X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Etika berbelanja untuk keperluan Hari Raya, Barulah Tak Pokai Di Hujung Bulan!

4 min bacaan
Etika berbelanja untuk keperluan Hari Raya, Barulah Tak Pokai Di Hujung Bulan!

Berbelanja keperluan hari raya mungkin agak memenatkan dan tidak mungkin isteri dapat lakukannya seorang diri. Lengkapkan diri anda dengan panduan membawa suami membeli belah serta panduan bijak berbelanja.

Hari Raya , Etika berbelanja untuk keperluan hari raya

Etika berbelanja untuk keperluan hari raya

Membeli belah untuk persediaan hari raya? Aduh, memikirkannya saja meletihkan, terutama jika dilakukan sambil berpuasa bersama anak-anak kecil!

Bagi kebanyakan para suami, ini bukanlah satu aktiviti yang digemari kerana terpaksa melayan kerenah isteri memilih dan menjadi pengangkut barang belian selain melayan anak-anak yang meragam. Betul?

BERKAIT : Buffet Ramadan sekitar Lembah Klang 

Jika ingin suami turut serta

Jika direnungkan, isteri atau ibu memang kebiasaanya lebih pandai memilih barangan keperluan hari raya terutama untuk anak-anak dan kadangkala sifat cerewet dalam memilih itulah yang menjimatkan wang.

Namun sukar jika berbelanja sendirian tanpa suami. Jadi, para isteri, ambillah perhatian tentang beberapa perkara ini. Ia mungkin dapat memujuk para suami untuk berbelanja bersama pada musim perayaan akan datang.

Hari Raya, Etika berbelanja untuk keperluan hari raya

~ Ikut perancangan awal ~

Kadangkala wanita agak sukar menahan diri daripada memeriksa kedai jualan murah. Namun, jika anda memberitahu suami sejak awal akan pergi hanya ke lima buah kedai, elakkan daripada pergi ke selain daripada lima kedai tersebut. Datanglah pada hari lain dengan rakan-rakan jika perlu.

~ Kawal perasaan ~

Kekalkan keseronokan membeli belah bersama dengan mengawal perasaan. Jika suami memberikan pandangan yang bertentangan, terimalah dengan fikiran terbuka dan kekal tenang. Langkah mudah, jika tidak perlukan pandangannya, jangan ditanya!

BERKAIT : KL one of the world’s best shopping cities

~ Hargai cadangan ~

Jika suami mencadangkan sesuatu yang dirasakan menarik, tidak salah kan jika mencuba? Anda mungkin punyai citarasa tersendiri, namun anda mungkin juga akan teruja dengan pilihan yang dicadangkan.

~ Hargai kesanggupan ~

Mungkin isteri merasakan sudah menjadi tanggungjawab suami untuk teman membeli belah. Mungkin juga tidak, kerana ada aktiviti yang anda sendiri tidak gemari, bukan? Jadi hargai masa yang diluangkan suami untuk menemankan anda membeli-belah.

Hari Raya, Etika berbelanja untuk keperluan hari raya

~ Berikan peluang ~

Suami menghabiskan masa dengan melayan kerenah isteri membeli-belah disamping menjadi tukang angkat beg. Jadi jika dia sendiri ingin berhenti di mana-mana kedai yang menarik minatnya, usahlah ditanya mengapa. Malahan berikan peluang untuk dia menikmati aktiviti ini juga.

~ Hargai lelahnya ~

Terutama kepada para surirumah, kadangkala agak pahit bagi suami yang penat bekerja melihat isteri seronok menghabiskan wang yang diberikan tanpa membuat perancangan dan mengakibatkan pembaziran. Buatlah senarai dan pastikan hanya yang diperlukan. Suami pasti berbangga jika isterinya bijak dalam berbelanja.

BERKAIT : Penang to build largest shopping mall 

Belanja hari raya biar berpada

Sebagai panduan berbelanja untuk hari raya, Hjh Rohani Datuk Hj Mohd Shahir, seorang Pakar Perunding Kewangan, berkongsi beberapa panduan perbelajaan musim perayaan sekeluarga dalam bukunya “Ke Mana Wang Anda”:

• Sediakan rancangan perbelanjaan ~ tulis keperluan hari raya serta cadangan bagi memenuhi perbelanjaan tersebut.

