Aeril Zafrel Pilih Sekolah Biasa Berbanding Asrama, Ingin Nikmati Momen Hantar & Ambil Anak Sekolah

Aeril Zafrel tidak mahu anak masuk asrama bukan sebab buli, tapi mahu melihat mereka membesar depan mata dan tidak mahu terlepas momen indah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isu buli dalam kalangan pelajar menyebabkan ramai ibu bapa bimbang untuk memasukkan anak mereka ke sekolah berasrama penuh. Namun bagi pelakon terkenal Aeril Zafrel itu buli bukan sebab tidak mahu anak masuk asrama, tapi mahu melihat mereka membesar depan mata.

Aeril Zafrel Bukan Takut Anak Kena Buli

Usahawan berusia 36 tahun ini turut berkongsi pandangannya mengenai perkara ini. Walaupun dia tidak merancang untuk menghantar anak-anaknya ke asrama, alasan utamanya bukan kerana takut mereka dibuli, tetapi kerana dia mahu meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.

Menurut laporan mStar, Aeril tidak menafikan manfaat menghantar anak ke asrama namun dia mahu melihat anaknya membesar di depan mata sendiri. Dia tidak mahu terlepas moment penting itu.

Aeril turut berkongsi pendapat bahawa budaya buli boleh berlaku di mana-mana termasuklah sekolah biasa. 

Dia juga menekankan kepentingan peranan ibu bapa dalam menangani masalah buli dengan mendidik anak-anak mengenai nilai-nilai murni dan mengingatkan mereka tentang salahnya budaya buli.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hantar Anak Sendiri Ke Sekolah, Walau Mampu Upah Pemandu

Aeril, yang berkahwin dengan Wawa pada 2013 dan mempunyai empat anak, memilih untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah sendiri setiap pagi walaupun dia mampu mengupah pemandu. Dia merasakan momen ini berharga dan tidak akan ada lagi apabila anak-anaknya semakin dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 10, Hayla Maghtiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun.

Mungkin ini boleh dicontohi ayah-ayah di luar sana. Momen seperti ini tidak akan berulang, jadi ada logiknya kenapa Aeril Zafrel tidak mahu terlepas momen berharga itu. Sekelip mata saja anak membesar nanti. 

mStar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Bukan Bodoh @ Lembab Kalau Dia Ketinggalan, Mungkin Teknik Pembelajarannya Berbeza!

Baca juga: 9 Youtube Channel Terbaik Untuk Pembelajaran Si Manja Anda

Baca juga: 8 Kesilapan Biasa Ibu Bapa Membuat Apabila Membesarkan Anak Dwibahasa

Penulis

Lala Annuar