Sanggup Pakai Baju Warna Pink, Aeril Zafrel Dipuji Suami Yang Sporting & Sayang Bini

Aeril Zafrel sering berkongsi momen bersama isteri dan anak-anak di media sosial. Ramai yang tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ala comelnya Aeril Zafrel sekeluarga ni. Melayankan sahaja karenah anak dan isterinya yang menyuruh beliau memakai baju raya sedondon berwarna pink. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Aeril Zafrel bukti seorang suami yang baik dan sporting
  • Peminat memuji Aeril Zafrel dan Wawa yang kelihatan sweet!

Aeril Zafrel bukti seorang suami yang baik dan sporting

Baru-baru ini, Aeril berkongsi sebuah video di Facebook beliau dengan kapsyen, “Memang kalau raya, warna baju memang isteri yang pilih ke? Hmmm.”

Video berdurasi 52 saat tersebut memaparkan bagaimana Aeril dipaksa memakai baju melayu berwarna pink sedondon oleh isterinya, Wawa Zainal untuk bersiap-siap di hari Raya bersama anak-anak.

Tetapi, walaupun dalam keengganan beliau untuk memakai baju berwarna pink tersebut, beliau masih tetap melayankan sahaja permintaan isteri serta anaknya. Siapa yang tak sayang bini kan?

Pasangan ini begitu ceria sekali berjalan dan berpegangan tangan mengenakan sepasang busana sedondon daripada salah satu jenama pakaian terkenal bersama anak-anak mereka.  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peminat memuji Aeril dan Wawa yang kelihatan sweet!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sama cantik, sama padan. Yang penting, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memang pasangan yang sweet sangat! Ruang komen Aeril di Facebook turut dibanjiri dengan komen-komen peminat selepas mereka menonton video pendek tersebut.

Rata-rata peminat memuji bagaimana pasangan ini kekal sweet dan kelihatan begitu cantik dengan busana berwarna pink.

Malah, peminat-peminat juga turut mendoakan agar Aeril dan Wawa Zainal kekal bahagia di dunia dan di akhirat.

Terdahulu, pasangan ini telah pun dijiab kabul pada tahun 2013, dan telah dikurniakan dengan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddiin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Aya Soffya dan yang terbaru, Muhammad Fahri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aeril dan Wawa Zainal merupakan pasangan pelakon popular di Malaysia dan juga usahawan bersama yang mengusahakan perniagaan kosmetik yang diberi nama Wawa Cosmetics.

Baca Juga: Untunglah Si Isteri Ini, Dapat Melaram 30 Pasang Baju Raya Hasil Jahitan Suami Tersayang

Baca Juga: Etika berbelanja untuk keperluan Hari Raya, Barulah Tak Pokai Di Hujung Bulan!

Baca Juga: 7 Tips Kemas Rumah Agar Nampak Baru Di Hari Raya, #3 Paling Mudah & Beri Impak Luas!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman