Adakah Anda Menyediakan Sarapan Sihat Untuk Keluarga Tersayang? Jom Semak Gaya Pemakanan Anda!

Sarapan yang berkhasiat sepatutnya mempunyai makan berkhasiat dari empat kumpulan makanan utama, adakah anda menyediakan makanan sihat untuk keluarga?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua orang tahu yang sarapan sihat bagi membantu memulakan hari anda. Namun mengapa sebenarnya, ibu dan bapa? Cik Gladys Wong, seorang ahli dietetik di Persatuan Nutrisi dan Dietetik Singapura, menjelaskan tentang apa sebenarnya yang membuatkan sarapan itu berkhasiat dan kepentingannya.

Kepentingan Sarapan Sihat Untuk Kanak-Kanak

Ibu-ibu, jika anda merasakan ia adalah satu cabaran untuk membuat sarapan buat keluarga anda setiap pagi, anda tidak keseorangan! Sebuah kaji selidik baru-baru ini oleh AsiaOneHealth mendedahkan yang 1 daripada 3 kanak-kanak di Singapura tidak bersarapan sekurang-kurangnya sekali sehari. Separuh daripada ibu bapa mereka berkata yang mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk anak-anak itu makan.

Namun ia pasti sangat berbaloi untuk meletakkan sedikit usaha dan masa untuk membuat sarapan yang betul, kerana khasiatnya boleh mengubah hidup si anak. Di dalam kajian yang boleh dijumpai di Pusat Kebangsaan Amerika bagi Informasi Bioteknologi atas talian, kami mendapati mereka yang makan sarapan adalah:

  • lebih cemerlang di sekolah
  • kurang lesu
  • lebih mudah menumpukan perhatian
  • mempunyai berat badan yang sihat

Apa Yang Menjadikan Makanan Itu Berkhasiat?

Kami telah membuat video ini untuk berkongsi tentang apa yang menjadikan sarapan itu sihat, dan bagaimana anda boleh menjadikan ia berkhasiat dan juga enak untuk memulakan hari anak anda.

4 Kumpulan Makanan Sarapan Sihat

Sarapan yang berkhasiat sepatutnya mempunyai makan berkhasiat dari empat kumpulan makanan utama:

  • buah-buahan atau sayu-sayuran
  • protein (atau pengganti protein seperti tauhu atau kekacang)
  • tenusu
  • bijirin (terutamanya bijian penuh)

Kepentingan Makanan Berkhasiat Bijian Penuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain menyeimbangkan makanan dari tiga kumpulan di dalam sarapan anak anda, ia juga penting buat ibu-ibu untuk memasukkan bijirin, terutamanya bijian penuh, kerana anda tidak mahu terlepas manfaat kesihatan berpanjangan yang ia beri.

Menurut  The Whole Grains Council, terdapat banyak bukti saintifik yang menunjukkan kesan positif jangka masa panjang kerana memakan bijian penuh. Sebahagian manfaat yang menarik ialah:

  • mengurangkan risiko strok, diabetis jenis 2 (type 2 diabetes), asma dan kanser
  • dapat mengekalkan berat badan sihat
  • saluran darah dan tekanan darah lebih sihat

Walaubagaimanapun, kaji selidik seluruh negara oleh Universiti Antarabangsa Newcastle Singapura mendedahkan yang:

  • 6 daripada 10 kanak-kanak tidak makan bijian penuh
  • 94% daripada kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun tidak menepati cadangan bijian penuh
  • hanya 6% daripada kanak-kanak makan mengikut cadangan pengambilan harian Amerika iaitu 48g bijian penuh setiap hari

Cadangan Pemakanan Untuk Si Manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tertanya-tanya bagaimana anda boleh memasukkan bijian penuh ke dalam sarapan keluarga anda untuk memberi ransangan kesihatan yang mereka perlukan? Hanya dengan penuhkan dapur anda dengan bijirin (dengan bijian penuh sebagai bahan utama) dan roti bijian penuh.

Untuk permulaan, berikut adalah sarapan yang mudah dan cepat untuk disediakan yang anak anda pasti akan suka:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • tambahkan buah-buahan berkhasiat di dalam bijirin sarapan seperti beri biru dan strawberi di dalam saiz kecil atau bentuk menarik - anak-anak akan menikmati kemanisan buah-buahan ini yang juga padat dengan antioksida, vitamin C dan mineral asid folik.
  • campakkan almond atau walnut untuk menambah rasa kekacang; mereka penuh dengan protein, meransang otak, lemak yang sihat untuk jantung dan serat.
  • akhir sekali, campurkan semua dengan susu, sumber tenusu yang sempurna, sebelum dihidang.

Dan itulah dia, ibu-ibu - bersorak untuk hidangan sarapan yang sihat dan menggembirakan!

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma