6 Resepi Air Detox Sesuai Untuk Ibu Menyusu, Cubalah!

Bolehkah ibu menyusu minum air detox? Adakah selamat untuk bayi dan ibu menyusu? Tidak salah pun ibu menyusu ambil air detox.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Air detox antara menu paling digemari bagi sesiapa saja yang berhasrat ingin menurunkan berat badan. Tetapi bagi ibu menyusu, mungkin ada sedikit kekangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan pengeluaran dan kualiti susu ibu.

Air detox sebenarnya bagus untuk diamalkan kerana ia mempunyai khasiat tersendiri yang mana air ini biasanya dicampurkan dengan buah-buahan.

Janganlah anda minum air detox yang pelik-pelik jika sedang menyusu kerana takut pula beri kesan kepada bayi kerana perut bayi tidak sama dengan kekuatan perut orang dewasa. 

Baca juga: 5 Tips Diet Untuk Menyusu Agar Boleh Kurangkan Berat Badan Semasa Menyusu

Air detox sesuai untuk ibu menyusu

Ibu menyusu boleh minum air detox dengan syarat mereka tahu apa yang mereka alah dan tidak sesuai dengan bayi mereka. 

#1. Air detox tradisional

Resepi pertama ini dikongsikan NurMaizatul Akmal Abd Hamid, yang mana ia boleh menjadi amalan ibu menyusu.

Bahan-bahan

7 sudu makan halba campur
1/2 sudu makan kunyit (guna kunyit hidup)
1 sudu makan cengkih
3 helai bay leaf
5 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis (guna serbuk 2 sudu teh)
Lemon
Madu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara 

1. Campurkan semua kecuali lemon dan madu kedalam periuk.
2. Tambah 2 liter air. Rebus 10 minit
3. Tunggu suam, tuang dalam gelas.
4. Perah lemon 1 potong tambah 1sudu madu.
5. Kacau rata arah lawan jam.
6. Baca selawat, niat nak sihat tubuh badan dan kurus.
7. Minum pagi dan malam sebelum makan.
8. Balance masuk peti.
9. Bila nak minum keluarkan, panaskan saja

#2. Air kosong

Sebagai ibu menyusu anda digalakkan minum lebih air daripada biasa. Secara puratanya seorang individu perlu minum 8 gelas air kosong setiap hari untuk mengekalkan kehidratan tubuh badan. Badan akan memproses lebih banyak air bila anda menyusu jadi dicadangkan untuk minum 13 gelas air atau 3.1 liter air setiap hari.

Badan kita akan mengalami kehilangan cecair setiap masa terutamanya bagi ibu menyusu. Minum air bagi mengelakkan dehidrasi. Air membantu anda menyingkir toksin melalui buah pinggang. Jadi ambil air yang cukup secara kerap bagi melancarkan proses detoks sekaligus mengelakkan dehidrasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Infused water

Kita tahu air mungkin agak membosankan jika ia tidak mempunyai rasa. Jadi cuba buat infused water dengan menggunakan buah-buahan. Dengan menyediakan air ini, ia akan mengurangkan keinginan anda untuk menambah gula dalam diet.

Masukkan buah-buahan yang anda suka ke dalam air. Seperti timun dan tembikai, strawberi dan tembikai atau rasberi dan lemon, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalam. Sedia untuk diminum!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Teh herba

Teh herba boleh menenangkan dan amat sedap. Tetapi perlu berhati-hati dengan herba yang dipilih kerana mungkin ada yang tidak sesuai dengan bayi anda atau boleh membahayakan kedua-duanya. 

#5. Jus buah-buahan

Pilihlah jus buah-buahan yang menggunakan 100% jus buah-buahan tanpa gula tambahan. Dapatkan jus buah-buahan yang menyihatkan dan sesuai untuk ibu dan bayi. 

Pengambilan jus buah-buahan segar home made juice adalah bagus bagi memastikan pengeluaran susu ibu menjadi lancar. Gabungan pelbagai buah-buahan  dapat membantu anda terhidrat dan dapat membantu pergerakkan usus dan fungsi buah pinggang menjadi baik.

#6. Jus sayuran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh memilih pelbagai jenis sayuran untuk dijadikan jus. Antaranya termasuklah, timun, bayam, tomato dan lobak merah. Sayuran mempunyai banyak sumber vitamin termasuk Vitamin A yang amat diperlukan ibu menyusu. 

Pengambilan jus buah-buahan segar home made juice adalah bagus bagi memastikan pengeluaran susu ibu menjadi lancar. Gabungan pelbagai buah-buahan  dapat membantu anda terhidrat dan dapat membantu pergerakkan usus dan fungsi buah pinggang menjadi baik.

Detoks selain air untuk ibu menyusu

  1. Rehat yang cukup walaupun seketika – menjadi seorang ibu adalah mustahil untuk mendapatkan tidur yang cukup selama 8jam. Jadi bijak merancang waktu dengan anak-anak anda dengan tidur sebentar bersama anak-anak boleh membantu badan anda mendapat rehat. Menurut kajian, otak anda membantu proses detoks semasa anda tidur.
  2. Ambil makanan tinggi serat – fiber sangat membantu sistem penghadaman anda menyingkirkan toksin dengan baik kerana fiber mampu mengawal pergerakkan usus anda. Fiber juga dapat mengelakkan dari masalah sembelit dan anda dapat membuang air besar dengan mudah dan lancar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: mom365, NurMaizatul Akmal Abd Hamid

Baca juga: Selamat Atau Tak Kalau Nak Buat Diet Atkins Semasa Susukan Anak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar