Otak Bayi Bengkak Hingga Maut, Lepas Minum Susu Ibu Yang Dicampur Air Kosong!

undefined

Tidak disangka, pemberian susu ibu yang dicampur air kosong boleh menyebabkan bayi alami bengkak otak dan akhirnya membawa maut!

Mungkin niatnya mahu anak cukup susu, tetapi tindakan seorang ibu ini mengundang padah bila anaknya meninggal dunia akibat minum susu ibu yang dicampur dengan air kosong.

Kejadian menimpa bayi berusia 10 minggu itu amat menyayat hati apabila dia dikatakan diberi terlalu banyak air hingga terjadinya keracunan air atau mabuk air dan menyebabkan otaknya bengkak seterusnya meninggal dunia.

Nasib malang menimpa bayi perempuan ini mungkin dapat dielakkan jika ibunya cuba dapatkan nasihat terlebih dulu daripada mereka yang lebih arif. 

Air kosong dicampur dengan susu ibu punca bayi alami bengkak otak

Air kosong

Kredit: theconversation

Bayi malang itu mengalami keracunan air dan bengkak otak selepas diberi oleh ibunya susu badan yang dicampur dengan air kosong. 

Lebih menyayat hati, walaupun keadaannya teruk, kedua ibu bapa bayi malang itu hanya membawa anak mereka ke hospital setelah keadaannya tenat dan sebaik dibawa ke sebuah hospital di Amerika Syarikat bayi itu disahkan sudahpun meninggal dunia.

Jadi hati-hati ya ibu di luar sana, jangan sewenang-wenangnya campur air dalam susu ibu anda terutama jika bayi di bawah usia enam bulan. Boleh bawa maut!

Tanda bayi keracunan air

Air kosong

Kredit: thecanadian

Ada sebab kenapa bayi terutama di bawah enam bulan tidak digalakkan diberikan air yang terlalu banyak. Ini kerana ginjal bayi masih belum matang untuk mengeluarkan kembali cecair dengan cepat.

Oleh itu, memberi air kepada bayi bawah usia enam bulan boleh mengakibatkan banyak bendalir pada tubuhnya. Kemudian, ia menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dan penurunan paras natrium dalam darah.

Keracunan atau mabuk air ini berlaku apabila bayi diberi minum air masak secara berlebihan sekitar 8 oz sehari. Lebih teruk, ia boleh menyebabkan pembengkakan otak juga kematian.

Ini antara gejala keracunan air pada bayi yang patut anda ambil perhatian:

#1. Muntah

Bayi anda akan alami muntah-muntah. Lihat keadaannya, jika anda rasa tidak normal keadaan itu segera bawa bayi untuk dapatkan pemeriksaan doktor. Jangan bertangguh lagi.

Bertindaklah sebelum terlambat.

#2. Bayi kelesuan, mengantuk

Air kosong

Kredit: alodokter

Jika anda anda kelihatan kelesuan atau mengantuk luar biasa, dan anda ada memberinya minum air kosong pada kadar berlebihan daripada biasa pantau segera keadaannya.

#3. Berpeluh berlebihan, suhu badan rendah

Jika anda anda kelihatan berpeluh-peluh dan suhu badan rendah ambil perhatian. Jika dalam keadaan sejuk pun dia berpeluh-peluh ada kemungkinan anak anda keracunan air.

#4. Kencing berlebihan

Kencing berlebihan (6 ke 8 kali lampin basah dan harus ditukar). Jika ini berlaku, mungkin anda sudah memberi terlebih air pada bayi anda. 

#5. Muka bengkak, anggota badan lesu

Perhatikan bayi anda. Jika mukanya nampak bengkak dan anggota badan lesu, segera bawa bayi anda berjumpa doktor. Jangan tunggu hingga dia jadi lebih teruk baru anda bawa. 

Bertindaklah segera sebelum terlambat ibu!

Risiko beri bayi terlalu banyak minum air

Jika bayi berusia di bawah enam bulan diberikan terlalu banyak air, dia berisiko mengalami beberapa gangguan masalah kesihatan. Ia termasuklah:

#1. Perut kembung

Bayi anda akan berada dalam keadaan tidak selesa sentiasa kerana perutnya kembung. Ini berikutan sistem pencernaan bayi anda belum mampu menyerap cecair dengan baik.

Selain itu, kapasiti perut bayi yang baru lahir juga belum berada pada tahap maksima yang menjadikannya tidak sesuai untuk menerima terlalu banyak air selain susu. 

#2. Cirit-birit

Bayi anda mungkin mengalami cirit birit. Tetapi jika berikan bayi susu formula, pastikan anda masak terlebih dulu air kosong yang ingin diberikan kepada bayi.

Walaupun menggunakan penapis air, lebih baik untuk nada masak. Perut bayi terlalu sensitif jadi ada baiknya anda masak dulu air yang bakal diberikan pada anak anda. 

#3. Keracunan air

Inilah perkara yang kita paling tidak mahu berlaku. Keracunan air boleh menyebabkan otak bayi bengkak dan boleh bawa maut!Ini terjadi kerana kadar natrium dalam darahnya menurun dengan terlalu banyak hingga menganggu keseimbangan elektrolit dalam tubuhnya. 

Apabila bayi mengalami keracunan air dia akan muntah-muntah, cirit birit dan tubuhnya kelihatan membengkak. 

#4. Kurang zat

Memberikan bayi terlalu banyak air putih akan menyebabkannya mengalami kurang zat kerana perutnya sudah kenyang dengan air. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: lifestyleokezone, mamamia

Kredit foto: nationwide children hospital, business standart

Baca juga: Tips Ajar Anak Minum Air Kosong Ikut Umur, Barulah Mereka Suka – Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!