. Jangan beri nasihat/panduan tanpa dipinta

Mungkin ini adalah pengalaman pertama ibu bersalin. Jadi dia masih kepenatan dan memerlukan rehat.

Walaupun anda tahu bayi baru lahir memerlukan yang terbaik, tapi jangan “sumbat” nasihat, panduan atau pendapat anda itu pada ibu baru lepas bersalin, tanpa dipinta.

Biar ibu berehat dulu untuk kembalikan tenaganya. Jika dia mahukan nasihat, dia akan bertanya pada anda.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: New Straits Times

Baca juga:

10 hal tentang bayi baru lahir yang selalu buat ibu bapa risau, tapi sebenarnya normal

Penulis

Ayu Idris