• Bincang dengan ahli keluarga ~ bincangkan apa yang mereka perlu dan inginkan seperti baju hari raya dan capai persetujuan tentang jumlah, jenis dan sama ada keinginan mereka benar-benar satu keperluan.

• Tetapkan jumlah perbelanjaan ~ jumlah perbelanjaan mesti ditetapkan supaya anda sekeluarga sentiasa berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan.

• Tukar setiap tahun? ~ persiapan rumah tidak perlu ditukar setiap tahun. Jadikan ini keperluan akhir untuk dibeli. Jika masih kelihatan baru, tukarkan sahaja dengan yang sedia ada dalam simpanan.

• Hidangan ~ elakkan pembaziran dengan hanya menyediakan apa yang ahli keluarga gemari. Juga sediakan hanya beberapa jenis kuih-muih yang pasti dijamah tetamu ketika musim perayaan serta yang ringan seperti kekacang.

hari raya, Etika berbelanja untuk keperluan hari raya

Agar tidak membazir

Stories Rakan Kongsi
How Does Picky Eating Affect My Child's Growth?
How Does Picky Eating Affect My Child's Growth?
Baki Tali Pusat Bayi Ada 5 Masalah Ini? Parents, Ini Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Bayi Anda
Baki Tali Pusat Bayi Ada 5 Masalah Ini? Parents, Ini Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Bayi Anda
Back-to-school Shopping Season: A Parent’s Checklist for Primary & Secondary School Students
Back-to-school Shopping Season: A Parent’s Checklist for Primary & Secondary School Students
Spend Wisely When Shopping For Your Baby
Spend Wisely When Shopping For Your Baby

Sebagai tambahan, ikuti panduan oleh Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) ini:

• Bawa anggaran wang secukupnya untuk barang yang disenaraikan.

• Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus. Elakkan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.

• Pastikan harga yang berpatutan.

• Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai.

• Gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli.

• Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.

• Gunakan wang tunai dan elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.

Selamat bijak berbelanja!

Rujukan:

5 tips shopping with your husband
Tips membeli belah

Belanja Raya Yang Berpada (dalam buku Ke Mana Wang Anda?) oleh Hjh Rohani Datuk Hj Mohd Shahir.
Galeri Ilmu Sdn Bhd: Petaling Jaya. 2009.

Jika anda punyai tips untuk menjadikan masa membeli belah bersama suami lebih menyeronokkan, kongsikannya di ruangan komen di bawah 🙂

Jangan lupa ‘Like’ Facebook page theAsianParent MY!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Manisah Ngalim

  • halaman rumah
  • /
  • Perayaan & cuti sekolah
  • /
  • Etika berbelanja untuk keperluan Hari Raya, Barulah Tak Pokai Di Hujung Bulan!
Kongsikan:
  • Raya Haji 2025/Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Aidiladha

    Raya Haji 2025/Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Aidiladha

  • Hari Raya 2025, Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM Sempena Aidilfitri

    Hari Raya 2025, Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM Sempena Aidilfitri

  • 5 Tokoh Wanita Dalam Memperjuangkan Kemerdekaan Malaysia Tidak Gentar Dengan Penjajah

    5 Tokoh Wanita Dalam Memperjuangkan Kemerdekaan Malaysia Tidak Gentar Dengan Penjajah

  • Raya Haji 2025/Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Aidiladha

    Raya Haji 2025/Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Aidiladha

  • Hari Raya 2025, Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM Sempena Aidilfitri

    Hari Raya 2025, Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM Sempena Aidilfitri

  • 5 Tokoh Wanita Dalam Memperjuangkan Kemerdekaan Malaysia Tidak Gentar Dengan Penjajah

    5 Tokoh Wanita Dalam Memperjuangkan Kemerdekaan Malaysia Tidak Gentar Dengan Penjajah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham