Seorang lelaki berumur 23 tahun mengalami penyakit misteri sejak bayi. Kini, pakar perubatan masih mencari punca penyakit misteri yang dihadapinya itu.
Mangsa, Manpreet Singh tidak bersaiz normal seperti orang dewasa tetapi dia bersaiz kecil seperti kanak-kanak yang berumur dua tahun.
Bahkan, pakar perubatan juga tak tahu punca Manpreet yang berasal dari Punjab, India ini berhenti membesar sebelum dia boleh bercakap dan berjalan lagi ketika kecil dulu!
Penyakit misteri disebabkan horman tak seimbang
Dia merupakan seorang bayi sihat yang dilahirkan pada tahun 1995, tapi kini dia berhadapan dengan penyakit misteri dan mendapat jagaan makcik saudara, Lakhwinder Kaur, 42.
Terdahulu, doktor memberitahu bapanya Jagtar, 50, seorang tukang kebun yang Manpreet boleh membesar semula seperti individu normal. Malangnya, perkara itu tidak berlaku dan doktor mengatakan itu disebabkan oleh gangguan hormon.
Manpreet mempunyai seorang adik perempuan bernama Jaspreet yang kini berumur 17 tahun dan seorang abang bernama, Mangaldeep. Kedua-duanya membesar dengan baik dari segi fizikal dan mental.
Menurut MK Bhadu, doktor pakar yang merawat penyakit misteri itu, pesakit tidak membesar secara normal disebabkan hormon yang tak seimbang.
Menurutnya lagi, kanak-kanak biasanya membesar dari segi fizikal dan mental dalam usia tiga tahun. Akan tetapi, lelaki yang menghidap penyakit misteri itu tidak berkembang seperti mana kanak-kanak normal yang lain.
Saintis turut percaya Manpreet menghidap Laron Syndrome yang berkait rapat dengan genetik dan ia hanya berlaku pada 300 orang dalam dunia.
Disebabkan penyakit misteri, ibu bapa tak mampu menjaga
Disebabkan tak mampu menjaga lelaki tersebut, keluarganya menghantar dia ke kampung untuk diasuh oleh pakcik dan makcik saudaranya yang tinggal tidak jauh dari rumah mereka.
Manpreet mempunyai telapak tangan, kaki dan wajah yang besar serta berkedut seperti orang tua. Bahkan dia tidak mampu bercakap dan sekadar menggunakan bahasa isyarat.
Tapi dia boleh ketawa, menjerit, dan menangis namun tidak boleh berkomunikasi seperti orang normal.
Perwatakan seperti kanak-kanak
Bapa saudaranya, Karanvir Singh, 45 berkata apabila ketawa dia seperti anak kecil dan jarang bersedih.
“Dia hanya akan menangis ketakutan bila bunyi anjing menyalak. Dia adalah anak yang cukup senang dijaga malah suka berkawan dengan orang terutama apabila ada tetamu yang datang berkunjung ke teratak kami.
“Pada masa yang sama, dia boleh adi sangat nakal. Dia boleh sebut maa (ibu) dan pa… (ayah). Dia juga belajar kemahiran berkomunikasi melalui gerak isyarat. Malah pakar dalam meniru gaya orang.
Kami pernah menghantarnya kembali kepada kedua ibu bapanya beberapa kali, tetapi dia enggan tinggal di sana. Manpreet akan protes dengan cara tidak mahu makan dan menangis sepanjang masa.
Tetapi apabila dihantar kembali pada kami, dia ceria dan gembira. Sebab itu, kami ambil keputusan untuk terus menjaganya,” kata Lakhwinder berkongsi cerita.
Menurut doktor yang merawat penyakit misteri itu, pakar perubatan perlu melakukan penyiasatan dan ujikaji yang lebih tepat sebelum mendiognosis penyakit tersebut.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Mirror. co
Baca juga:
https://my.theasianparent.comanak-hidap-tonsilitis
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!