Hari Ke Berapa Boleh Tahu Mengandung? Jika Check Terlalu Awal, Mungkin Ia Tidak Tepat

undefined

Hari ke berapa boleh tahu mengandung selepas haid terlewat? Ada yang kata mula rasa tidak sedap badan selepas 7 hari tidak datang bulan

Setiap kali terlepas kitaran haid pasti akan bertanya, Adakah saya hamil atau hari ke berapa boleh tahu mengandung? Mulalah kita akan terus ke farmasi untuk membeli ujian kehamilan terbaik dan ingin terus menggunakannya.

Perasaan berdebar itu pastinya timbul lebih-lebih lagi jika anda sedang merancang untuk hamil dan sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata.

Hari ke berapa boleh tahu mengandung

cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test

Untuk wanita yang pertama kali ingin hamil khususnya, anda mungkin belum mampu mengenalpasti hari ke berapa boleh tahu mengandung.

Kita selalu mendengar orang berkata bahawa keputusan pregnant test yang tepat boleh dicapai 4, 5, atau 6 hari sebelum tibanya haid tetapi semua ini hanya pengiklanan palsu.

Tujuan penggunaan alat pregnant test adalah untuk mengesan kehadiran Human Chorionic Gonadotropin (HCG) apabila terbentuknya plasenta, selepas telur yang disenyawakan telah diimplan.

Untuk memastikan anda tidak membazirkan wang untuk mengulangi ujian kehamilan, anda  dinasihatkan tidak menggunakan pregnant test terlalu awal.

Keputusan yang lebih tepat boleh dicapai sekurang-kurangnya 7-10 hari selepas hari kitaran haid biasanya bermula.

Jika ujian pertama pada test pregnant menunjukkan keputusan seolah-olah negatif tetapi anda masih rasa anda mungkin hamil, tunggu beberapa hari untuk ulang semula.

Setiap test pregnant mempunyai kepekaan HCG yang berbeza dan kemungkinan juga badan anda belum lagi menghasilkan hormon HCG yang cukup untuk menunjukkan keputusan positif.

Ujian kehamilan darah adalah kaedah lebih cepat dari ujian air kencing dan boleh menunjukkan keputusan dalam masa 3-4 hari selepas implantasi atau kira-kira 6-8 hari selepas persenyawaan dan ovulasi.

Waktu sesuai check kehamilan

Untuk wanita yang telah berkahwin, kebanyakannya akan mengesyaki diri telah hamil apabila haid yang kerap diperhatikan tidak kunjung tiba. Lebih-lebih lagi jika sebelum ini kitaran haidnya teratur pada setiap bulan.

Ahhh.. “Jangan-jangan mengandung kot ni?”. Apabila haid datang lewat, anda mungkin yakin anda sebenarnya sedang hamil. “Tapi ni baru hari keempat saya tak datang haid. Patut ke saya buat pregnancy test je dulu di rumah? 

Sebenarnya, ramai pakar berpendapat waktu yang sesuai untuk cek kehamilan adalah tujuh hari atau seminggu selepas tarikh haid anda bagi mendapatkan hasil yang tepat.

Jika ingin buat pregnant test dengan lebih cepat lagi, anda juga boleh lakukannya pada minggu pertama ataupun minggu kedua selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan anda. 

Keputusan pada pregnant test tepat atau tidak

kebanyakan ujian kehamilan adalah tepat

Kebanyakan wanita gemar dan lebih memilih untuk melakukan ujian kehamilan di rumah sahaja berbanding terus ke klinik.

Namun, ada yang mungkin masih meragui sama ada kit ujian kehamilan itu adalah tepat atau tidak, jadi merasakan ini waktu sesuai cek kehamilan di klinik. 

Jangan risau! Sebenarnya, test pregnant adalah sangat tepat. Kadar ketepatannya diantara 95% hingga 99%.

Penggunaan dadah, alkohol, antibiotik, pil pencegah hamil atau ubat penambah kesuburan, tidak akan mempunyai kesan ke atas ujian kehamilan anda. 

Hanya ubat yang mengandungi HCG seperti Profasi, Pregnyl, Humegon atau Pergonal atau beberapa rawatan kesuburan yang mengandungi HCG yang boleh menyebabkan keputusan positif palsu pada ujian kehamilan.

Keputusan test pregnant negatif yang palsu biasanya disebabkan oleh:

  • ujian terlalu awal,
  • tidak mengikut arahan ujian dengan betul,
  • tidak membaca keputusan tepat pada masanya (apabila garis penyejatan telah muncul),
  • menggunakan kit ujian yang telah tamat tempoh,
  • kehadiran HCG disebabkan telur yang disenyawakan tetapi tidak berjaya melekat kepada lapisan rahim.

Minum air boleh jejaskan keputusan test pregnant?

Minum terlalu banyak air sebelum mengambil ujian kehamilan boleh mencairkan air kencing sehingga HCG tidak dapat dikesan oleh ujian itu. Keputusan ujian itu mungkin akan menunjukkan ia negatif, apabila keputusannya sepatutnya positif.

Jenama berbeza mempunyai langkah dan arahan ujian kehamilan yang berbeza. Untuk mendapatkan keputusan yang tepat, anda perlu mengikut semua arahan dan langkah ujian dengan betul dan cuba ujian ini ketika membuang air kecil selepas bangun pagi.

Jenama pregnant test yang terbaik

Menurut berita CBS dan majalah Parents, ujian yang terbaik dalam kategori ujian kehamilan jenis batang adalah First Response Early Pregnancy Test.

Tetapi jenama-jenama popular yang terdapat di farmasi terkemuka di Malaysia agak tepat juga.

Saya sendiri pernah mencuba kedua-dua jenama ini: Clear Blue atau Dip and Tell dan berjaya mendapatkan keputusan yang tepat.

