Adalia Rose, Kanak-Kanak Istimewa Dengan Penyakit Progeria, Anda Tahu Tentang Penyakit Ini?

Akibat satu keadaaan genetik yang unik disebut progeria, luaran Adalia Rose menua lebih cepat dari biasa. Dia kini umpama artis popular di US!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun tidak kelihatan seperti umurnya, sebenarnya Adalia Rose merupakan seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun kerana dia mengidap keadaan genetik yang dipanggil penyakit progeria. 

Akibat satu keadaaan genetik yang unik disebut progeria, luaran Adalia Rose menua lebih cepat dari biasa.

Walaupun menghidapi penyakit yang istimewa ini, Adalia Rose sangat positif dan ceria dengan dirinya.

https://www.facebook.com/specialbooksbyspecialkids/videos/1038309742937672/

Disebabkan oleh keadaannya yang unik, Adalia popular seperti artis di Amerika Syarikat.

Adalia mula popular selepas ibunya memulakan satu laman sesawang dan laman khas di media sosial Facebook untuk memuat naik progresnya.

Orang ramai mula mengambil tahu lebih lagi mengenai Adalia dan progeria.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit Progeria – Penyakit kanak-kanak istimewa 

Progeria juga dikenali sebagai sindrom Hutchinson-Gilford yang sangat jarang terjadi.

Ianya adalah gangguan genetik progresif yang menyebabkan kanak-kanak menua sangat cepat bermula di usia dua tahun.

Kanak-kanak yang mempunyai progeria kelihatan normal semasa dilahirkan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bermula usia setahun, simptom seperti pertumbuhan yang lambat dan keguguran rambut mulai muncul.

Masalah jantung atau serangan jantung adalah antara punca utama kematian dikalangan kanak-kanak dengan progeria.

Secara purata, jangka hayat kanak-kanak dengan progeria ialah sehingga 13 tahun.

Buat masa ini, penawar untuk progeria belum dijumpai. Walaubagaimanapun, banyak kajian yang dijalankan menunjukan harapan untuk para penghidap progeria.

Simptom Penyakit Progeria

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dari segi luaran, simptom progeria ialah:

  • muka yang kecil, mempunyai rahang yang kecil, bibir yang nipis dan hidung yang tajam
  • kepala terlalu besar untuk muka
  • mata yang prominen dan kelopak mata yang tidak dapat tutup sempurna
  • keguguran rambut termasuk bulu mata dan kening
  • kulit nipis, bertompok dan berkedut
  • urat yang timbul
  • suara yang nyaring

Dari segi kesihatan;

  • perkembangan saluran darah dan jantung yang kritikal
  • kulit mengeras dan mengetat (seperti skleroderma)
  • pertumbuhan gigi yang lambat dan tidak normal
  • masalah pendengaran
  • kehilangan lemak di bawah kulit dan kehilangan berat otot
  • tulang yang tidak normal dan rapuh
  • sendi yang tegang
  • pinggul teralih
  • ketahanan insulan bermasalah

Memang progeria bukanlah satu masalah genetik yang biasa kita dengar, namun mengambil tahu tentang ia tidak merugikan 🙂 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: mayoclinic

Penulis

Aqma