Asalkan anda mengikuti arahan pada kotak ujian itu dan menggunakan ujian yang belum tamat tempohnya, anda pasti akan mendapatkan keputusan yang betul.

Jika anda masih ragu-ragu tentang keputusan ujian yang diambil, tunggu beberapa hari dan cuba lagi ataupun jumpa dengan doktor pakar wanita anda untuk mendapatkan pengesahan.

Cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test

#1. Air kencing

Letakkan air kencing pertama anda pada waktu pagi (kandungan hCG lebih kuat pada waktu pagi) ke dalam balang bersih. Letakkan balang di atas permukaan rata.

Jika anda tak nampak apa-apa perubahan, ini bermakna anda tak mengandung. Jika anda mengandung, anda akan lihat lapisan nipis berwarna putih akan membentuk pada permukaan air kencing anda.

#2. Ujian gula

Sudah tentu anda ada gula di rumah, kan? Gula adalah cara yang mudah untuk mengesan kandungan hCG dalam air kencing anda. 

Caranya, letakkan tiga sudu kecil gula putih ke dalam mangkuk bersih, masukkan air kencing anda ke dalam mangkuk berisi gula dan biarkan ia selama lima ke 10 minit.

Jika gula larut, anda tak mengandung. Tapi jika gula tak larut, maknanya air kencing anda mengandungi hCG kerana hCG tak boleh melarutkan gula.

3. Cara uji kehamilan dengan ubat gigi

Pastikan anda guna ubat gigi berwarna putih. Letakkan dua sudu besar ubat gigi ke dalam bekas bersih dan campurkan dengan air kencing anda. Tunggu sehingga lima ke 10 minit.

Anda tak akan nampak apa-apa perbezaan jika keputusannya negatif. Tapi, kalau anda mengandung, ubat gigi akan bertukar menjadi biru dan/atau berbuih.

Apa perlu buat dapat tahu diri mengandung

Saat melihat ujian kehamilan positif, ia pastinya satu berita gembira buat anda dan pasangan, kan?

Namun, untuk yang pertama kali bakal bergelar ibu ayah, anda mungkin agak clueless tentang apa yang perlu dilakukan selepas itu, meskipun sudah merasai tanda awal kehamilan seperti morning sickness.

“Perlu ke saya terus pergi scan kandungan di klinik?” Ohhh jangan! Tidak perlu lagi ya!

Selain memberitahu terus kepada pasangan anda dan ahli keluarga terdekat, perkara penting lain dan utama yang perlu anda lakukan selepas mendapat tahu diri sedang hamil adalah:

#1. Buka/ daftar buku pink

Di Malaysia, ini adalah antara salah satu perkara penting yang ibu hamil perlu lakukan ya! Segeralah daftar kehamilan anda dengan klinik kesihatan berdekatan rumah anda dan buka buku pink supaya doktor dapat memantau kandungan anda.

Bukan apa, ini semestinya untuk memastikan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik. Namun biasanya, doktor akan membuat ujian kehamilan sekali lagi terhadap anda dengan melakukan sonogram dan juga buat ujian darah bagi mengesahkan diri anda sememangnya sedang hamil.

#2. Buang tabiat buruk

buang tabiat buruk untuk kesihatan bayi

Langkah seterusnya yang perlu anda dan pasangan lakukan adalah dengan membuang segala tabiat buruk yang sering dilakukan ketika anda belum berbadan dua. Contohnya berhentilah merokok, minum alkohol dan mengurangkan pengambilan kafein bagi mengurangkan risiko terhadap bayi dalam kandungan. 

#3. Ambil vitamin pranatal

Ini juga sangat penting ya! Sebaik sahaja anda sudah disahkan hamil, pastikan anda mengambil vitamin pranatal yang mengandungi khasiat vitamin, mineral, zat besi dan kalsium kerana ia amat penting untuk pertumbuhan serta perkembangan bayi anda.

Untuk mengenalpasti mana satu selamat atau tidak, anda boleh dapatkan dahulu nasihat daripada doktor anda.

#4. Makan makanan berkhasiat dan bersenam

Ketika hamil, anda perlulah mula menjaga kesihatan anda dan bayi dalam kandungan dengan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Elakkan mengambil makanan yang tinggi gula, garam dan lemak!

Di samping itu, anda juga boleh kekal aktif dengan melakukan senaman ringan yang sesuai untuk ibu mengandung. Ini bagi memastikan anda kekal cergas dan mudah untuk bersalin nanti.

#5. Jejak kehamilan anda

Gunakan mana-mana aplikasi yang boleh membantu anda untuk menjejak kehamilan dari awal mengandung sehingga melahirkan bayi. Pastinya ia akan membuatkan anda teruja untuk bertemu si kecil anda nanti.

Semoga ada berita baik untuk anda dan diharapkan perkongsian ini bermanfaat!

Sumber

Cleveland Clinic (July 26, 2022). Am I Pregnant? my.clevelandclinic.org/health/articles/9709-pregnancy-am-i-pregnant

Mayo Clinic (Dec 3, 2021). Symptoms of pregnancy: What happens first. www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/symptoms-of-pregnancy/art-20043853

Parents (Nov 8, 2022). How Do I Know If I’m Pregnant? www.parents.com/pregnancy/signs/symptoms/how-do-i-know-if-im-pregnant/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Guna Cara Uji Kehamilan Ini Untuk Tahu Sama Anda Mengandung Atau Tidak, TANPA Pregnancy Test!

Baca juga: Kenapa Haid Lewat & Saya Ada Tanda Macam Hamil, Tapi Ujian Kehamilan Negatif?

Baca juga: 3 Tanda Wanita Sedang Subur, Ini Masa Paling Sesuai Untuk Buat Anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!